Dalam kegairahan berpolitik masih ada pihak gagal menjaga keharmonian masyarakat. Ada yang buat kenyataan ikut sedap tekak yang akibatnya susah hendak counter atau adjust. Ada orang yang suka buat kenyataan kontroversi sedangkan mereka gagal mempertahankan hujah. Lebih parah lagi apabila orang memberi tekanan mereka hanya berdiam diri dan yang lebih parah lagi terpinga-pinga. Sampai bila nak jadi bebal dan jahil?
Ada orang tembak gas pemedih mata kerana orang lain perli main. Ada orang sembur air asid kerana ada orang lain duduk saja-saja. Ada orang baling batu sebab orang lain baling meneral water. Ada orang pukul orang sampai setengah mampus kerana ada orang main acah-acah. Ada orang maki hamun orang lain kerana perbezaan pendapat. Sampai bila mahu hidup bertuhankan nafsu?
Ada orang berpolitik sebab orang lain berpolitik. Orang lain berjuang dan berpolitik sebab mempertahankan agama, maruah, harta dan keluarga. Ada pula orang yang berpolitik buluh kasap... hujung tak dapat pangkal pula lesap. Belajarlah hidup dengan matlamat. Kita hidup di dunia ini ada tujuan. Kita lahir di dunia ini ada matlamat. Jangan kerana matlamat politik sempit kita memperjudikan perjalanan hidup kita yang lebih jauh. Sampai bila nak terus tongong?
Dahulu di alam roh kita ditanya bukankah Allah itu Tuhan kita.... Bila kita hidup di dunia adakah kita masih mempertahankan ikrar kita itu? Jangan buat lupa pulak... Jangan sampai malaikat maut menjemput baru kita sedar masa sudah tamat. Sampai bila nak terus lena?
Orang lain sudah ada sekolah. Orang lain sudah ada bahasa. Orang lain sudah ada suara. Orang lain sudah bebas. Orang lain sudah ada gedung perniagaan. Orang lain sudah jadi jutawan. Orang lain sudah mampu berdiri sendiri. Orang lain sudah mampu mengangkat muka. Orang lain tanah semakin luas. Orang lain bebas beragama. Orang lain sudah ada kuasa. Kita dimana? Sampai bila nak terus begini?
Ingatlah kita hidup ada matlamat. Kita hidup ada tujuan. Kita hidup untuk mati. Kita mati untuk satu hidup yang tiada kematian. Jangan terus bebal dimamah usia.
Sebab itulah PAS terus kekal dengan imej Islam. Sebab itulah PAS terus kekal memperjuangkan Islam. Sebab itulah PAS terus kekal berdakwah. Sebab itulah PAS terus bercakap tentang syurga neraka. Sebab itulah PAS terus kekal bercakap dosa pahla. Sebab itulah PAS terus kekal melaungkan kalimah Allah Maha Besar.
No comments:
Post a Comment