Thursday, May 10, 2012

BERSIH 3.0 : Tun Haniff Omar ketuai panel siasatan

 Apa yang kita boleh harapkan kepada seorang Timbalan Pengerusi Genting Berhad ini? Dari segi moralnya pun tak cantik dan dari segi rekod lampaunya pun tidak banyak yang boleh diharapkan.

Sebagai bekas KPN bolehkah dia berlaku adil? Sebagai bekas penjawat awam bolehkah beliau berlaku adil? Kalau beliau boleh berkerja dengan syarikat Kasino apa jaminan dia tidak berlaku zalim? Kenapa Suhakam tiada dalam senarai? Bar Council?
______________________________   
Bekas ketua polis negara Tun Haniff Omar dilantik mengetuai panel bebas bagi menyiasat dakwaan insiden kekasaran oleh pihak polis ketika menangani perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.

Dilaporkan panel itu akan disertai enam anggota termasuk bekas hakim, wakil media dan ahli akademik. Anggota lain panel itu termasuklah:
  •  Bekas ketua hakim Borneo Tan Sri Steve Sim.
  •  Editor Pengurusan Sinar Harian Datuk Hussamuddin Yaacub.
  •  Penasihat undang-undang Media Chinese International Liew Peng Chuan.
  •  Pengurus besar kanan hal ehwal korporat Petronas Datuk Medan Abdullah.
  •  Ahli psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Ruszmi Ismail.

No comments: