Ust Wahid yang sentiasa kehadapan dalam memperjuangkan dan memberi peringatan tentang tanggungjawab kita sebagai orang Islam dan pejuang Islam. Ingatlah bahawa kita akan menjadi umat yang terbaik dengan syarat mengajak orang berbuat baik dan menghalang orang berbuat kemungkaran.
Orang Islam kini semakin jauh dengan Islam sedangkan usaha untuk memberi kefahaman tentang Islam amat terhad. Kerajaan sentiasa dalam kebimbangan sekiranya orang faham tentang agama mereka.... nanti mereka akan meninggalkan UmNo.
Majlis dipengerusikan oleh saudara Redzuan.
Penceramah malam tersebut.... Ust Abdul Wahid dan YB Ir Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam.
Kalau perjuangan ini untuk mencari kesenangan nescaya YB Ir Khalid pasti akan memilih bersama-sama abangnya Shahril Samad. Namun kerana kita dilahirkan kedunia ini untuk mengabdikan diri kepada Allah maka kesenangan dunia ini bukanlah menjadi keutamaannya.

Tunggulah kerajaan akan menaikkan harga minyak sehingga harganya dekat sama dengan Singapura. Ketika itu PAS pun tidak mampu nak tolong... Nak berubah berubahlah sekarang. Jangan tunggu lingkup baru nak ingat.
Jangan tunggu UmNo menjual seluruh negara baru nak ingat cukuplah dengan kerosakkan yang telah mereka lakukan selama ini. Seperti kes Khir Toyo.... sekiranya beliau terus memerintah Selangor mungkin selamanya kita tidak akan tahu beliau telah khianat dengan amanah yang telah rakyat berikan kepadanya.Selepas ceramah... seperti biasa makan time dan bertukar-tukar fikiran.
No comments:
Post a Comment