Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak baru-baru ini mengumumkan ‘Durian Runtuh’ jumlah terkumpul bernilai RM 15,000.00 dalam wang tunai kepada setiap dari 112,635 peneroka FELDA. Menurutnya sebagai menghargai sumbangan mereka kepada pembangunan ekonomi Negara.
“Sempena penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH), ‘Durian Runtuh’ bernilai RM 1.689 billion. Semua datang dari dana FELDA. Pada Fasa 1, RM 5,000.00 kepada setiap peneroka. Ini untuk mereka yang setia kepada Perjuangan. Pada Fasa 2 pula, RM 5,000.00 kepada isteri peneroka. Fasa 3, agihan RM 5,000.00 kepada anak peneroka FELDA”.
“Sempena penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH), ‘Durian Runtuh’ bernilai RM 1.689 billion. Semua datang dari dana FELDA. Pada Fasa 1, RM 5,000.00 kepada setiap peneroka. Ini untuk mereka yang setia kepada Perjuangan. Pada Fasa 2 pula, RM 5,000.00 kepada isteri peneroka. Fasa 3, agihan RM 5,000.00 kepada anak peneroka FELDA”.
Bagi warga kerja FELDA pula, PM Najib mengumumkan bonus khas 2.5 bulan gaji sebagai ‘Durian Runtuh’ untuk mereka disamping ‘pink form’ penyenaraian FGVH. Sumbangan dan dedikasi mereka dalam agenda membawa perubahan melalui transformasi FELDA semenjak ditubuhkan, jelas dihargai dalam pengumuman ini. Ini juga merupakan rekod bonus paling besar yang diperuntukan untuk mana mana warga-kerja agensi Kerajaan.
Persoalan:
1. Bila Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 itu? Tarikh?
2. Saham belum disenaraikan tapi duit dah dapat.... Duit apa ini dan dari mana? Tak kan FELDA pulak nak tanggung?
3. Kalau duit ini bukan dari pelaburan FGVH kenapa nak bagi sekarang? Kenapa tak tahun lepas? Kenapa tak dahulu? Ataupun tahun depan?
4. Duit ini peruntukkan dari mana? Duit hutang atau duit Felda atau duit FGVH? Kalau benar dari FELDA kenapa dari dana FELDA bukan FGVH?
5. Ini 'rasuah' pilihanraya ke?
6. Apa nilai saham FGVH? Adakah dinilai berdasarkan hartanah, perniagaan atau sepakulasi?
7. Kenapa dapat duit RM15,000.00 bukan saham? Dah confirm untung ke FGVH ni?
8. Meniaga apa pun belum... tapi dah dapat untung? Meniaga apa ni?
9.Pekerja FELDA pun dapat habuan jugak ke? Kenapa 2.5 bulan bukan berdasarkan kepada prestasi kerja?
10. Kalau ini semua dari FELDA kenapa pulak perlu ada FGVH? Kenapa nak jual saham?
Dilihat pemberian ini semua ianya seolah-oleh rasuah pilihanraya..... janji yang belum pasti menjadi kenyataan. Pilihanraya semangkin dekat sedangkan sokongan terhadap Najib semakin merosot. Najib perlu sokongan daripada beberapa sektor yang boleh dipengaruhi atau dikuasai antaranya :
1. Kakitangan kerajaan
2. Polis
3. Tentera
4. Rela
5. Felda dan lain-lain tanah rancangan
6. Generasi veteran
7. Golongan miskin
8. Golongan yang jahil
9. Golongan yang lemah
10. Golongan yang malas berfikir
Yang lain sudah tak hairan kat Najib. Sekiranya semua sektor di atas gagal dipengaruhi... Masa depan politik Najib sangat kabur dan kelam....
Najib tak rugi apa-apa. Kalah jadi abu menang jadi arang.
No comments:
Post a Comment