Salam..
Hujan lebat petang semalam Ahad 13 April 2008 sekitar jam 4.00 - 5.30 petang telah melimpahkan airnya yg banyak terutamanya dari Sungai langat. Selain itu juga, beberapa batang anak sungai sekitar beberapa kampung di DUN Dusun Tua juga kelihatan mengalirkan airnya yang banyak dan deras.
Lingkungan jam 5.00 petang kelihatan air sungai sudah mula naik ke daratan sekitar kawasan IKBN Dusun Tua. Mesej berjaga-jaga daripada pasukan Unit Amal Hulu Langat telah disebarkan.
Jam 9.00 malam para petugas dari pasukan Unit Amal dan Majlis Pemuda DUN serta warga petugas Majlis Tindakan DUN Dusun Tua telah mula menggerakkan pasukan bantuan ke Kampung Sungai Serai.
Kawasan yang paling teruk adalah sekitar Masjid Sungai Serai dan bangunan masjid itu sendiri dimasuki air.
Turut hadir beberapa pimpinan utama PAS Kawasan Hulu Langat seperti, Tuan Haji Razaly Hasan Yang Dipertua PAS Kawasan Hulu Langat, Sdr Mohd Jan Sulong, Timbalan YDP PAS Hulu Langat@Pengarah Majlis Tindakan DUN Dusun Tua, Sdr Mohd Sany Hamzan Ketua Dewan Pemuda PAS Hulu Langat merangkap Mantan Calon PRU-12 PAS N-23. Turut bersama hadir dan menghulur bantuan peralatan, makanan dan minuman Pengarah MTD Kajang Sdr Jamil Saring dan rakan-rakan petugas dari DUN Kajang dan begitu juga teman-teman dari PKR DUN Dusun Tua.
Selain menjenguk serta bertanya khabar beberapa rumah dan mangsa banjir para pimpinan juga tidak ketinggalan dalam menyumbang bantuan tenaga bersama para petugas dari Unit Amal dan semua pihak yang sudi sama-sama membantu membersihkan masjid.
Kerja-kerja membersih bermula jam 12.00 malam sehingga jam 2.30 pagi sebelum berhenti berehat. Namun hujan lebat mulai turun antara jam 2.00 pagi yang sedikit sebanyak melahirkan rasa kerisauan berlakunya banjir lagi.
Alhamdulillah tiada gelombang kedua banjir selepas apa yang berlaku petang hinggalah ke awal pagi ini.
Kepada teman-teman para petugas, terima kasih diucapkan terutamanya dalam kerj-kerja sukarela membersih Masjid Kampung Sungai Serai.
BERAMAL KERANA ALLAH ** MEMBANGUN BERSAMA ISLAM
1 comment:
SAYA INGIN MEGAJUKAN SATU PERTANYAAN KEPADA PIHAK BERKENAAN MENGENAI BANTUAN BANJIR PADA14/01/2010 BERSAMAAN DENGAN HARI KHAMIS IAITU BANTUAN BANJIR UNTUK PENDUDUK DUSUN TUA BATU 16 DAN PENDUDUK DUSUN TUA BATU 17.SAYA HANYA SEKADAR INGIN TAHU ADAKAH BANTUAN PADA HARI ITU HANYA LAYAK BAGI RAKYAT MALAYSIA YANG MEMPUNYAI I/C BERWARNA BIRU.BAGAIMANA PULAK PADA MANGSA YANG BUKAN MEMILIKI I/C BERWARNA BIRU SEBALIKNYA BERWARNA MERAH.ADAKAH MEREKA MEMANG TIDAK LAYAK MENERIMA BANTUAN SEDEMIKIAN.KAMI JUGA SALAH SATU MANGSA BENCANA BANJIR.
SAYA BERHARAP SANGAT MAKLUM BALAS DARIPADA PIHAK BERKENAAN MENGENAI PERTANYAAN SAYA INI.
SEKIAN TERIMA KASIH.
Post a Comment