Saturday, May 12, 2012

Bila Orang Jahil Mahu Orang lain Jahil Macam Dia...

Dilayan orang gila kita pun jadi gila....

Kalau dahulu orang menyangka Perkasa ini pekakas UmNo..... Hari ini confirm memang Perkasa ditubuh untuk menjadi parti yang berjuang untuk bangsa ultra UmNo dan mengabaikan Islam.

Bukankah lebih baik kalau Perkasa mendesak UmNo untuk meletakkan nama Islam dalam parti UmNo dari cuba mengugurkan nama Islam dalam PAS. Cuba kita bayangkan kalau UmNo ini dilabelkan sebagai parti Islam. Kita yakin semua perubahan ini akan berlaku:
  1. Semua pimpinan mereka diwajibkan mahir tentang Islam.
  2. Sayap Puteri dan Wanitanya diwajibkan menutup aurat.
  3. Semua pimpinan diwajibkan boleh menjadi imam.
  4. Semua pimpinannya bolah menyampaikan tazkirah.
  5. Semua majlis yang melibatkan percampuran lelaki dan wanita akan dihadkan.
  6. Tiada lagi aksi singsing lengan dan angkat kain.
  7. Selendang sebagai tutup kepala akan digantikan dengan tudung.
  8. Semua orang akan berjuang dan bercakap tentang Islam.
  9. Semua orang akan petik ayat Al-Quraan dan Hadith dalam setiap ucapan.
  10. Puasa, doa dan munajat akan jadi amalan.
  11. Semua orang akan berjuang untuk Islam.
  12. Institusi agama digenap peringkat diperkasakan.
  13. Semua keputusan akan berdasarkan Al-Quraan, Hadith, Ijma' dan Qias.
  14. Hudud akan terlaksana.
  15. Keadilan Islam akan terlaksana, rahmat akan turun melimpah dan tiada lagi rakyat yang layak menerima zakat.
  16. Majlis fatwa tidak lagi  perlu buat fatwa yang pelik-pelik.
Dan bila semua perkara diatas berlaku maka PAS tak perlu lagi siang dan malam pening kepala menentang UmNo.

Persoalannya bolehkah UmNo Berubah? Kami hanya mampu berdoa dan memberi peringatan.
_____________________________________________________
Perkasa cadang majlis fatwa kaji gugur nama Islam pada parti PAS

PASIR MAS, 12 Mei — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencadangkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan muzakarah bagi membincangkan kewajaran PAS menggunakan perkataan Islam pada parti itu.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata sudah sampai masanya majlis fatwa berbuat demikian memandangkan ia boleh mengelirukan umat Islam, terutama di kalangan penyokong fanatik parti itu

No comments: