Datuk Hasan Mohamed Ali kata orang Islam haram terlibat dengan penjualan arak.
Ronnie Liu kata umat Islam dibolehkan.
UmNo 'kata' lantaklah engkau.... nak jual ke, nak tonggang ke, nak pelingkup ke... apa aku peduli...!
Kerajaan Selangor akan menubuhkan sebuah tabung khas untuk membantu pekerja beragama Islam yang sedar untuk meninggalkan pekerjaan di premis dan pusat hiburan yang menjual minuman keras.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaaan Selangor prihatin dengan perbincangan mengenai pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah yang tidak membenarkan umat Islam bekerja di premis berkenaan.
"Kami telah meminta ahli Exco negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Yaakob Sapari, Dr Halimah Ali dan Hajjah Rodziah Ismail untuk menubuhkan satu sekretariat yang akan mengadakan perjumpaan dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi membincangkan isu ini.
Dalam satu kenyataan hari ini, menteri besar berkata, LZS akan diminta untuk bersama-sama menubuhkan tabung khas tersebut.
Katanya, kerajaan negeri sedar kebanyakan orang Islam yang bekerja di tempat sedemikian membuat keputusan tersebut atas sebab ekonomi.
Rezeki halal
Oleh itu, tegas menteri besar lagi, tabung ini akan memainkan peranan agar mereka tidak akan terbeban dengan penguatkuasaan undang-undang ini.
"Kami menghormati Enakmen Jenayah Syariah yang bertujuan memelihara umat Islam untuk mencari rezeki yang halal.
NONE"Pada masa yang sama, sebagai kerajaan prihatin dan adil, kita perlu memberi tempoh yang cukup kepada semua pihak termasuk pemilik premis dan pekerja yang terlibat," katanya.
Berikutan itu, Khalid berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan semua datuk bandar dan yang dipertua pihak berkuasa tempatan Isnin depan untuk mendapat pandangan mereka bagi memastikan penguatkuasaan enakmen tersebut dilaksanakan dengan baik dan berkesan.
No comments:
Post a Comment