Bersih 3.0 bukan turun untuk berperang dengan Polis.... Jauh sekali untuk melakukan huru-hara. Peserta Bersih 3.0 tidak datang dengan perisai, belantan, cota, rotan, gas pemedih mata, meriam air, helikopter, CCTV, SB dan lain-lain... jauh sekali untuk membawa kayu, batu, parang, pistol dan bom.
Bersih 3.0 datang membawa mesej keamanan. Bersih 3.0 datang membawa mesej keadilan. Bersih 3.0 datang membawa jumlah pelanggan yang sangat ramai kepada peniaga.
Kenapa kerajaan dan media UmNo tohmah Bersih 3.0 cuba rampas kuasa? Adakah peserta yang datang hanya berbekalkan air meneral dan garam boleh rampas kuasa? Adakah peserta yang datang membawa kanak-kanak, orang tua, OKU dan mereka yang lemah bertujuan untuk bertempur dengan pihak berkuasa?
Apa yang pasti sekiranya Bersih 3.0 berakhir dengan aman, bersih dan teratur nescaya ianya merugikan pimpinan UmNo. Suasana huru-hara, kacau-bilau dan kerosakkan harta benda awam lebih menguntungkan pimpinan UmNo. Maka tindakkan pihak yang berkuasa menangani perhimpunan akan dibuat seolah oleh-olah Bersih 3.0 jahat dan pihak berkuasa dan pimpinan UmNo orang baik-baik.
Hakikatnya peserta Bersih 3.0 adalah orang yang matang. Kalau mereka nak cari gaduh dan pukul pihak yang berkuasa mereka tak perlu tunggu pukul 3 petang. Pukul 12 tengahari pun orang dah ada ratusan ribu di sekitar Dataran Merdeka. kalau mereka ini jentik FRU seorang sekali nescaya FRU itu pun tidak terdaya hendak melawan. Kalau mereka mahu nescaya mereka ini mampu terbalikkan semua lori polis dengan tangan-tangan mereka sahaja. Namun bukan itu tujuan Bersih 3.0. Kami bukan datang untuk bertempur..... Maka jangan ajak kami bertempur! Jangan cabar rakyat!
Bersih 3.0 tidak pernah memusuhi FRU, Polis dan DBKL. Kami sedar bahawa pihak yang berkuasa ini adalah robot kawalan pimpinan UmNo yang melakukan tugas tanpa berfikir panjang. Mereka lupa bahawa ratusan ribu yang datang itulah yang membayar gaji Polis, FRU dan DBKL.... dan peserta Bersih yang ratusan ribu inilah juga yang membayar gaji pimpinan UmNo. Ada yang antara mereka membayar cukai puluhan ribu ringgit hatta ratusan ribu ringgit kepada kerajaan.... Mereka ini ada hak.
Jangan sampai rakyat hilang sabar.... Selama ini peserta tidak pernah bertindak ganas terhadap pihak berkuasa. Jangan sampai ratusan ribu yang berani turun di jalan ini hilang sabar. Jangan sampai ratusan ribu orang ini menjadi jutaan orang. Jangan sampai tangan-tangan ini menurunkan pemimpin dengan perasaan. Cukuplah dengan apa yang telah berlaku.
Semua orang ada hak yang dijamin oleh undang-undang dan perlembagaan. Rakyat ada hak untuk berhimpun dan pihak yang berkuasa bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan semua pihak.... Bukan hanya menjaga kepentingan pimpinan UmNo.
Jadilah orang yang lebih bijak supaya tidak dipijak!
No comments:
Post a Comment