Zaman dahulu rakyat takutkan Polis.... Lepas tu rakyat diajak kerjasama dengan Polis.... Lepas tu kempen Polis mesra rakyat......KINI Polis belasah RAKYAT.
Jangan sampai RAKYAT mengambil kuasa dari Polis dan Polis menjadi makhluk paling dibenci oleh rakyat. Kesabaran ada batasnya, rasa hormat juga ada hadnya. Kalau kebencian mengatasi segalanya segala usaha yang dipupuk sekian lama hancur sekelip mata.
Jangan jadikan kerajaan sebagai Tuhan hingga sanggup melakukan apa sahaja demi memuaskan nafsu dan menjaga kuasa mereka. Ingatlah bila sudah bersara nanti dan kuasa pun tidak ada, mana hendak letak muka?
Kepada yang memerintah, janganlah kamu jadikan kebencian kepada musuh politik menyebabkan kamu berlaku zalim terhadap rakyat mereka. Ingatlah doa orang yang dizalami sangat dimakbulkah oleh Allah.
No comments:
Post a Comment