Blog bekas MB Selangor di "update' pada 12 April lalu dari Tanah Suci Makkah. Mungkin kerana tidak lagi duduk di kerusi MB, Khir kini banyak masa lapang, dan alangkah baik masa itu digunakan untuk beribadat di Tanah Suci.
Dalam posting nya itu Khir bercerita darihal peralihan kepimpinan dalam Umno.Beliau menuntut perubahan dalam partinya bagi memenuhi kehendak yang disuarakan rakyat dalam PRU ke 12 lalu. Saya tertarik apabila Khir menulis:
Hari ini saya di sini lagi (Makkah) dengan keyakinan yang sama memohon doa, bermunajat kepada Allah, moga Allah selamatkan negara kita dari pemimpin yang tidak bertanggungjawab.
Bagaimanakah kita mengenali "pemimpin yang tidak bertanggungjwab" yang beliau maksudkan itu? Mungkin dalam kes beliau, Khir merujuk kepada Dollah, siapa dalam Umno yang tidak menyalahkan Dollah hari ini kecuali mereka yang baru dapat tempat dalam kabinet atas ikhsan Dollah seperti mat Taib, Shahrir Samad dan Zaid Ibrahim.
Tetapi mungkinkah di Selangor juga hadir "pemimpin yang tidak bertanggungjawab" itu?
Kepimpinan Dollah memang diakui kini bermasalah, bagaimana pula dengan Khir?
Siang tadi Edward Rajendra melaporkan dalam mstar.com, kenyataan EXCO Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu berkenaan peruntukkan tahunan wakil-wakil rakyat kerajaan lalu bagi tahun 2008. Menurut Ronnie kerajaan Selangor (bawah Khir) yang lepas telah meluluskan RM500,000 peruntukkan pembangunan kecil setiap seorang ADUN BN untuk digunakan di kawasan masing-masing bagi tujuan kerja-kerja peneylenggaraan dan projek-projek kecil sepanjang tahun 2008.
Ketika itu BN mempunyai 54 orang ADUN, bermakan kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah RM27 juta bagi tujuan ini.
Apa yang memeranjatkan adalah apabila kerajaan negeri Pakatan Rakyat mendapati bahawa dalam tempoh 50 hari, kesemua RM500,000 bagi tiap-tiap ADUN ataupun keseluruhan RM27 juta itu telah habis digunakan oleh ADUN-ADUN BN (termasuklah ADUN Sg. Panjang - Khir Toyo)!
Kini kerajaan negeri terpaksa memohon kelulusan baru bagi ADUN-ADUN Paatan Rakyat yang menang dalam PRU 8 Mac lalu. Menurut Ronnie, MB Selangor telah mengarahkan agar surat-surat dihantar kepada semua ADUN-ADUN BN berkenaan (ketika itu) untuk menjelaskan kemana dibelanjakan duit peruntukkan itu kerana rupa-rupanya ia dibelanjakan tanpa rekod yang tersusun.
Mungkin inilah juga "pemimpin yang tidak bertanggungjwab" yang dimaksudkan Khir agar Allah lindungi kta semua dari mereka. Nampaknya dari hari ke hari segala-galanya lucut dan terbongkar sehingga dapat dilihat oleh mata kepala rakyat sendiri. Makin penatlah Khir dan rakan-rakan terpaksa bersilat dalam sidang DUN Selangor tidak lama lagi, dan makin ketaralah kepada rakyat siapa pemimpin yang bertanggungjawab dan siapa yang tidak.
Posted by roslan sms at
No comments:
Post a Comment