Thursday, June 30, 2011

Bersih 2.0 Akan Gulingkan Kerajaan?

Ketakutan UmNo terhadap Bersih 2.0 semakin terserlah apabila semakin banyak aktiviti provokasi seperti rampasan baju Bersih 2.0 serta tindakkan menahan penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) semakin dipergiatkan. Baru-baru ini Naib Presiden UMNO Hishammuddin Tun Hussein berasa amat penik dengan perkembangan dan sokongan rakyat terhadap Bersih 2.0, lalu beliau cuba mengharamkan baju Bersih 2.0 pula. Baju Perkasa dan pemuda UmNo kenapa tidak diharamkan? Apa salah baju Bersih 2.0?

Adakah berhimpun secara aman itu adalah satu kesalahan? Adakah semua bentuk perhimpunan tanpa permit di tempat awam dikira berhimpun secara haram? Apakah kenduri kahwin pun dikira perhimpunan haram jika tiada permit? Adakah perhimpunan pasar malam juga dikira berhimpun secara haram di tempat awam? Adakah berhimpun main bola ramai-ramai di padang awam juga perlukan permit?

Pagi ini semakin banyak berita dimuatkan tentang kononnya bantahan orang ramai dan peniaga terhadap perhimpunan Bersih 2.0. Kononnya mereka akan kerugian kerana terpaksa menutup perniagaan pada 9 Julai.

Persoalannya siapa suruh tutup? Kalau semua perniagaan, LRT, bas, taxi, pasar malam, kedai makan, cenderamata dan lain-lain pusat beli-belah di tutup di mana orang ramai-ramai ini nak berbelanja serta makan dan minum? Macam mana orang ramai ini nak masuk KL?

Bersih 2.0 adalah pesta rakyat di mana ratusan ribu rakyat dari seluruh negara datang beramai-ramai ke KL untuk berhimpun. Mereka perlu makan, mereka perlu minum, mereka perlu berbelanja sebagai buah tangan bila balik kampung nanti. Kenapa mereka dihalang dari datang... Kenapa para peniaga nak tutup kedai?

Dengan prospek perniagaan yang amat baik ini kenapa semua orang perlu panik? Peniaga sepatutnya mengalu-alukan program besar ini. Sepatutnya polis meningkatkan keselamatan membantu menjaga ketenteraman awam bagi memastikan tidak ada orang yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan bagi mencetuskan provokasi. Polis sepatutnya menjaga lalulintas sepaya bergerak lancar.

Namun ketakutan UmNo terhadap kebangkitan rakyat yang menyokong PR mengatasi segalanyaa. Setelah kegagalan program UmNo menarik orang ramai datang, UmNo mahu memastikan perhimpunan PR juga gagal.

UmNo cuba mengambarkan suasana tidak tenteram serta huru-hara agar segala nama buruk di tempelkan kepada PR. UmNo akan pastikan pada hari tersebut cuma ada lima orang sahaja yang datang KL untuk menyokong Bersih 2.0. Lalu mereka akan berkata di TV, radio, akhbar UmNo dan lain-lain media... tengok Bersih 2.0 tidak dapat sambutan...... tengok sebab Bersih 2.0 peniaga kerugian.... tengok masyarakat ketakutan... tengok........tengok....... dan tengok.......

Adakah rakyat akan terus diperbohohkan oleh satu kelompok manusia yang sedang ketakutan hilang kuasa, pengaruh dan kekayaan......?


No comments: