Monday, January 10, 2011

Dailog Masalah Tanah Hulu Langat

Pada 9 Januari 2011, Jawatankuasa Pengurusan DUN (JPD) Dusun Tua telah mengadakan majlis dialog bersama pemimpin di Dewan Orang Ramai Sungai Tekali. Menurut Penyelaras DUN Dusun Tua Saudara Mohamad Jan Sulong, Majlis tersebut diadakan bagi membincangkan permasalahan tanah yang membelenggu sejak sekian lamanya terutama mereka yang masih lagi tidak mempunyai tanah. Ada diantara mereka ini tinggal di kawasan rezab sungai, jalan dan juga tinggal di kawasan orang asal.

Antara yang hadir dalam majlis tersebut adalah YB Iskandar A. Samad (Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan), Dato' Zainal Abidin Aala (Pegawai Daerah Hulu Langat) dan Mohamad Jan Sulong (Penyelaras DUN Dusun Tua). Seramai lebih kurang 150 orang penduduk sekitar telah hadir untuk mengikuti dailog tersebut.

Dalam majlis tersebut penduduk diberi peluang untuk mengemukakan permasalahan yang mereka hadapi, antaranya penduduk Sungai Tekali yang diberikan tanah pada tahun 2009 namun gagal mengenalpasti kedudukan tanah mereka. Ini adalah kerana mereka menerima geran namun kedudukan tanah sebenarnya tidak dapat dipastikan. Penurut penerima tanah, itu lagi tanah tersebut tidak diukur walaupun mereka telah membayar premium dan kos juru ukur.

Penduduk juga membangkitkan masalah tanah kelompok yang mereka majukan setelah sekian lama dan apabila pembahagian lot dibuat rumah yang mereka dibina telah terkeluar dari lot yang diberikan.

Ada diantara penduduk yang ingin mengusahakan tanah-tanah rezab sungai dan jalan raya untuk tujuan tanaman jangka pendek seperti sayur dan pisang. Pegawai Daerah amat mengalu-alukan hasrat tersebut dan meminta ianya di majukan ke pejabat agar perbincangan dengan tuan tanah dan pemilikan sementara serta kebenaran dapat dikeluarkan.

Begitu juga dengan hasrat persatuan belia yang ingin memohon kawasan tanah untuk tujuan projek pertanian, YB Iskandar meminta supaya kertas kerja dibuat bagi menjelaskan projek yang akan dilaksanakan dan untuk tindakkan selanjutnya oleh Exco dan Pejabat Daerah.

Penduduk juga meminta penjelasan mengenai permohonan tanah pertanian yang telah diusahakan lebih 50 tahun tanpa hak milik. Menurut YB Iskandar, dari segi dasarnya permohonan pemilikan tanah pertanian telah dibekukan. Namun beliau setuju untuk mempertimbangkan sekiranya mereka telah mengusahakan tanah tersebut sejak dahulu. Peranan ketua kampung diperlukan bagi mengesahkan perkara tersebut.

Dialog menjadi hangat apabila wakil pemuda dari Sungai Tekali pula membangkitkan isu penjualan tanah seluas 120 ekar dan 150 ekar yang dimiliki oleh individu. Pemilikan tanah yang luar biasa luasnya ini membangkitkan kemarahan penduduk sedangkan ramai lagi penduduk tempatan tidak mempunyai tanah. Sehubungan dengan itu YB Iskandar menjelaskan bahawa semua permohonan tanah selain dari untuk tujuan perumahan telah dibekukan. Beliau juga menambah, pemberian tanah yang luas kepada individu itu dilakukan oleh kerajaan yang terdahulu dan kini ianya telah dihentikan.

Oleh kerana pemberian tersebut dibuat secara sah maka kerajaan negeri kini tidak mempunyai kuasa untuk menarik balik tanah tersebut, melainkan sekiranya mereka telah melangar syarat pemilikkan seperti tidak membayar cukai.

Dialog itu telah berjalan lancar dan memberi maklumat tentang proses pembahagian tanah, hak milik dan pembangunan tanah rizab. Apa pun segala permasalahan perlu di majukan kepada Pejabat Daerah. Sekiranya ianya gagal diselesaikan, penduduk perlu membuat susulan dengan menghantar surat peringatan dan salinan kepada Dato' Zainal Abidin, Pegawai Daerah.








No comments: