Tuesday, May 29, 2012

Kenyataan 'Berani' @ Standard Bekas KP.....

Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengesahkan wujud pakatan sulit di antara rangkaian kongsi gelap dan pasukan Polis Di Raja Malaysia.

Dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, Musa turut mengakui rangkaian sama wujud antara kongsi gelap dan ahli politik tanah air yang disifatkannya berada pada tahap "serius."

Katanya, beliau mula mengambil langkah serius untuk membanteras aktiviti haram seperti judi, pelacuran dan sindiket peminjam wang ketika mula memegang jawatan Ketua Polis Johor.

Ini kerana beliau tidak percaya kepada konsep "menggunakan penjenayah untuk mengawal penjenayah lain," seperti digambarkan dalam filem Godfather yang menceritakan hubungan kongsi gelap dan pasukan polis.

"Mereka sendiri (di Amerika Syarikat) mengambil masa bertahun-tahun untuk menghapuskan perkara ini," katanya.

Menurutnya, rangkaian kongsi gelap yang memperolehi banyak wang melalui aktiviti haram tidak boleh dibiarkan "mengawal" ahli politik.

"Mereka ini banyak dana. Jadi apabila dana luas mereka boleh kawal orang. Kalau ahli politik terlibat, mereka boleh kawal ahli politik," katanya.

Usaha tersebut katanya diperhebatkan lagi apabila beliau mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah.

Namun, tindakan tegasnya kurang disenangi ahli politik tertentu dan sebahagian daripada mereka di dalam pasukan polis.

"Apabila saya ambil tindakan, orang politik datang pejabat saya tanya 'Kenapa you ambil tindakan sebegini?' dan mengatakan ini (mereka yang dikenakan tindakan adalah) kawan-kawan mereka.

"Jadi apabila kita hendak banteras, mereka marahlah kita sekat rezeki mereka," katanya. MK.

No comments: