Monday, January 31, 2011

Tolak Islam = Jahiliyyah


Kelmarin setibanya saya di rumah selepas berada di Tenang, Johor selama tiga hari, saya dikejutkan dengan satu rombongan bas kaum India dari Hulu Selangor yang siap menunggu ketibaan saya. Mereka meminta saya untuk berucap sepatah dua kata dan saya menjemput mereka naik ke masjid jika ingin mendengar ucapan saya. Alhamdulillah, tanpa fobia dan takut, mereka naik ke masjid.

Tidak tahulah pula saya jika langkah saya itu boleh menjadi isu kepada pihak-pihak tertentu. Namun bagi saya, Islam perlu diperlihatkan dengan wajahnya yang sebenar bukan hanya melalui lidah orang-orang Islam sendiri yang jahil tentang Islam. Hasilnya, biarpun 50 tahun negara merdeka, orang bukan Islam masih belum memahami Islam sehinggalah perkara yang paling asas seperti soal larangan bersalaman antara bukan mahram pun masih dipertikaikan!

Islam adalah rahmat. Sekular pula warisan jahiliyyah. Ada yang nampaknya memarahi saya apabila saya membangkitkan soal jahiliyyah. Bahkan ada yang menafsirkan jahiliyyah hanyalah orang-orang Arab yang kafir di zaman Nabi Muhammad SAW. Sukalah saya ingatkan terhadap satu buku yang dikarang oleh Dr Muhammad Qutb yang bertajuk Jahiliyyah fil Qarnil Isyrin (Jahiliyyah di Kurun ke-20). Ini bukti saya bukannya orang pertama yang menyatakan jahiliyyah wujud di zaman ini.

Sukalah saya ulangi, setiap perkara yang bertentangan dengan Islam ialah jahiliyyah. Datangkanlah apa jua jenis nama ideologi sekalipun, jika tidak selari dengan Islam, pastinya ia jahiliyyah walaupun tidak memakai nama jahiliyyah. Ia seperti menggelarkan zina dengan seks bebas, sekalipun nama berbeza dan dilembutkan nadanya, ia tetap zina. Dadah disebut morfin, heroin dan sebagainya, ia tetap dadah. Arak pula digelar minuman keras dengan pelbagai jenama, hakikatnya ia tetap arak yang diharamkan. Demikianlah sekularisme, nasionalisme, komunisme, sosialisme dan ism-ism yang diasaskan oleh manusia moden tetap merupakan benih jahiliyyah. Setiap masa dan saat, kita diberikan dua pilihan, Islam atau jahiliyyah. Pilih Islam ertinya selamat, menentang Islam bererti memilih jahiliyyah.

Ada yang berkata jahiliyyah hanyalah bermakna bodoh. Ini satu tanggapan yang salah. Tidakkah orang-orang Arab di zaman nabi merupakan orang-orang yang cerdik. Mereka pakar di dalam perniagaan, pakar peperangan dan pakar bahasa. Gelaran jahiliyyah bukanlah kerana mereka bodoh tetapi kerana mereka menolak Islam. Justeru Allah SWT berfirman :

أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللّهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ

Yang bermaksud : “Apakah hukum jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin.” Surah Al-Maidah ayat 50.

Saya ingin bertanya kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang begitu kuat menghentam saya, benarkah perjuangan UMNO berlandaskan Islam? Jika benar, rujuklah kembali kepada al-Quran dan al-Hadis sebagai dasar. Hairan saya, Timbalan Perdana Menteri sendiri boleh menakut-nakutkan kaum Cina di Tenang, Johor dengan negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Dalam masa yang sama, PAS dituduh sebagai kuda tunggangan DAP. Jika TPM sendiri menyebut PAS tidak pernah menggugurkan agenda negara Islam, UMNO pula bagaimana? Difahami daripada kenyataan tersebut, UMNO tidak akan membawa Islam sebagai agenda perjuangannya. Hairan, jika disebut jahiliyyah mereka melenting, tetapi mereka sendiri menolak Islam. Situasi ini mengingatkan saya kepada bait-bait syair Iqbal, seorang penyair Paskitan ketika mengumpamakan senario umat Islam pada hari ini : Ke bumi tidak jatuh, ke langit tidak naik, sembah berhala pun tidak, sembah tuhan pun enggan.

Islam mengajar selepas mati ini akan nada hidup di akhirat. Sayang sekali, hidup akhirat ini tidak pernah meniti di bibir pimpinan UMNO. Sedangkan kepercayaan kepada hari akhirat merupakan tonggak kepada rukun iman dan Nabi Muhammad SAW seringkali mengingatkan dalam banyak hadisnya : “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat……” Islam mengajar dunia ini milik Allah SWT, dipinjamkan kepada manusia sebagai khalifah. Sekular mengajar bahawa manusia berhak melakukan apa saja yang dikehendakinya apabila berkuasa. Islam mengajar bahawa setiap perbuatan manusia akan diadili di akhirat, jika baik natijahnya syurga dan jika tidak, natijahnya ialah neraka. Pernahkah syurga dan neraka disebut di daam ajaran sekular yang didokong oleh UMNO?

Ajaran sekular hanya memikirkan soal bagaimana untuk berkuasa. Etika dan undang-undang boleh diketepikan apabila tidak berpihak untuk mereka. Lihatlah di Tenang, dijanjikan peruntukan RM30 juta tanpa sedikitpun dijeling oleh SPRM. Barangkali bagi mereka, pengundi di Tenang boleh dibeli seperti membeli binatang ternakan. Rasulullah SAW hadir dengan membawa makanan roh bukannya makanan fizikal semata-mata seperti yang diamalkan oleh UMNO. Rasulullah SAW hadir bukan dengan menjanjikan projek seperti yang diibawa oleh UMNO kerana manusia memerlukan bukan hanya makanan fizikal tetapi juga makanan roh. UMNO masih beum cukup serik mempermainkan rakyat kerana hanya itu yang termampu dilakukan oleh mereka.

Seruan saya, baliklah kepada Islam. Islam yang adil, Islam yang membawa rahmat dan Islam yang menjanjikan kemenangan. Saya ulangi kembali pesanan saya kepada jentera pilihanraya PAS di Dun Tenang, kita bukannya memburu kemenangan di dalam pilihanraya di dunia semata-mata, tetapi kita memburu kemenangan di akhirat. Hari ini, PAS tewas di Tenang, namun PAS berpuas hati kerana telah melaksanakan tugas amar makruf nahi munkar. Adapun UMNO, bolehkah perjuangan mereka dibawa ke akhirat? Fikirkanlah.

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Kg Pulau Melaka.

Friday, January 28, 2011

BOIKOT Harian Metro, BOIKOT Berita Harian

Sungguh biadap akhbar tabloid Harian Metro memainkan sentimen agama dalam sisipan akhbar cetaknya semalam (27 Januari 2011)... dalam sedar atau tidak, mereka sebenarnya telah memperlekeh dan menghina Islam!

Siapa kartunis Juragan ni?... nama sebenar beliau ialah Mohd Desa Omar atau lebih popular dengan nama penanya, "Juragan". Berasal Perak dan pernah melukis untuk majalah Gila-Gila.. Pernah menjadi guru sebelum kembali aktif melukis utk akhbar Harian Metro sejak tahun 1991 sehingga kini..



Nama : Mohd Desa Omar
Umur : 44 tahun
Tarikh Lahir : 18 Mei 1965
Asal : Batu Kurau, Perak

Kami seluruh umat Islam menuntut beliau, termasuk (editor) akhbar Harian Metro membuat permohonan maaf atas isu ini.. Tidak cukupkah dgn penghinaan oleh rakan UmNo (MCA dan Gerakan) terhadap maruah dan syariat Islam ini, jangat umat Islam sendiri terikut-ikut dengan rentak mereka akibat kejahilan diri sendiri!.. Fikir-fikirkanlah..

Kepada UmNo kamu juga secara tidak langsung terlibat menghina Islam jika terus membiarkan rakan sekutu (MCA & Gerakan) membuat penghinaan kepada Islam... Jangan kamu ingat kamu akan hidup untuk selama-lamanya. Firaun juga berkuasa tetapi kini yang tinggal hanyalah piramid dan mumia sahaja.

BOIKOT Harian Metro, BOIKOT Berita Harian...... Hancurrrrr UmNo.

Thursday, January 27, 2011

Kawal media Internet - UmNo Semakin Terdesak


Langkah terbaru Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memperluaskan penguatkuasaan merangkumi ruang maya Internet hari ini menerima bantahan keras daripada golongan pendukung kebebasan media. Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) menyuarakan rasa bimbang dan kesal dengan tindakan KDN yang ingin meminda Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 (PPPA) untuk terus mengawal kebebasan media di negara ini.

Presidennya, Hata Wahari berkata ia satu "usaha ke kebelakang" yang akan menghalang aliran maklumat kepada masyarakat dan seterusnya memundurkan Malaysia. Beliau mengulas tindakan KDN untuk meminda akta tersebut supaya meliputi media dalam talian dan juga pengenalan satu garis panduan baru berkaitan kesalahan hasutan di ruang maya Internet.

"Sehubungan itu NUJ Malaysia meminta KDN agar menghentikan segala usaha untuk meminda PPPA bagi tujuan mengawal kandungan Internet termasuk laman berita, blog dan Facebook.

"Sebaliknya NUJ Malaysia menuntut agar KDN melakukan pindaan bagi memberikan kebebasan kepada media cetak untuk beroperasi dengan lebih bebas," kata Hata lagi dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kerajaan juga perlu menghapuskan ketetapan kepada pengusaha media supaya memperbaharui permit akhbar setiap tahun dan memberikan kebenaran kepada mana-mana pihak untuk menerbitkan akhbar berkenaan tanpa permit KDN.

'Bantahan akan lebih meluas'

Sementara itu, seorang lagi pengamal media yang sering berdepan dengan undang-undang PPPA pula memberi peringatan kepada kerajaan bahawa beliau menjangkakan bantahan yang lebih meluas akan timbul, susulan daripada langkah penguatkuasaan baru itu.

Ketua pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman menjelaskan, peruntukan PPPA sedia ada sudahpun cukup mengekang pengusaha dan pengamal media tradisional. Sebaliknya, penguatkuasaan ke atas laman sosial seperti Facebookakan bersifat lebih meluas kerana ia melibatkan rakyat biasa yang tidak berkepentingan politik.

Katanya, golongan yang telah mengusahakan laman web juga akan berasa marah apabila terpaksa mendapatkan permit penerbitan untuk mengendalikan laman web. "Orang di dunia siber mudah untuk beroperasi sendiri, tiba-tiba mereka disekat, jadi saya rasa bantahan akan lebih meluas.

"Saya rasa kerajaan tidak akan dapat menduga sejauh mana bantahan ini. Saya optimis kalau kerajaan meneruskan tindakan ini, mereka akan terima bahana yang cukup teruk. Ini bukan lagi membabitkan sekelompok usahawan atau golongan yang ada kepentingan politik tertentu tapi membabitkan rakyat yang lebih luas," katanya lagi.

'Sikap bacul kerajaan'

Tambahnya, beliau juga akan bekerjasama dengan NGO yang mendukung kebebasan media, termasuk NUJ Malaysia untuk mendapatkan sokongan masyarakat bagi membantah tindakan kerajaan itu.

Beliau turut menyifatkan langkah kerajaan memperkenalkan peruntukan baru seperti itu sebagai "sikap bacul kerajaan" untuk berhadapan dengan realiti politik semasa.
Jelasnya, pada waktu ini laman web dan blog dikendalikan oleh golongan yang umumnya mempunyai asas penulisan.

"Tapi laman sosial seperti Facebook dan Twitter sudah jadi proses pendemokrasian yang terbuka dan merakyatkan.

"Adakah kerajaan takut kepada suara rakyat yang kebanyakannya tidak ada motif politik untuk naikkan orang-orang tertentu?," katanya lagi. Ahmad Lutfi juga menyifatkan pengenalan undang-undang dan garis panduan baru itu sebagai "langkah tergesa-gesa" BN dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Tambahnya, beliau melihat langkah itu "sarat dengan motif politik BN untuk mengekang pengaruh dan momentum Pakatan Rakyat."

BN sepatutnya mengambil sikap yang lebih terbuka, sesuai dengan suasana dunia maya yang "cukup demokratik," katanya lagi.

"Siapa saja boleh hasilkan blog, jadi sepatutnya BN sendiri boleh menampilkan media (Internet) yang lebih berwibawa dan berpengaruh, bukan dengan menghalang (media pro-Pakatan Rakyat)," tambahnya.

Janji Dr M

Sementara itu, seorang lagi pengamal media yang juga penulis blog popular Datuk Ahirudin Attan berkata, tindakan kerajaan itu bertentangan dengan janji oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak menapis media dalam talian. Tambahnya, beliau memahami langkah kerajaan untuk memperketat kawalan ke atas media berkenaan disebabkan terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakannya.

Namun, langkah memperluas definisi 'penerbitan' untuk merangkumi kandungan dalam talian itu merupakan satu tindakan yang "bercita-cita terlalu tinggi," kata penasihat Redberry Media Group itu lagi. Sebagai seorang wartawan dan juga seorang pengarang, beliau turut menasihati ketua setiausaha KDN supaya bertindak lebih berhati-hati dalam menangani media.

Sementara itu, pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad pula memerhatikan, kerajaan sebelum ini telah berkali-kali menyatakan hasrat untuk "menyekat Internet," terutama selepas kemenangan besar Pakatan pada pilihan raya umum 2008.

Cadangan 'Green Dam'

Katanya, tindakan itu juga bertentangan dengan jaminan kerajaan untuk tidak menyekat Internet melalui Rang Jaminan MSC Malaysia. "Contohnya pada tahun 2009, Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan rancangan untuk sebuah sistem tapisan Internet, seperti perisian 'Green Dam' di China, tetapi membatalkanya selepas tentangan daripada rakyat.

"Pengumuman terbaru ini membuktikan bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak tidak putus asa dalam usaha mereka untuk menyekat hak asasi dan kebebasan politik di Malaysia. "Di sebalik manipulasi dan kempen kerajaan, pengumuman terbaru ini membuktikan BN masih lagi terperangkap di dalam politik lama untuk mengawal dan menekan rakyat," kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan hari ini.

ADUN Seri Setia itu juga berkata, kerajaan sebelum ini juga telah bertindak mengenakan tekanan ke atas pengamal media Internet. "(Ini) termasuk penangkapan blogger, serbuan polis ke atas Malaysiakini pada tahun 2003 dan penutupan Malaysia Today," katanya lagi.

Tuesday, January 25, 2011

Sg Makau : Sumbangan Sempena Tahun Baru Cina

Sempena Tahun Baru Cina yang akan tiba tidak lama lagi PAS Dusun Tua tidak lupa kepada warga emas. Sedikit sumbangan sebagai tanda ingatan. Hasil negeri dikongsi bersama.













Negara Berpendapatan Tinggi Ala Najib



DULU

Apabila Najib mengumumkan bahawa beliau mahu mewujudkan satu Malaysia yang berpendapatan tinggi maka seluruh rakyat merasa seronok. Mereka semua berangan-angan nak kaya. Inilah yang mereka tunggu-tunggu selama ini. Orang Melayu khususnya mula memasang angan-angan untuk kaya cepat seperti skim cepat kaya. Maka berbondong-bondonglah mereka duduk dikeliling Najib dan menunjukkan sokongan mereka. Tak kisahlah apa orang kata kat Najib asalkan mereka boleh kaya....

KINI

Selepas tahun demi tahun berlalu di mana yang dikatakan negara yang berpendapatan tinggi itu? Inilah jawapannya:
  1. Untuk mewujudkan negara berpendapatan tinggi, harga barang kena naik. Bila harga barang naik barulah peniaga boleh menaikkan gaji pekerja.
  2. Segala subsisi perlu ditarik balik bagi memastikan kerajaan mempunyai lebihan belanjawan untuk menbolehkan kerajaan menaikkan gaji kakitangan kerajaan.
  3. Minyak perlu dinaikkan bagi menjimatkan kos untuk kerajaan supaya duit kerajaan meningkat.
  4. Tol perlu dinaikkan supaya syarikat konsesi boleh memberi pulangan yang lebih banyak kepada kerajaan dan negara.
  5. Cukai-cukai baru perlu diperkenalkan dan yang sedia ada perlu dinaikkan supaya pendapatan negara meningkat.
  6. Kadar pinjam perlu dinaikkan bagi membolehkan pulangan pelabur dapat ditingkatkan.
  7. Kos kehidupan naik dan terus naik......
ESOK

Rakyat mula berkata:
  1. Dulu RM50 dapat 2 beg beras 10kg. Kini boleh 1 beg sahaja?
  2. Dulu ikan kembung RM7 sekilo kat Penaga lagi murah RM3 sekilo.... sekarang RM11 sekilo.
  3. Lebih baik gaji tak naik asalkan harga barang murah.
  4. Lebih baik gaji rendah asalkan dengan RM50 boleh beli macam-macam di pasar malam.
  5. Lebih baik gaji rendah dengan RM50 isi minyak melimpah tak muat tangki.
  6. Lebih baik gaji rendah daripada gaji banyak habis separuh digunakan untuk bayar cukai.
  7. Lebih baik gaji rendah daripada hidup menanggung hutang.
  8. Lebih baik gaji rendah daripada buat macam-macam program yang kaya cuma orang UmNo.
  9. Hantar 3 orang anak kesekolah rendah kena belanja RM1,500?...... Kata persekolahan percuma?
KESIMPULAN

Kalau kita bagi penyamun memerintah habis semua dikebas. Hatta ikan bilis pun disapu. Yang tinggal untuk rakyat hanyalah taik ikan bilis dan kalau bernasib kepala ikan bilis. Masih nak sokong lagi ke?


Monday, January 24, 2011

Haram itu tetap haram!


Kalau hukumnya sudah menetapkan haram bagi lelaki perempuan yang bukan mahram bersalaman atau bersentuhan maka ianya tetap haram. Pengecualian memang ada – tetapi untuk bertemu pengundi tidak termasuk dalam pengecualian tersebut.

Ini kenalah difahami oleh sekalian mereka yang galak berpolitik yang sudah lama hidup dalam masyarakat Malaysia yang perlembagaannya mengatakan Islam agama Persekutuan. Untuk Soi Lek mengatakan tidak tahu itu amatlah “naive” sebagai ahli politik yang sudah “matang” serta mengetuai sebuah parti yang besar. Jika ia bertujuan untuk memanipulasi isu itu maka Soi Lek memang berniat jahat. Lagi jahat UmNo yang membiarkan ianya terus dimanipulasi... Khair Johari jangan buat pekak dan buta pulak.

Sewajarnya para pemimpin Islam dalam parti seperti UmNo tidak sekongkol dan mengiakan apa yang dikatakan oleh Chua Soi Lek. Mereka harus membetulkan kesilapan besar Soi Lek kerana cuba mempersoalkan dan mempertikaikan ajaran Islam dan cuba menghalang seorang Muslimah menegakkan prinsipnya. Ianya adalah satu penghinaan secara langsung terhadap agama Islam.

Jangan pula kita mempersoalkan prinsip seorang Muslimah dalam pada masa yang sama kita tidak mempertikaikan isu moral orang yang mempertikaikan prinsip seorang Muslimah itu.

Kalau zaman Syadina Umar Al Khatab.... Chua Soi Lek dan gengnya (dibaca UmNo) dah lama diperangi kerana menghina Islam dam umat Islam....

Saturday, January 22, 2011

3 Tahun Menagih Janji

Selagi rakyat sanggup terus ditipu selagi itulah UmNo akan terus berkuasa. Selagi rakyat mudah lupa selagi itulah UmNo akan terus memerintah. Selagi rakyat terus diam selagi itulah mereka akan terus ditipu....

Hari ini masyarakat Cina di Bandar Sg Long telah menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap janji yang ditaburkan....

Sedar atau tidak anak-anak Melayu telah lama terbiar tanpa pendidikan agama yang sempurna. Lihatlah sendiri berapa banyak sekolah menengah agama yang didirikan. Anak-anak terpaksa berebut dan bersaing untuk belajar di sekolah agama. Akibatnya ramai yang tercicir dan meninggalkan pendidikan agama selepas tamat sekolah rendah.

Akibat dari inilah masalah sosial semakin mencengkam masyarakat. Masyarakat semakin jauh dari agama.... Bagi UmNo ini satu keuntungan yang amat besar. Mereka inilah yang diharapkan akan terus menyokong UmNo. UmNo beranggapan bahawa orang yang jahil dan jauh dari agama tidak akan menyokong PAS.



































Ceramah Umum YB Ir Khalid Samad di Nanding

Ust Wahid yang sentiasa kehadapan dalam memperjuangkan dan memberi peringatan tentang tanggungjawab kita sebagai orang Islam dan pejuang Islam. Ingatlah bahawa kita akan menjadi umat yang terbaik dengan syarat mengajak orang berbuat baik dan menghalang orang berbuat kemungkaran.

Orang Islam kini semakin jauh dengan Islam sedangkan usaha untuk memberi kefahaman tentang Islam amat terhad. Kerajaan sentiasa dalam kebimbangan sekiranya orang faham tentang agama mereka.... nanti mereka akan meninggalkan UmNo.

Majlis dipengerusikan oleh saudara Redzuan.

Penceramah malam tersebut.... Ust Abdul Wahid dan YB Ir Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam.
Kalau perjuangan ini untuk mencari kesenangan nescaya YB Ir Khalid pasti akan memilih bersama-sama abangnya Shahril Samad. Namun kerana kita dilahirkan kedunia ini untuk mengabdikan diri kepada Allah maka kesenangan dunia ini bukanlah menjadi keutamaannya.
Tunggulah kerajaan akan menaikkan harga minyak sehingga harganya dekat sama dengan Singapura. Ketika itu PAS pun tidak mampu nak tolong... Nak berubah berubahlah sekarang. Jangan tunggu lingkup baru nak ingat.

Jangan tunggu UmNo menjual seluruh negara baru nak ingat cukuplah dengan kerosakkan yang telah mereka lakukan selama ini. Seperti kes Khir Toyo.... sekiranya beliau terus memerintah Selangor mungkin selamanya kita tidak akan tahu beliau telah khianat dengan amanah yang telah rakyat berikan kepadanya.

Selepas ceramah... seperti biasa makan time dan bertukar-tukar fikiran.

Usrah Memantapkan Ukuwah


Menadah tangan memohon keampunan dan kerahmatan semoga perjuangan ini sentiasa mendapat petunjuk dan mendapat kemenangan.

Ustaz Shakirin sempat meluangkan masa bersama memberi peringatan bahawa perjuangan ini bukan mudah. Mereka yang istikomah memperjuangan ini bermula dengan sedikit dan ianya juga berakhir dengan sedikit. Amat beruntunglah mereka yang masuk dalam golongan yang sedikit itu. Selamat melanjutkan pelajaran kepada Ustaz Shakirin yang akan ke Yaman semoga apa yang dicita-citakan akan tercapai dan dipermudahkan segala urusan.

Kekuatan PAS adalah terletak dengan Ilmu. Oleh itu majlis ilmu seperti ini akan diteruskan bagi memastikan setiap pendokong dan penyokong PAS faham apa yang diperjuangkan. Islam berdiri dengan Ilmu sedangkan perjuangan kebangsaan berdasarkan akal dan nafsu semata-mata.

Friday, January 21, 2011

Kuda Perang Perlu Tambahan Tenaga Untuk Bersiap Ke Merlimau Pula Selepas Tenang


ADUN Merlimau Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia pada jam 8.10 malam tadi di Hospital Pakar Putra, Melaka selepas mengalami serangan jantung semalam. Kematian Mohamad Hidhir dijangka bakal menyebabkan pilihan raya kecil ke-15 diadakan sejak PRU 2008.

Wednesday, January 19, 2011

Bersiap kw TENANG...umno pastinya tak tenang...

Ihsan dari Blog al-qolam (Sdr. Mohamad Jan Sulong)
Entah apalah petandanya, sejak PM ke-6 menjawat jawatan tak sudah-sudah dengan pilihanraya kecil. Ada saja kes kematian ADUN. Ini bukan kebetulan, semestinya ada yang tersirat menjadi rahsia Allah SWT yang mengandungi berbagai hikmah di sebalik peristiwa pelik ini. Mungkinkah ianya sebagai isyarat perubahan landskap politik Malaysia PRU13? Mungkin tidak mustahil.

Kepada para pejuang Pakatan Rakyat tingkatkan usaha anda membela rakyat. Hari ini umno bn tidak seTENANG dulu, semoga bertemu di medan jihad. Bersama menegak kalimah Allah, kebenaran dan keadilan. Ubah sebelum parah!




Kuda perang jihad DUN Dusun Tua sedang dipersiapkan
oleh Komando Rahim untuk PRK N05 DUN Tenang.
Allah SWT berfirman :
انفروا خفافا وثقالا وجاهدوا بأموالكم وأنفسكم فى سبيل الله، ذلكم خير لكم إن كنتم تعلمون
"Keluarlah kamu (berperang pada jalan Allah) sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) atau pun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggugjawab), dan berjuanglah di jalan Allah dengan harta dan jiwa kalian. Yang demikian itu lebih baik bagi kalian jika kalian mengetahui." (At-Taubah: 41).
Semoga kerja amal kita semua dipandu hidayah Allah SWT. Ampunkan dosa dan ketelanjuran kami sepanjang mendokong amanat-MU. Janganlah jadikan kekurangan, kelemahan dan kesilapan kami punca kemenangan Islam ditangguhkan. Mudah2an kami terpandu dengan hidayah dan mendapat bimbingan-MU ke arah keampunan. Amin...

Khir : Selangor Dedah Projek RM273 Juta


Beberapa syarikat milik seorang tertuduh dalam kes melibatkan tuduhan rasuah ke atas bekas menteri besar Dr Mohd Khir Toyo didakwa telah menerima projek berjumlah lebih RM273 juta dalam tempoh pentadbiran BN di Selangor.

Pendedahan mengejutkan itu juga melibatkan lima kontrak yang didakwa telah diberikan secara rundingan terus kepada syarikat-syarikat milik Shamsudin Hayroni. Pendedahan itu dibuat oleh setiausaha politik menteri besar Selangor Faekah Husin melalui satu kenyataan.

Menurut Faekah lagi, projek berkenaan termasuk lima projek yang diberikan secara rundingan terus kepada syarikat Majulia Sdn Bhd. Ia antara lainnya melibatkan satu pembinaan fasa pertama bagi kuarters kakitangan kerajaan dengan nilai lebih RM22.8 juta, serta pembinaan fasa keduanya dengan nilai RM61 juta.

Projek yang didedahkan itu turut melibatkan pembinaan bangunan sebuah perpustakaan, bernilai lebih RM71 juta, manakala satu projek lagi melibatkan pembinaan sebatang jalan di Sepang yang bernilai lebih RM73.7 juta.

Faekah juga berkata, satu lagi projek melibatkan sebuah stadium terbuka, pencawang elektrik, dua kebuk dan unit loji kumbahan di atas satu tapak kompleks sukan di Dengkil, bernilai hampir RM15 juta.

Faekah berkata, pendedahan itu adalah ekoran tindakan majlis mesyuarat kerajaan negeri pada 16 Disember lalu yang memutuskan untuk mendedahkan butiran mengenai projek berkenaan.

Ia antara lainnya bertujuan untuk memastikan kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat itu tidak dikaitkan dalam perbicaraan kes Dr Khir dan Shamsuddin Hayroni, kata Faekah lagi.

"Ini juga sejajar dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban pentadbiran yang didukung oleh Pakatan Rakyat yang sama sekali menolak sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan pemimpin dan ahli politik demi kepentingan peribadi.

"Kerajaan negeri berpendapat maklumat yang diberikan ini dapat membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan," kenyataan itu dipetik.

Monday, January 17, 2011

Ramah mesra bersama paderi GEREJA- Tamil Methodist Church Cheras-

Ihsan dari Blog al-qolam (Sdr. Mohamad Jan Sulong):

Pertemuan ramah mesra pimpinan PAS Dusun Tua bersama rakan-rakan penganut Kristian di Gereja Tamil Methodist Church Cheras.

Ruang pertemuan khasnya bersama paderi diharap dapat menjejak sunnah Nabi SAW dan Khalifah Umar ibn Al-Khattab seperti mana ziarah beliau sewaktu ke Baitul Maqdis.

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَىٰ كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ ۚ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ : 64

Maksudnya: “Katakanlah: Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu kalimah yang sama antara kami dengan kamu, iaitu kita tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengan-Nya sesuatupun; dan jangan sebahagian dari kita mengambil sebahagian yang lain sebagai tuhan selain dari Allah. Kemudian jika mereka berpaling, maka katakanlah kepada mereka: Saksikanlah bahawa kami adalah orang Islam.” (Surah Ali-Imran: 64)





Calon Tenang : Normala Sudirman Ketua Muslihat PAS Labis


PAS meletakkan calon wanita - Normala Sudirman - untuk bertanding mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari ini. Pengumuman itu dibuat oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis ceramah Pakatan Rakyat di Labis malam ini.

Hadir memberi sokongan ialah presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, penasihat DAP Lim Kit Siang, setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali serta beberapa pemimpin Pakatan yang lain.

Normala merupakan ketua Muslihat PAS Labis, dan tidak pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini. Ibu kepada tiga orang anak itu adalah dari Ledang, Johor dan berkahwin dengan seorang guru di Tenang.

Beliau adalah guru lulusan Kolej Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang dan bertugas di Sekolah Kebangsaan LKTP Kemelah, Segamat, selepas meletak jawatan baru-baru ini. Beliau berbuat demikian kerana undang-undang pilihan raya melarang kakitangan kerajaan bertanding dalam pilihan raya.

Majlis pengumuman tersebut berlangsung di rumah kedai dua tingkat yang menjadi pusat operasi PAS. Kira-kira 1,000 orang awam dan penyokong Pakatan, sebahagian besarnya dari PAS yang memakai kopiah putih, berkumpul di tepi jalan di depan rumah kedai tersebut

Pada mulanya, majlis tersebut dijadual diadakan di kawasan kosong berhadapan pusat operasi tersebut tetapi kemudian terpaksa dipindahkan ke pusat berkenaan.

Ia berlaku apabila pemilik tanah kosong itu didakwa diugut dan majlis tempatan pula enggan mengeluarkan permit, kata ketua penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman kepada Malaysiakini.

Mazlan juga mengesahkan laporan bahawa suami Normala - Makrof Abd Mutalib - telah menerima arahan untuk ditukar ke Johor Bahru. "Pada awalnya, notis itu dihantar kepada beliau, tetapi ia kemudiannya ditarik balik," kata Mazlan sambil menambah notis pertukaran itu dihantar oleh jabatan pendidikan. Makrof juga telah mengesahkan notis pertukaran tersebut.

Ditanya apakah alasan pertukaran tersebut, Mazlan menjawab "sebab politik".

Pemilihan Normala juga akan membantu mengikis persepsi di kalangan bukan Islam yang melihat PAS sebagai sebuah parti Islam konservatif yang mendiskriminasikan kaum wanita.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 22 Januari sebagai tarikh penamaan calon.

UmNo Baru Perasan Orang Islam Haram Jual Arak

Selepas lebih 53 tahun memerintah negara yang dicanangkan sebagai sebuah egara Islam, akhirnya UmNo baru perasan bahawa orang Islam diharamkan terlibat dengan penjualan arak.

Mungkin beliau juga baru perasan atau masih tidak perasan yang beer tidak diketegorikan sebagai arak. Kalau tidak percaya cuba lihat rak jualan minuman ringan di pasar-pasar besar. Kita lihat kotak, tin dan botol beer diletakkan sekali dengan minuman ringan. Begitu juga dengan 7Eleven dan lain-lain kedai seumpamanya bebas menual beer ini. Mereka bebas menjual arak ketegori beer ini kerana ia 'bukan arak'.

Inilah hakikatnyn perjuangan UmNo. Bercakap bile menguntungkannya dan diam bila merugikannya. UmNo hanya berjuang untuk perut dan bawah perut tanpa melihat halal dan haram, syurga dan neraka.

Orang susah UmNo untung, orang bodoh UmNo untung, orang jahil UmNo untung, orang penakut UmNo untung.....

______________________
Bernama melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu yang mengarahkan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menarik balik larangan tidak membenarkan umat Islam bekerja di premis menjual arak sebagai menghina menghina Islam.

NONE"Perkara itu termaktub dalam Enakmen Jenayah Syariah Selangor. Ronnie tidak boleh sentuh. Kita berusaha mempertahankan moral dan akhlak orang Islam tetapi yang berlaku ada pihak mahu umat Islam melakukan sebaliknya," katanya.

Sehubungan itu, Jamil Khir emberi amaran kepada pihak-pihak yang cuba mempolitikkan isu-isu agama supaya segera menghentikannya dan menilai kesan perbuatan mereka.

Friday, January 14, 2011

Haram Orang Islam Terlibat Dengan Arak



Datuk Hasan Mohamed Ali kata orang Islam haram terlibat dengan penjualan arak.
Ronnie Liu kata umat Islam dibolehkan.
UmNo 'kata' lantaklah engkau.... nak jual ke, nak tonggang ke, nak pelingkup ke... apa aku peduli...!

Kerajaan Selangor akan menubuhkan sebuah tabung khas untuk membantu pekerja beragama Islam yang sedar untuk meninggalkan pekerjaan di premis dan pusat hiburan yang menjual minuman keras.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaaan Selangor prihatin dengan perbincangan mengenai pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah yang tidak membenarkan umat Islam bekerja di premis berkenaan.

"Kami telah meminta ahli Exco negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Yaakob Sapari, Dr Halimah Ali dan Hajjah Rodziah Ismail untuk menubuhkan satu sekretariat yang akan mengadakan perjumpaan dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi membincangkan isu ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, menteri besar berkata, LZS akan diminta untuk bersama-sama menubuhkan tabung khas tersebut.

Katanya, kerajaan negeri sedar kebanyakan orang Islam yang bekerja di tempat sedemikian membuat keputusan tersebut atas sebab ekonomi.

Rezeki halal

Oleh itu, tegas menteri besar lagi, tabung ini akan memainkan peranan agar mereka tidak akan terbeban dengan penguatkuasaan undang-undang ini.

"Kami menghormati Enakmen Jenayah Syariah yang bertujuan memelihara umat Islam untuk mencari rezeki yang halal.

NONE"Pada masa yang sama, sebagai kerajaan prihatin dan adil, kita perlu memberi tempoh yang cukup kepada semua pihak termasuk pemilik premis dan pekerja yang terlibat," katanya.

Berikutan itu, Khalid berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan semua datuk bandar dan yang dipertua pihak berkuasa tempatan Isnin depan untuk mendapat pandangan mereka bagi memastikan penguatkuasaan enakmen tersebut dilaksanakan dengan baik dan berkesan.