Friday, May 4, 2012

Negara Berada Dalam Risiko Yang Sangat Tinggi?

Kebimbangan inilah yang pernah saya bangkitkan satu ketika dahulu apabila pelbagai tuduhan dilemparkan kepada Najib. Kita bimbang bukan kerana Najib.... Tapi kita amat bimbang sekiranya tuduhan tersebut benar dan ada orang yang menyimpan bukti tentang salah laku Najib..... Bagaimana sekiranya mereka ini mengambil kesempatan dan mengugut Najib. Andainya ini berlaku tidak mustahil negara boleh dijual demi untuk menjaga nama seorang manusia yang bernama Najib. Pada masa itu, apa nilai maruah dan apa nilai kedaulatan negara padanya?

Apakah jaminan yang negara kita akan selamat sekiranya perdana menterinya sendiri berdepan dengan pelbagai masalah yang perlu ditangani. Adakah beliau akan memgeri keutamaan kepada diri dan keluarga ataupun beliau memberikan keutamaan kepada rakyat dan negara. Pastinya ini bukan sesuatu yang mudah. Kalau nama buruk pastinya peluang untuk menjadi PM satu penggal lagi akan berkubur.... dan BN akan berkubur bersamanya.

Sudah tiba masanya rakyat membuat keputusan... Kini satu demi satu kes timbul. Kita tidak tahu berapa banyak lagi yang kita tidak tahu. Satu-satunya cara untuk kita membongkar semua salah laku pimpinan negara adalah dengan menukar teraju kepimpinan negara. 

Pemimpin yang takut hilang kuasa adalah pemimpin yang banyak melakukan kesalahan. Pemimpin yang banyak melakukan kesalah tidak layak memimpin negara.

Adakah kita hilang Pulau Batu Putih kerana ugutan?
Adakah kita hilang hak Pulau Pisang kerana ugutan?
Adakah kita hilang hak dan tanah KTM kerana ugutan?
Adakah kita hilang hak terhadap Empangan Linggiu kerana ugutan?
Apakah sebahangian besar tanah komersial Johor dan Malaysia dijual kerana ugutan?
Adakah kita hilang kedaulatan ruang udara kerana ugutan?
Dan berapa banyak lagi yang kita tidak tahu?

UBAH SEKARANG. 

_____________________________________________________________
Pendakwa Perancis dakwa Najib minta AS$1b untuk Perimekar

Pendakwa awam Perancis yang menyiasat urusniaga pembelian senjata Perancis-Malaysia mendakwa menemui bukti bahawa menteri pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Razak meminta AS$1 bilion (RM3 bilion) untuk syarikat tempatan Perimekar daripada DCNI - anak syarikat pembuat kapal Perancis DCN.

Menurut kertas pendakwaan yang didedahkan oleh NGO Suaram hari ini, terdapat satu faks menunjukkan bahawa Najib didakwa meminta jumlah itu untuk Perimekar sebagai syarat bagi mengadakan pertemuan dengan beliau pada 14 Julai 2001.

Faks bertarikh 1 Jun 2001 dari Francois Dupont, wakil Malaysia untuk syarikat swasta Thales Asia International, kepada D Arnaud.

Dokumen itu, satu daripada 153 yang ditunjukkan kepada Suaram, telah dirampas oleh polis Perancis dari pejabat Henri Gide, seorang pegawai Thales.

No comments: