Monday, December 21, 2009

25 Tahun Jubli Perak PAS kawasan Hulu Langat (dikemaskini)

Bersempena dengan sambutan 25 tahun Jubli Perak PAS kawasan Hulu Langat, satu karnival iaitu Karnival Rakyat - Jom Halal- akan diadakan dari 25 Disember 2009 hingga 3 Januari 2010 di Stadium Kajang.

Terdapat pelbagai aktiviti sepanjang program ini berlangsung. Antaranya sumbangan kepada fakir miskin, jualan produk halal, persembahan wayang kulit, persembahan teater, paintball, pertunjukan fesyen dan sebagainya.

Terdapat juga perkhidmatan kaunter SPR, pemeriksaan kesihatan, Kaunter MES, pertandingan booth terbaik, pameran dan jualan.

TENTATIF PROGRAM (12.00 pm – 12.00 am)

25 Dis.2009 (Jumaat)
8.30 pm Majlis Perasmian (Perasmi : YB Dr Che Rosli Che Mat Ahli Parlimen Hulu Langat)
9.30 pm : Malam Kesenian Islamiyy
(artis – Kump As-Saufee, Kump. In-Team, Solo Azhan &
Solo Nazrey Ex-Raihan)

26 Dis. 2009 (Sabtu)
9.00 am : Raptai Perasmian 25 tahun PAS Kawasan
3.00 pm : Acara Padang : Klinik Bolasepak Belia Bwh 17tahun
: Boling Padang
9.00pm : Forum Perdana : BICARA HALAL (Ust Ghani Abdul Rahman/Ust Khairil Anwar Mohd Wafat dan moderator Ust Musa Bahaudin)

27 Dis. 2009 (Ahad)
9.00 am : Treasure Hunt
3.00 pm - 7.00 pm : Sembang Niaga - Produk Halal Muslim
9.00 pm : Ceramah Umum/Pelastine (Yayasan Amal) Tn Hj Jamaluddin Alias (Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia)

28 Dis. 2009 (Isnin)
3.00 pm : Sumbangan Tanaman Hijau / Laman Dapur
9.00 pm : Nasyid Mahaad Tahfiz, Dikir Barat Awang Sulong
: Pertunjukkan Tarian Naga, Tabla dan Silat

29 Dis. 2009 (Selasa)
3.00 pm : Bantuan/Sumbangan Anak Sekolah/Ibu Tunggal/Fakir Miskin
9.00 pm : Pentas Pidato Pemuda (Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi, Ustaz Hasbullah Awang, Ustaz Mohd Shah Mior Kosim)

30 Dis. 2009 (Rabu)
3.00 pm : Program Keusahawanan Ibu Tunggal (MAIS dan Persatuan Ibu Tunggal Hulu Langat)
9.00 pm : Pentas Puisi Islam (Ito Blues Gang, DINSMAN, Dato A Samad Said & Pyan Habib) & Pelancaran Komik Zunar 'Perak Darul Kartun'

31 Dis. 2009 (Khamis)
3.00 pm : Usahawan Belia (Exco Negeri – YB Yaacob Sapari)
9.00 pm : Solat Hajat Perdana DI Masjid Kajang, Motavasi Keluarga Bahagia Hj Hishamudin Ismail (UIA) di Stadium Kajang.

1 Jan. 2010 (Jumaat)
3.00 pm – 7.00 pm : Sembang Niaga – Produk Halal Muslim
9.00 pm : Malam Mesra Rakyat YB Rodziah Ismail/ YB Ronnie Liew

2 Jan. 2010 (Sabtu)
9.00 am - 5.00 pm : Pemeriksaan Kesihatan Percuma
9.00 am - 12.00 pm : Pertandingan Mewarna, Pertunjukkan Fesyen Kanak-Kanak Samensi
3.00 pm : Gubahan gula-gula & Coklat, pertandingan memasak ikan air tawar.
9.00 pm : Persembahan Teater Menunggu Kata Dari Tuhan - Sabri Yunus

3 Jan. 2010 (Ahad)
9.00 am : Klinik Bola Sepak (9-10 tahun) & (11-12 tahun)
8.00 pm : Pemeriksaan Kesihatan Percuma
9.00 pm : Perasmian penutup oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim MB Selangor
: Pidato Perdana YB Dato Sri Anwar Ibrahim, YB Sallehudin Ayub, YB Azmin Ali, Ustaz Idris Ahmad.

2 comments:

Anonymous said...

asalamualaikum....satu program yang nampak megah tapi sayang kurang perancangan dan publisiti. usahawan yang berniaga hanya bakal menempa kerugian....dah masuk hari ke-3 program kelam kabut..bayangkan dari 12pm-hingga 12am berniaga..hanya ada satu persembahan dan slide presentation lebih kurang jam 10mlm???...lebih baik berniaga pasar malam lagi ramai orang....

hijau_permai said...

SALAM...

KENAPA SERING PROGRAM CERAMAH UMUM@PROGRAM PAKATAN RAKYAT TAK DIWAR2KAN SECARA MELUAS EVEN DALAM HARAKAH? KAMI PERLUKAN PUBLISITI MELUAS UNTUK MENGETAHUINYA.....