Monday, August 29, 2011

Mat Sabu: Utusan fitnah saya dan PAS

Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata laporan Utusan Malaysia pada 27 Ogos lalu mengenai ceramahnya di di Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, 21 Ogos lalu adalah "satu putar belit dan tokok tambah cerita untuk memfitnahnya dan PAS".

"Setelah mendengar kembali ucapan saya dan dibandingkan dengan laporan muka depan dan muka lima Utusan (27 Ogos) dan kecaman berterusan akhbar (itu) bertarikh 28 Ogos, saya dapati Utusan telah memutar belit (dan) menambah cerita yang menimbulkan fitnah terhadap saya dan PAS," katanya pada sidang media di Kompleks PAS Perlis hari ini.

Dalam laporan berkenaan, akhbar milik Umno itu mendakwa pemimpin kanan PAS tersebut berkata pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah sebagai hero sebenar.

Sehubungan itu, Mohamad berkata beliau akan berbincang dengan peguamnya bagi mengheret Utusan ke mahkamah kerana membuat pembohongan terhadapnya.

"Pembohongan yang dilakukan dan reka cerita yang ditambah, sehingga menimbul kegelisahan orang ramai dan menyebabkan saya dikecam, diancam dan difitnah atas berita Utusan," katanya.

Arahan selanjutnya
Menurutnya, beliau akan bertemu dengan peguamnya selepas sambutan Aidilfitri untuk memberikan arahan selanjutnya berhubung perkara berkenaan.

Utusan dalam laporan muka depannya kelmarin menyiarkan Mohamad juga mendakwa Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Mingguan Malaysia semalam pula menyiarkan berita yang memetik reaksi pelbagai pihak mengecam Mohamad yang kebih dikenali sebagai Mat Sabu. Mereka termasuk penerima Pingat Gagah Berani (PGB) dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP), bekas pegawai waran 1 Kanang anak Langkau.

Kanang dipetik sebagai berkata Mat Sabu tidak layak mengambil bahagian dalam politik demokrasi di negara ini dan menganggap timbalan presiden PAS itu sebagai "watak penghasut yang sewajarnya dikenakan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)".

Utusan turut memperhebatkan gesaan supaya tindakan ISA dikenakan ke atas Mat Sabu dalam edisinya hari ini.

Antara yang diwawancara yang menggesa ISA digunakan ke atas timbalan presiden PAS itu, termasuk, daripada anak kepada Ketua Balai Polis Bukit Kepong, Sarjan Jamil Md Shah yang terbunuh - Ahmad Jamil dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Tak tahu langsung


Mohamad berkata, selepas mendengar kembali rakaman ucapannya itu, beliau "tidak menyebut langsung nama Mohamad Indera sebagai komunis".

"Bahkan ketua penyerang Goh Peng Tun, saya tidak tahu langsung nama itu sehingga saya membaca Utusan Malaysia.

"Ini dua contoh rekaan Utusan untuk memfitnah saya," katanya, sambil menegaskan lagi, bahawa beliau tidak pernah kenal Goh Peng Tun dan tidak pernah menyebut nama Muhamad Indera sebagai komunis dalam ceramah itu.

Rentetan laporan akhbar milik Umno itu, pelbagai pihak terutamanya bekas-bekas perajurit dan ahli keluarga mangsa Bukit Kepong menyelar Mohamad dan menuntut orang nombor dua PAS itu meminta maaf secara terbuka serta didakwa di bawah Akta Hasutan.

Tidak terkecuali mengutuknya ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menganggap pemimpin kanan PAS itu buta sejarah serta mengkhianati perjuangan bangsa Melayu dalam menuntut kemerdekaan tanah air.

Bencana Menjelang Syawal


Menziarahi keluarga Ismail Hitam di Jalan 4, Taman Indah Jaya. Rumah beliau telah ditimpa pokok malam tadi sebelum hujan lebat melanda. Walaupun rumah basah digenangi air akibat hujan semalaman, namun alhamdulilah tiada kecederaan dialami.

Terima kasih kepada semua yang membantu.

Raja-Raja Melayu, Bukit Kepong, Polis dan Komunis

Akibat serangan Utusan terhadap Mat Sabu, telah mencetuskan ingin tahu saya untuk membaca sedikit sejarah Tanah Melayu. Dengan maklumat yang mudah didapati di internet bolehlah kita ringkaskan perkara-perkara yang disentuh oleh Utusan seperti berikut:

Pristiwa Bukit Kepong
Pristiwa Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya. Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong yang terletak ditebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor.

Polis Tanah Melayu

Organisasi Polis Moden di Tanah Melayu bermula pada 25 Mac 1807 hasil termaktubnya Piagam Keadilan (Charter of Justice) oleh penjajah Inggeris di Pulau Pinang. Sistem ini mencontohi sistem tersusun dan teratur polis British, yang dicipta oleh Sir Robert Peel pada tahun 1829.

Kebanyakan pegawai polis ketika itu adalah berbangsa British. Selepas itu organisasi ini berkembang kepada Negeri-Negeri Selat dan negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Pada ketika itu, organisasi polis adalah terhad kepada negeri masing-masing. Hanya selepas Perang Dunia II, satu organisasi polis tunggal dengan pentadbiran pusat yang pertama telah ditubuhkan dan dikenali sebagai "Civil Affair Police Force" (CAPF). Organisasi ini telah dibentuk di Tanah Melayu bagi menjalankan tugas-tugas kepolisan dengan diketuai H.B. Longworthy. Penjajah British terpaksa memantapkan organisasi polis selepas negara melalui anarki semasa zaman pemerintahan Jepun. Antara masalah yang berleluasa ketika itu ialah pemberontakan pihak komunis.

Konsep "Bersedia Berkhidmat" diperkenalkan oleh Pesuruhjaya Polis Tanah Melayu Sir Arthur E. Young pada 15 Disember 1952. Melalui arahannya, Arahan Pesuruhjaya Polis No. 36, tahun 1952: "Operation Service", A. E. Young menegaskan pendekatan polis terhadap orang ramai serta mewujudkan persefahaman terhadap kedua-dua pihak. Beliau juga berharap dengan konsep "Bersedia Berkhidmat" ini, pandangan negatif pasukan dapat dikikis dan sebaliknya dihormati.

Komunis

Malayan Peoples' Anti-Japanese Army (MPAJA) yang juga dikenali sebagai Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pada 20 April 1930. Yang pada awalnya bekerjasama dengan pihak British untuk menentang pendudukan Jepun berdasarkan perjanjian yang dibuat pada 8 Disember 1940, mengambil peluang untuk membalas dendam terhadap sesiapa yang dianggap bersubahat dengan Jepun.

Menerusi MPAJA, bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan lojistik dan perubatan telah diperolehi dari British. Dalam tempoh 3 tahun kekuatan tentera MPAJA dianggarkan sebanyak 7,000 anggota dan tidak hairanlah apabila darurat berlaku pihak British dan anggota pasukan keselamatan terpaksa berhadapan dengan kesukaran menghapuskan MPAJA atau PKM.

Terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 merupakan kekalahan kepada Parti Komunis Malaya kerana golongan ini telah diketepikan oleh British. Parti Komunis Malaya telah menukar strategi dan mula mencetuskan kegagasan melalui mogok dan rusuhan. Pihak British bertindak balas dengan mengharamkan pemimpin politik daripada mengetuai kesatuan pekerja, dengan itu melemahkan kedudukan PKM.

PKM kemudiannya mulai mengangkat senjata dan beberapa siri serangan dan serangan telah berlaku. Bagaimana pun, insiden pada 16 Jun 1948 iaitu pembunuhan tiga orang pengurus estet berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak telah membawa kepada pengistiharan darurat oleh Sir Edward Gent. Apabila keadaan bertambah teruk, pada 12 Julai 1948, darurat diistiharkan ke seluruh negara. Parti Komunis Malaya telah diharamkan pada 23 Julai 1948. Seluruh angkatan bersenjata telah digerakkan termasuk Senoi Praaq bagi menentang PKM.

Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin PKM, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan pada tahun 1955. Rundingan Baling ini yang diadakan pada 28-29 Disember 1955 tidak membawa apa-apa keputusan drastik. Ini disebabkan kerajaan menawarkan pengampunan dengan syarat Parti Komunis Malaya dibubarkan, tetapi Chin Peng pula meminta Parti Komunis Malaya dibenarkan untuk bergerak sebagai sebuah parti politik. Pihak kerajaan yang telahpun mencapai kemajuan dalam membasmikan Parti Komunis Malaya, dan menimbangkan kekejaman Parti Komunis Malaya terhadap rakyat sebelumnya, menolak usul membenarkan Parti Komunis Malaya dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik. Tunku kemudiannya menegaskan kepada rakyat bahawa PKM bertindak menentang kerajaan sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada penjajahan British.

Raja-Raja Melayu dan Persekutuan Tanah Melayu

Perjanjian Persekutuan menetapkan kuasa-kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Hal ehwal kewangan mestilah dikendalikan oleh negeri masing-masing. DYMM Sultan diberikan kuasa penuh ke atas hal-hal agama dan adat istiadat Melayu. Masalah luar negeri dan pertahanan pula masih dipegang oleh Kerajaan British. Perjanjian Persekutuan telah dijadikan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan diisytiharkan dengan rasminya pada 1 Februari 1948

Kesimpulan

Tanah Melayu telah melalui pelbagai situasi yang amat sukar dan mencabar dari penjajahan British, Jepun dan kemudian kembali kepada British. Perubahan ini telah menyebabkan suasana sosial amat mencabar. Apabila Jepun masuk ke Malaya, Jepun dan penyokongnya menganggap British adalah musuh dan penyokongnya juga musuh. Begitu juga apabila British kembali selepas Jepun kalah perang, mereka pula menganggap Jepun dan penyokongnya adalah musuh pula. Dalam masa yang sama PKM pula muncul yang berjuang dan menganggap sesiapa yang menyokong penjajah adalah musuh. Suasana ini menyebabkan rakyat amat tertekan dan suasana tegang.

Apabila PKM menyerang Polis di Bukit Kepong.... apakah sebenarnya yang berlaku? Adakah ianya serupa dengan serangan di estet Sungai Siput Perak? Adakah serangan itu disebabkan Polis adalah berkerja untuk British dan meletakkan Polis sebagai sasaran? Ataupun adakah ianya tindakan keganasan? Apa pun dalam situasi yang amat sukar itu dan Tanah Melayu masih dikuasai oleh British.... mungkin boleh dianggap mempertahankan Polis adalah serupa dengan mempertahankan British yang menjadi penguasa Tanah Melayu.

Namun, biarlah sejarah berlalu dan jadikan ianya sebagai pengajaran. Apabila Tanah Melayu Merdeka kitalah yang sepatutnya mempertahankan negara ini dari apa juga ancaman. Dan kita pula dipertanggungjawabkan untuk menjadi khalifah yang diwajibkan untuk mendirikan Islam dan memerintah negara dengan agama Islam. Islam memastikan negara perlu adil kepada umat Islam dan juga bukan Islam.

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54.

Saturday, August 27, 2011

Munajat Perdana

KOTA BHARU, 27 Ogos: Biar pun tanpa nasi bungkus percuma untuk bersahur, namun ribuan anak-anak muda memenuhi Qaryah Ramadan di perkarangan Stadium Sultan Mohammad Ke IV awal pagi tadi bagi mengikuti munajat pilihan raya.

Malah ada membawa beg galas besar, kemungkinan baru kembali ke kampung halaman, bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri dua hari lagi. Ada juga yang keletihan tidur di belakang khemah solat tarawih.

Khemah gergasi tempat solat dan munajat itu penuh sesak dengan orang ramai. Khemah tersebut  boleh memuatkan sehingga 3,000 orang. Sebahagian lagi terpaksa solat dan munajat di bahagian luar khemah.

Jumlah kehadiran itu dianggap luar biasa memandangkan bulan Ramadan sekarang lebih ramai memilih bersahur bersama keluarga. Malah program agak sendat apabila amanat pimpinan yang disiarkan secara langsung menerusi internet berakhir jam 12 malam tadi, disambung pula dengan munajat.

Sebahagian peserta yang hadir rata-rata golongan muda. Program bermula jam 3 pagi diimamkan Ustaz Hussin Ibrahim Masri dari Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas.

Bacaan zikir dan munajat pula dikepalai Ketua Pengelola Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak. Hadir sama Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota-anggota Exco dan wakil-wakil rakyat.

Program munajat berakhir kira-kira jam 4.50 pagi, bagi memberi peluang orang ramai yang hadir bersahur. Jualan nasi bungkus disediakan berhampiran Qaryah Ramadan.

Mubarak Kafe di sebelah khemah tarawih kelihatan penuh sesak dengan pelanggan. Beberapa kedai makan dan restoran di Dataran Usahawan juga masih beroperasi.

Berucap ringkas sebelum itu Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, Kelantan terus memancak Islam dalam segenap aspek kehidupan sejak mengambil alih pentadbiran negeri ini pada akhir 1990.

“Usaha itu berterusan dilakukan sehingga ke saat ini. Ketika ini merupakan saat yang paling baik bagi umat Islam beribadat di akhir Ramadan bagi membersihkan diri kita daripada segala dosa,” katanya.

Menurutnya, hanya doa sebagai senjata akhir bagi orang Islam ketika berdepan dengan kegentingan bagi menghadapi pilihan raya bila mana pihak lawan cuba menggunakan pelbagai taktik kotor untuk mengekalkan kuasa.

Ketika ucapan yang disiarkan secara langsung di 19 lokasi di seluruh negara termasuk boleh diikuti di Sabah dan Sarawak malam tadi Menteri Besar berkata, taktik buruk pihak lawan bagi mengekalkan kuasa hanya dapat dihadapi dengan munajat kepada Allah Taala.

Katanya di negara lain tentera digunakan bagi mempertahan kuasa pemimpin sedia ada, namun di negara kita pendatang diberi kad pengenalan bagi membolehkan pemerintah mengekalkan kuasa.

Kata beliau senjata doa tiada hijab yang boleh menghalang kerana ia akan terus sampai ke Allah Taala, lebih-lebih lagi kalau berkebetulan pula dengan Lailatul Qadar.

“Kita luahkan segala isi hati. Malam ini berkebetulan pula 27 Ramadan, iaitu malam-malam ganjil yang kemungkinan besar berlaku Lailatul Qadar. Allah Taala membuka pintu langit bagi membolehkan menerima terus doa daripada hambaNya,” ujarnya pada program yang diadakan di Dewan Zulkifli Mohamad , pejabat Perhubungan PAS Kelantan.
Program itu bermula jam 10 malam di mana siaran internet dipancarkan dari dua lagi lokasi iaitu Rusila, Terengganu dan Taman Melewar, Kuala Lumpur.

Sebanyak 19 tempat pemimpin dan penyokong PAS berkumpul bagi mengikuti program berkenaan. Siaran itu boleh diikuti dengan jelas gambar dan audionya. Pengerusi program, Ustaz Idris Ahmad berada di Taman Melewar.

Di Rusila dua pemimpin berucap iaitu Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Ahmad Ghazali.

PRU-13: Hanya doa senjata akhir hadapi BN, kata Nik Aziz

KUALA LUMPUR, 27 Ogos — PAS Kelantan mengadakan munajat pilihan raya di Kota Baru awal pagi tadi dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata hanya doa merupakan “senjata akhir” bagi orang Islam berdepan dengan kegentingan menghadapi pilihan raya umum ketika pihak lawan cuba menggunakan pelbagai taktik kotor kekal kuasa.

Program itu diadakan ketika akhir Ramadan, di sebalik spekulasi bahawa pilihan raya umum ke-13 akan diadakan bila-bila masa selepas sambutan Aidilfitri yang jatuh minggu depan.

Berucap ringkas, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS memberitahu, Kelantan terus menegakkan Islam dalam segenap aspek kehidupan sejak mengambil alih pentadbiran negeri ini sejak akhir 1990.

“Usaha itu berterusan dilakukan sehingga ke saat ini. Ketika ini merupakan saat yang paling baik bagi umat Islam beribadat di akhir Ramadan bagi membersihkan diri kita daripada segala dosa,” kata Menteri Besar Kelantan dipetik Harakahdaily hari ini.

Menurutnya, hanya doa sebagai senjata akhir bagi orang Islam ketika berdepan dengan kegentingan bagi menghadapi pilihan raya bila mana pihak lawan cuba menggunakan pelbagai taktik kotor untuk mengekalkan kuasa.

Dalam ucapannya yang disiarkan secara langsung di 19 lokasi di seluruh negara termasuk ke Sabah dan Sarawak, Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, taktik buruk pihak lawan bagi mengekalkan kuasa hanya dapat dihadapi dengan munajat kepada Allah.

Katanya, di negara lain tentera digunakan bagi mempertahan kuasa pemimpin sedia ada, namun di negara kita pendatang diberi kad pengenalan bagi membolehkan pemerintah mengekalkan kuasa.

Kata beliau senjata doa tiada hijab yang boleh menghalang kerana ia akan terus sampai ke Allah Taala, lebih-lebih lagi kalau berkebetulan pula dengan Lailatul Qadar.

“Kita luahkan segala isi hati. Malam ini berkebetulan pula 27 Ramadan iaitu malam-malam ganjil yang kemungkinan besar berlaku Lailatul Qadar. Allah Taala membuka pintu langit bagi membolehkan menerima terus doa daripada hamba-Nya,” kata beliau dalam satu ucapan pada program diadakan di Dewan Zulkifli Mohamad, Pejabat Perhubungan PAS Kelantan.

Manjat pilihan raya umum pula diadakan di pekarangan Stadium Sultan Mohammad Ke IV awal pagi tadi.

Thursday, August 25, 2011

Mufti: Melayu berpecah kerana kerajaan rasuah

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mendedahkan, bagi memastikan perpaduan Melayu-Islam, beliau pernah mengingatkan Datuk Seri Najib Tun Razak tentang kerajaan yang "lemah, tidak amanah dan rasuah."

"Saya kata pada Najib, Datuk Seri, perpecahan Melayu sebab kerajaan ini cukup lemah, tak amanah dan rasuah," kata Harussani.

Bercakap dalam wacana "Ulama dan Politik" di Shah Alam hari ini, Harussani berkata sebagai orang yang tidak berparti, beliau telah mengambil pendekatan itu sejak zaman Tun Razak Hussein lagi.

Diminta menghuraikan tegurannya itu, Harussani bagaimanapun enggan melakukannya kerana berharap ia "habis di sini sahaja".

Bercakap dalam wacana "Ulama dan Politik" di Shah Alam hari ini, Harussani berkata sebagai orang yang tidak berparti, beliau mengambil pendekatan itu sejak zaman bapa Najib - Tun Razak Hussein - menjadi perdana menteri lagi.

Harussani turut berkata, beliau juga pernah cuba menasihati bekas perdana Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini berhubung pelbagai isu.

Harussani berkata, walaupun Dr Mahathir selalu mendengar nasihatnya, terdapat tiga perkara yang tidak dipedulikan.

Perkara itu menurutnya, nasihat yang cuba disampaikan supaya Dr Mahathir tidak memecat timbalannya ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Waktu nak pecat Anwar, saya pergi tapi tak boleh masuk (jumpa). Saya kata, kalau pecat dia, bukan sikit pengaruh dia (Anwar), berpecah orang Melayu... Kalau hendak buat tuduhan liwat, kalau tak ada saksi, buruk padahnya.

Tak ingat

"(Nasihat) kedua, kalau nak pecat, buat rombakan kabinet dulu. Letakkan dia (Anwar) sebagai menteri biasa (baru pecat).

"Satu lagi (nasihat) saya tidak ingat," kata Harussani.

Pada zaman Abdullah pula, mufti paling kanan di Malaysia itu berkata, beliau pernah tiga kali menasihatinya tetapi semuanya ditolak.

Beliau bagaimanapun tidak menyebutkan apa tiga nasihatnya kepada Abdullah itu.

Harussani tegas mengulangi pendiriannya bahawa Melayu-Islam bersatu-padu, termasuk melalui pembentukan kerajaan campuran antara Umno-PAS kerana dalam al-Quran umat Islam diperintah berkasih-kasihan antara satu sama lain dan bukannya dengan orang kafir.

"Dalam al-Quran disebut orang kafir zalim. Tak pernah lagi disebut orang Islam itu zalim," katanya merujuk kepada kerjasama politik parti Melayu dengan parti yang didokong bukan Islam.

Dua lagi anggota panel dalam wacana itu Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ulama muda Umno Fathul Baru Mat Jahya. Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin bertindak sebagai moderator.

Sebagai respons kepada pendapat itu, Tuan Ibrahim sebelum itu secara berseloroh mengusik Harussani dengan berkata:

"Kalau mufti hendak jumpa perdana menteri pun tak boleh, lu fikirlah sendiri."

Ketawa besar


Kata-kata itu nyata mengundang ketawa besar kira-kira 500 peserta yang hadir dalam majlis kira-kira dua jam itu.

Mengaitkan perkara itu tentang pengiktirafan terhadap ulama, Tuan Ibrahim mengambil kesempatan menyifatkan kerajaan dan Umno selama ini selama ini hanya menjadikan ulama seolah-olah 'terompah kayu' dan 'ricecooker' (periuk nasi).

"Ia beri gambaran, bila perlu saja pakai ulama. Pandangan majlis fatwa ditolak, pandangan mufti diketepi. (Jadi ulama) nak pandu politik macam mana kalau pengiktirafan pun tak ada," katanya.

Sementara itu, Fathul pula berkata, usaha dakwah memerlukan masa dan tempoh sebelum membuahkan hasil.

Sehubungan itu, beliau meminta umat Islam di negara ini mendoakan kebaikan kepada pemimpin supaya kesannya dirasai semua lapisan masyarakat.

"Ini tidak, doa minta mampuslah, pecah perutlah," katanya yang kesal kerana pernah digelar "ulama upahan".

Tuesday, August 23, 2011


Konvensyen Negara Berkebajikan

Parti Islam Se-Malaysia melalui Lajnah Penerangan dan Dakwah akan menganjurkan Konvensyen Negara Berkebajikan pada 10hb September 2011 depan di Dewan Ustaz Fadhil Noor KUIZM, Taman Melewar.  Konvensyen tersebut diadakan bertujuan menghurai dan memberi kefahaman kepada seluruh kepimpinan parti mengenai Konsep Asas Negara Berkebajikan sebagaimana Ucapan Dasar Presiden tahun ini Menuju Negara Berkebajikan. Konvensyen juga akan merumuskan sebuah rangka gerak kerja bagi melaksanakan ucapan dasar Presiden. Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang akan membentangkan Konsep Asas Negara Berkebajikan dalam ucaputamanya, beberapa tokoh politik dan NGO akan turut memberi ulasan ucaputama Presiden, antaranya Dr. Mohd Noor Manuty (Ketua Penerangan PKR), YB Dr. Tan Seng Giaw (Naib Pengerusi DAP Pusat) dan Tuan Hj Azmi Abdul Hamid (Presiden TERAS).

Huraian lanjut mengenai Konsep Negera Berkebajikan juga akan dibentangkan sebagai Dokumen Negara Berkebajikan oleh Naib Presiden PAS YB  Salahuddin Ayob. Dokumen tersebut merupakan penjelasan berupa tawaran-tawaran PAS kepada rakyat, dan ia tidak lari dari Buku Jingga bahkan melengkapkan lagi tawaran-tawaran PR apabila diberi mandat memerintah negara.

YAB Datuk Mursyidul Am juga akan hadir bagi menyampaikankan ucapan penutup dalam konvensyen tersebut.

Peserta terlibat dalam konvensyen tersebut semua kepimpinan tertinggi  parti peringkat pusat, negeri dan kawasan-kawasan. Dijangka hampir 1000 orang akan menghadiri konvenseyen ini.Para peserta akan berpeluang berdialog dengan pimpinan tertinggi parti dalam memahami Konsep Negara Berkebajikan yang menjadi tema utama PAS dalam Ucapan Dasar Presiden baru-baru ini. Ia sekali gus bagi menangkis tohmahan Umno BN yang kononnya PAS lari dari hala tuju perjuangan apabila memperkenalkan Negara Berkebajikan.

Semua negeri dan kawasan diminta mengosongkan tarikh tersebut bagi memberi tumpuan menghadiri program tersebut.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat.

Pakatan alukan 'kesedaran lambat' BN

Pakatan Rakyat mengalu-alukan tindakan kerajaan mengarahkan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) agar mengkaji langkah membantu golongan berpendapatan bawah RM3,000 bagi berdepan kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

Bagaimanapun, pengakuan bahawa golongan itu memerlukan bantuan didakwa menunjukkan "kegagalan BN" mewujudkan masyarakat berpendapatan tinggi, sekali gus tidak mengendahkan nasib 60 peratus rakyat dalam merangka polisi ekonomi.

"Jawatankuasa bajet alternatif Pakatan mengalu-alukan kesedaran terlewat oleh BN mengenai betapa peri pentingnya membantu golongan yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan," kata tiga anggota utama jawatankuasa itu.

Kelmarin, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dilaporkan berkata, PEMANDU diarahkan membuat kajian itu kerana kabinet berpendapat satu mekanisme perlu bagi membantu golongan itu.

Dalam kenyataan balasnya, tiga anggota parlimen yang menggerakkan jawatankuasa itu - Dr Dzulkifli Ahmad (Kuala Selangor), Liew Chin Tong (Bukit Bendera) dan Tian Chua (Batu) - berkata rangka kerja baru diperlukan.

"Adalah dijangkakan modifikasi tempelan oleh PEMANDU itu tidak akan mengakibatkan banyak perubahan kerana PEMANDU hanya mempunyai jangkamasa 2 minggu sahaja untuk mengeluarkan rangkakerja polisi yang baru tersebut ," kata mereka.

Monday, August 22, 2011

PAS: Ketidakikhlasan BN semarak semangat himpunan BERSIH 3.0

Pakatan Rakyat akan bermesyuarat Rabu ini untuk membuat keputusan bersama terhadap ketidakikhlasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan BN melakukan reformasi sistem pilihanraya sebelum pilihan raya umum ke-13.

Ia ekoran kenyataan perdana menteri bahawa pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa dan ia tidak perlu menunggu keputusan jawatankuasa khas parlimen mengenai reformasi pilihan raya.

Menurut ketua penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS juga akan mengadakan mesyuarat khas bagi menimbang penyertaan dalam Jawatankuasa Khas Parlimen, kerana berpendapat, ianya tidak membawa sebarang makna setelah perdana menteri membuat kenyataan sedemikian.

Sambil menyuarakan kekesalan PAS, beliau berkata: "Kenyataan tersebut membuktikan sikap sebenar kerajaan terhadap tuntutan rakyat agar sistem pilihanraya yang bersih dan adil dapat diwujudkan, sebelum PRU akan datang.

"Tujuan utama Jawatankuasa Khas ini ialah merumus satu sistem pilihanraya yang adil dan bersih, setelah pelbagai kelemahan dibongkar.

"Apa guna dibentuk jawatankuasa Khas, sekiranya kerajaan sudah memberikan bayangan jelas bahawa pilihanraya umum akan diadakan sebelum jawatankuasa itu menyiapkan laporan dan sekaligus memberikan petanda yang jelas bahawa sememangnya kerajaan BN tidak bersedia untuk menerima dan memperbaiki kelemahan yang ada," katanya Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, adalah mustahak bagi rakyat bahawa inisiatif mengatasi kelemahan dan hilangnya keyakinan mereka terhadap sistem pilihanraya yang ada kini diperbetulkan terlebih dahulu supaya satu perjalanan sistem pilihanraya yang bersih dan adil di Malaysia dapat dijalankan.

"Sekiranya tidak, apa gunanya rakyat mengundi sekiranya keputusan pilihanraya bukan keputusan yang membayangkan hasrat mereka sebenar di akar umbi, tetapi hasrat pengundi hantu dan warga asing yang berlambak untuk memenangkan calon parti tertentu," tambahnya.

Tegasnya, kerajaan harus menyedari kemarahan rakyat dan tuntutan dalam perhimpunan aman BERSIH 2.0 baru- baru ini.

"Sikap kerajaan yang menolak diadakan pilihanraya sebelum sistem diperbaiki sudah tentu akan mengundang kemarahan rakyat dan tahap kebolehpercayaan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan terus merosot.

"Keadaan ini sangat tidak baik bagi negara, dan terutamanya kerajaan memerintah dan tidak mustahil parti- parti dalam Pakatan Rakyat akan menarik diri ekoran kenyataan Perdana Menteri.

"Ketidakikhlasan kerajaan Barisan Nasional ini juga dijangka akan mempercepatkan bantahan rakyat, justeru menyemarakkan semangat untuk himpunan BERSIH 3.0 diadakan," tambahnya.

PAS, tegasnya, ingin tegaskan bahawa kerajaan tidak patut dan sememangnya "ia amat tidak bertanggungjawab untuk membubarkan Parlimen dalam keadaan mereka sedar bahawa sistem pilihanraya negara kita sememangnya tempang berhadapan dengan kelemahan dan kepincangan yang pelbagai.

"Sila memperbaiki dahulu beberapa kelemahan yang utama, barulah diadakan pilihanraya ke 13, demi rakyat, untuk rakyat dan kerana rakyat," katanya.

Friday, August 19, 2011

Sempena Lawatan Najib

Bila Najib nak datang mereka pun turap jalan dan turap tapak operasi UmNo, pasang khemah gadang-gadang, orang kampung tak boleh meniaga, nak beli barang pun tak boleh. Hari ini Jumaat sepatutnya ada pasar tani.... nanti Ahad pun sepatutnya ada pasar tani. Apo nak buek?

Johan pulak sebok hantar jemputan ke majlis tersebut pakai  letterhead UmNo.... Ini program kerajaan atau program UmNo? Pasang khemah, turap jalan, makan-makan tu guna duit UmNo atau duit kami pembayar cukai?

Sempena lawatan Najib ke Masjid Bt 14, marilah kita renungkan sumbangan UmNo dalam membangunkan Islam dan orang Melayu sebagaimana yang mereka laung-laungkan itu:
  1. Orang Melayu semakin jauh dari Islam akibat dari sekolah agama dan pembelajaran agama yang semakin dipinggirkan.
  2. Rakyat berperang dan berebut untuk mendapat tempat untuk belajar disekolah menengah agama yang amat terhad.
  3. Rakyat terpaksa menghantar anak kesekolah menengah agama swasta untuk melanjutkan pelajaran dalam aliran agama.
  4. Matapelajaran pendidikan Islam bukan matapelajaran teras di sekolah kebangsaan.
  5. Majlis ilmu dan aktiviti agama dikawal amat ketat hingga susah hingga mengadakan program agama.
  6. Orang pakai kopiah, serban dan purdah dilabel pengganas dan tidak boleh belajar disekolah dan berkerja di jabatan kerajaan.
  7. Program hiburan ditaja sedangkan program ilmu dikesampingkan.
  8. Berhibur boleh sampai 3-4 pagi tetapi ceramah agama boleh setakat 12 malam sahaja.
  9. Cuti hari Jumaat dihapuskan kecuali tinggal beberapa negeri sahaja. Mungkin untuk memberi peluang orang ramai pergi ke gereja dengan selesa.... termasuklah orang Melayu.
  10. Tolong kempen sambutan krismas secara besar-besaran dan meriah setiap hujung tahun. Akibatnya minat terhadap Kristian semakin terus berkembang.
  11. Masjid dan surau hanya boleh digunakan untuk program ibadat khususiah sahaja sehingga perkara selain daripada aktiviti agama tidak boleh dibincangkan.
  12. Orang bukan Islam dihalang dari mendekati masjid dan surau konon-konon untuk menjaga kesucian tempat ibadat.
  13. Orang bukan Islam juga dihalang dari mendekati Al-Quraan konon-konon untuk menjaga kesucian Al-Quraan.
  14. Undang-undang Islam dihalang dari dilaksanakan ditohmah hudud PAS, sedangkan mereka tidak juga mengadakan undang-undang, jauh lagi untuk melaksanakan.
  15. Islam setakat pada nama, IC, buat masjid dan surau banyak-banyak, musabaqah peringkat kebangsaan dan antarabangsa, pusat zakat, tabung haji, pusat Islam, bank Islam, Takaful Islam, pajak gadai, Universiti Islam, nikah kahwin, tahlil, perayaan...
  16. Menutup aurat sesuatu yang luar biasa sedangkan buka aurat sesuatu yang lumrah.
  17. Orang Melayu dan Islam dimusuhi semata-mata kerana berlainan pendirian politik.
  18. Baitul-Mal, Pusat Zakat dan Jabatan Agama gagal menjaga kemaslahatan umat Islam
  19. Nak dapatkan bantuan dari Institusi agama Islam amat susah dan terhad...tetapi Gereja mudah membantu.
Bukan untuk mencari kesalahan.... tatapi masih terlalu banyak perkara yang kita jauh ketinggalan sedangkan masa yang kita ada amat terhad. Kita ada jalan singkat dan kita juga ada pilihan lain iaitu dengan menunggu lebih lama lagi. Jalan yang singkat adalah dengan mengubah kerajaan yang dikuasai UmNo ini dalam PRU13.

Atau nak jalan jauh...... tunggulah 100 tahun lagi (53 tahun sudah berlalu)... itu pun kalau bernasib baik. Mujur jika kita panjang umur dan sempat membuat perubahan..... andainya tidak, jawablah sendiri di mahkamah Allah nanti.

Thursday, August 18, 2011

Wakil Rakyat Hantu : Bekas tentera dakwa mengundi 'sampai lenguh'

Mungkin ada kata banyak mana pun mereka boleh menang dengan cara ini.... namun sedar atau tidak kesannya amat besar sekali sehingga mengugat system kerajaan, undang-undang dan juga pentadbiran. Pernahkah kita terfikir sekiranya ada ahli parlimen atau ADUN yang menang dengan cara ini dan bagaimana pula sekiranya yang menang dengan cara begitu adalah PM?

Beberapa perkara yang perlu difikirkan :
  1. Jawatan yang salah diberikan kepada orang yang salah.
  2. Kita bagi gaji dan peruntukkan kepada orang yang tidak berkenaan.
  3. Kita meluluskan undang-undang yang dibawa atau disokong oleh orang yang tidak layak.
  4. Kita membayar pencen kepada orang yang tidak selayaknya.
  5. Dan fikirkankanlah yang lain-lain yang berkenaan
 Senarainya dan kesannya adalah amat panjang sehingga kita tidak mampu memperbetulkannya.Kalau Panglima Angakatan Tentera (PAT) terpaksa membuat kenyataan akhbar kita faham kenapa......
__________________________
Seorang bekas anggota tentera mendakwa, beliau telah menanda ribuan kertas undi pos semasa bertugas sebagai kerani tadbir ketika pilihan raya ketujuh dijalankan.


Kamarulzaman Ibrahim, 53, mendakwa beliau bersama beberapa lagi rakannya diarahkan supaya berbuat demikian oleh pegawai pemerintahnya.


Beliau mendakwa berbuat demikian sepanjang tiga hari menjalankan tugas berkenaan di Kem Terendak, Melaka.


Beliau mendakwa telah menanda kertas undi berkenaan "sehingga lenguh tangan" dan turut menandatangan setiap borang yang dikepilkan bersama kertas undi tersebut.


Pendedahan berkenaan timbul selepas pemuda PAS membuat pendedahan sama selepas seorang anggota tentera mula membuka mulut berhubung dakwaan sama, awal bulan ini.


Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini, Kamarulzaman berkata, beliau berbuat demikian kerana "sekadar menurut perintah" sepanjang tempoh tiga hari tugasnya itu.


"Jadi ruang untuk manipulasi memang terlalu besar," katanya yang turut mendedahkan bahawa beliau turut diarahkan untuk memangkah undi bagi pembangkang.


"Sebab itu memang ada tempat yang PAS menang dengan undi pos," katanya yang menambah, kertas undi yang dibekalkan ke kem berkenaan bukanlah untuk sesuatu kawasan pilihan raya sahaja.


Selain Kamarulzaman, turut tampil membuat pendedahan hari ini ialah Mohamed Nasir Ahmad yang pertama kali muncul pada awal bulan ini dengan dakwaan berhubung penyalahgunaan undi pos di Kem Sandakan pada 1986.


Mohamed Nasir Ahmad, 50, mendakwa pernah memangkah lebih 400 kertas undi pos dalam tugasnya di kem itu.


Apa yang menghairankannya, tidak sampai 100 orang daripada setiap batalion didakwa telah mendaftar sebagai pengundi pos, namun kertas undi tetap dikeluarkan atas nama mereka, dakwanya lagi.


Tambahnya, kertas undi berkenaan mungkin dikeluarkan untuk anggota yang bakal bersara dan menjalani latihan peralihan.


"Mereka ini duduk berterabur di serata negeri. Mana ada masa untuk balik ke kem," katanya lagi yang berkata anggota tentera telah menerima arahan melalui perintah tetap supaya tidak terlibat dalam politik.


"Kita tidak ambil penting sangat apa yang kita buat itu. Bila ada gelombang BERSIH, barulah kita ada kesedaran," katanya lagi.


Turut bercakap dalam sidang media tersebut ialah seorang bekas pegawai tentera, Mejar (B) Risman Mastor dan seorang bekas anggota komando tentera udara, Mohd Kamil Omar.


Mohd Kamil mendakwa, beliau pernah ditawarkan satu "habuan" oleh pegawai atasannya untuk tugas menanda "sekotak kertas undi."


Mohd Kamil bagaimanapun mendakwa, beliau tidak menjalankan tugas berkenaan kerana mengetahui perkara itu "tidak betul."


Risman (kiri) pula mendakwa beliau pernah menanda kertas undi ketika bertugas semasa pilihan raya dijalankan pada tahun 1978.


"Tapi saya tidak ingat berapa sebab nak cepat," katanya lagi yang menganggarkan jumlah yang ditanda itu didakwa tidak lebih daripada 100 kertas undi.


Risman yang bersara pada tahun 1996 itu mendakwa telah berbuat demikian ketika bertugas di Kem Majidee, Johor.


Mengulas dakwaan yang dilakukan bekas tentera berkenaan, ketua pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat berkata pergerakan itu akan meneruskan usaha mendedahkan masalah dalam sistem pengundian pos.


Mekanisme sedia ada tidak membolehkan SPR dan juga wakil parti politik mengesan kesemua kertas undi yang dibekalkan kepada pengundi pos, katanya.


Beliau juga berharap kerajaan akan dapat melaksanakan perubahan ke atas sistem pilihan raya, sebelum pilihan raya ke-13 dijalankan.

Wednesday, August 17, 2011

Demi politik, Umno sanggup pertikai fatwa

Nik Aziz 021

KUALA LUMPUR, 17 Ogos: Umno dilihat begitu terdesak apabila sanggup mempolitikkan isu larangan bacaan al-Quran melalui pembesar suara sebelum subuh demi kelangsungan mereka kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Lebih mendukacitakan menurut Mursyidul Am PAS itu, Umno juga sanggup "mencari balah" dengan mufti yang telah mengeluarkan fatwa tersebut, semata-mata kerana mahu menghentam kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP.

"Bagi saya, tidak munasabah Umno mahu ‘mencari balah’ dengan mufti dalam isu yang tidak ada kepentingan politik. Tapi nampaknya, sangkaan saya agak tersasar. Umno yang saya lihat sudah sampai saat kejatuhannya barangkali akan cuba berpaut dengan apa jua dahan untuk mengelakkannya daripada jatuh terhempas dan patah tulang," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

"Isu yang langsung tiada kaitan dengan kerajaan negeri dipolitikkan. Barangkali, jika tiba-tiba terjaga di tengah malam sekalipun, perkataan yang akan terpancul keluar ialah ‘DAP!’ Dalam isu ini, saya bukan menyokong kerajaan negeri Pulau Pinang, tetapi saya menyokong pandangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang. Buta maklumatkah golongan ini?" soal Menteri Besar Kelantan itu lagi.

Beliau juga membidas tindakan Umno yang seolah-olah mahu menjadi juara memperjuangkan isu agama, padahal pada masa yang sama merekalah yang meruntuhkan agama.

"Saya ingin bertanya kepada Umno, sejak bila mereka beria-ia mahu mempertahankan Islam ini? Sebelum tangan menggapai ke atas, lihat dahulu lantai berpijak.

"Apabila kerajaan Melaka melanjutkan tempoh pusat hiburan beberapa bulan lepas, tidak ada sebarang suara yang menentang daripada Umno," ujarnya lagi.

Ianya juga termasuk isu judi yang benar-benar dilarang oleh Islam namun Umno katanya seperti tidak mengendahkan larangan itu.

"Di Kelantan, kami disaman oleh MCA kerana menghalang premis judi daripada beroperasi dan kes ini sedang disebut di mahkamah. Saya tertanya-tanya, di mana perwira-perwira Umno dalam isu ini? Atau tiba-tiba keris telanjang Ketuanan Melayu menjadi tumpul bila berdepan dengan rakan-rakan di dalam Barisan Nasional?," soalnya lagi.

Cara Umno persembahkan Islam salah

Mengulas lanjut, beliau berkata cara Umno mempersembahkan Islam pada hari ini, salah sehingga menggerunkan masyarakat bukan Islam sedangkan Islam itu indah dan rahmat kepada seluruh manusia.

Ia termasuklah isu bacaan al-Quran di pembesar suara sebelum solat Subuh yang bukanlah sesuatu yang diajar oleh Islam.

Menurutnya, jika ia terbukti menganggu dan ada aduan, maka sewajarnya Jawatankuasa Fatwa Negeri mengeluarkan pandangan.

Berbeza di Kelantan dengan kebanyakan masyarakatnya muslim, perkara tersebut mungkin tidak timbul sebagai satu masalah, tetapi di Pulau Pinang mungkin keadaannya berbeza.

Jika terbukti tidak mengganggu, tidaklah menjadi halangan dan ia terpulang kepada keadaan setempat dan situasi semasa masyarakat.

"Saya menyeru kepada Umno, janganlah menjadi tukang solek yang menghodohkan wajah Islam. Islam tertegak di atas hujah, bukan di atas emosi. Apa jua isu, perdebatkan dengan ilmiah bukan dengan provokasi.

"Sayangnya, saya lihat Umno sangat cenderung untuk menjadikan sesuatu isu sebagai kontoversi kerana dengan talian hayat inilah mereka bernyawa. Hakikatnya, isu perkauman dan pertembungan agama ini sengaja ditimbulkan untuk mengeruhkan suasana.

"Umno mengharapkan dengan kekeruhan ini, mereka mampu muncul sebagai juara. Mereka lupa, hasil kerja tangan mereka ini bakal menjadikan suasana lebih tidak tenteram dan menjauhkan masyarakat daripada Islam," katanya.

Ramadan - Antara Syariat dan Adat

Bulan Ramadan yang penuh keberkatan telahpun secara rasmi memasuki fasa separuh keduanya.

Kalau dalam perlawanan bola sepak, separuh masa kedua adalah kesempatan terbaik bagi memperbaiki kelemahan semasa separuh masa pertama.

Jika gawang dibolosi beberapa kali semasa separuh masa pertama, maka kesempatan di separuh masa kedua perlu digunakan semaksima mungkin untuk memperbaiki kelemahan, memperbetulkan strategi dan mempertajamkan jentera serangan dengan harapan dapat beroleh kemengangan di akhir perlawanan.

Jika menang akan diberi mata kemenangan, jika tewas hanya penat dan lelah yang diperolehi tanpa sebarang mata. Begitulah juga halnya dengan Ramadan yang telah kita harungi sehingga ke separuh kedua ini.

Alhamdulillah, kebanyakan kita masih mengekalkan momentum ibadah sebagaimana di permulaan Ramadan.

Masjid dan surau masih lagi dapat bertahan dengan jumlah jemaah yang ramai ketika Solat Tarawih walaupun tidak seramai ketika di permulaan Ramadan. Namun, lagu-lagu raya yang semakin galak dikumandangkan akhir-akhir ini begitu mengganggu konsentrasi kita untuk beribadah.

Lagu-lagu raya yang begitu awal dimainkan ini seolah-olah tidak sabar-sabar ingin menerima kehadiran Aidil Fitri dan dalam masa yang sama kita tidak sedar ia juga seolah-olahnya menyuruh Ramadan 'berlalu secepat mungkin' agar dapat segera berhari raya.

Antara adat dan syariat

Begitulah suasananya Ramadan di tempat kita. Bila sampainya Ramadan, selain ibadah puasa, sahur dan tarawih, ia juga sinonim dengan bazar ramadan, murtabak, moreh dan sebagainya.

Ibadah di bulan Ramadan juga begitu unik berbanding ibadah-ibadah lain. Ada orang yang solat berpuasa, orang yang tak bersolat juga berpuasa. Orang yang menutup aurat berpuasa, orang yang berpakaian seksi juga berpuasa.

Orang tua berpuasa, anak-anak kecil juga berpuasa. Bahkan jika ditanya kepada mak nyah di lorong-lorong di kota besar Kuala Lumpur itupun, pasti mereka akan katakan mereka berpuasa.

Bila waktu malam, mereka akan memendekkan 'waktu operasi' mereka bagi memudahkan mereka bangun awal untuk bersahur dan berpuasa. Para artis pula mengambil kesempatan sempena Ramadan untuk 'berehat' dari aktiviti-aktiviti seni bagi menumpukan kepada ibadah dan aktiviti-aktiviti amal.

Begitulah ragamnya masyarakat kita menyambut Ramadan dengan cara tersendiri yang bersandarkan kepada kefahaman masing-masing terhadap falsafah di sebalik Ramadan.

Walauapapun cara kita menerima kehadiran Ramadan, suatu yang semua perlu faham ialah natijah dan tujuan berpuasa ialah untuk meraih taqwa. Jika sinar ketaqwaan itu tidak terzahir daripada tingkahlaku kita, maka ada suatu yang tidak kena dengan puasa yang kita lakukan.

Taqwa sebagai matlamat puasa

Perkataan taqwa, meskipun didengar saban waktu - sekurang-kurangnya empat kali seminggu iaitu ketika mendengar khutbah Jumaat - namun masih ramai yang tidak memahami akan maksud dan falsafahnya.

Buktinya, tindak-tanduk umat Islam kadang-kala tidak menggambarkan mereka faham akan maksud taqwa tersebut. Lalu apakah maksud taqwa itu sebenarnya?

Imam Ali bin Abi Talib mendefinisikan taqwa sebagai 'meninggalkan perbuatan maksiat, dan tidak tergoda dengan rasa sudah baik mengerjakan ketaatan'. Beliau juga membahagikan ciri-ciri taqwa kepada empat iaitu; Al-Khauf minal Jalil (Takut kepada Allah yang Maha Agung), Al-Amal bit Tanzil (Beramal apa yang Allah turunkan dalam Al-Quran), Ar-Ridha bil Qalili (Rasa cukup dengan sedikit yang kita ada) dan Al-Ist'dad ila yaumirrahiil (bersedia menghadapi hari keberangkatan/kematian).

Imam Syafie pula berkata, kamu boleh lihat diri kamu berada di puncak ketakwaan apabila berlaku perkara berikut: Al-Juud minal Qalil (Kamu bersedekah walaupun duit yang kamu ada tinggal sedikit), Al-War'u 'Indal Khalwah (Kamu bersikap wara' ketika kamu berseorangan) dan An-Takuna kalimata Haqqin Inda Ma Yukhafu wa Yurja' (Kamu dapat katakan kebenaran di hadapan orang yang kamu takuti dan kamu harapkan sesuatu daripadanya).

Seterusnya Al-Hasan mendefinisikan taqwa sebagai 'menjaga diri daripada yang diharamkan dan menunaikan yang diwajibkan.' Ibn Kathir pula manyatakan taqwa berasal daripada perkataan tawaqqi, iaitu menjaga diri daripada perkara yang tidak diingini manakala Ibn Abbas menggambarkan orang yang bertaqwa ialah mereka yang takut dalam keadaan berwaspada daripada balasan Allah dengan meninggalkan dorongan nafsu, dan mengharapkan rahmat Allah dengan percaya terhadap perkara yang datang daripada-Nya.

Begitulah pandangan-pandangan ulama yang sedikit sebanyak dapat menjernihkan lagi kefahaman kita terhadap maksud taqwa. Jika taqwa difahami, maka kita pastinya faham arah tuju puasa yang kita laksanakan.

Jika puasa dan ibadah Ramadan yang kita laksanakan tidak berjaya membawa ciri-ciri taqwa ke dalam diri, maka pasti ada suatu yang tidak kena atau kecacatan dengan puasa yang kita laksanakan.

Pokok pangkalnya, setiap tingkahlaku yang dilakukan di atas mukabumi ini perlu berlandaskan 'ilmu'. Jika seorang penjenayah pun menggunakan ilmu dan berstrategi dalam melakukan jenayah mereka, apatah lagi apabila kita ingin melakukan ibadah kepada Allah, pasti ia perlu bersandarkan ilmu dan kefahaman yang jelas, bukan kerana ikut-ikutan.

Orang solat, kita pun solat, orang puasa kita pun berpuasa. Bila ditanya falsafah puasa dan kenapa kita perlu berpuasa ada juga yang tidak tahu.

Islam agama ilmu

Sesungguhnya Islam adalah agama yang berdiri di atas prinsip 'ilmu dan 'kefahaman' yang jelas berteraskan dalil dan hujjah, bukan ikut-ikutan atau warisan nenek-moyang semata-mata.

Bahkan ayat pertama diturunkan di dalam Al-Quran ialah berkaitan ilmu iaitu ayat 'Bacalah' (Iqra') di dalam Surah Al-'Alaq. Sepanjang pengamatan saya, lantaran tiadanya ilmu dan asas yang jelas tentang syariat Islam, maka terjadilah perkara-perkara seperti ramainya umat Melayu Islam kita yang sukar membezakan perkara syariat dan adat.

Natijahnya, tindak tanduk kita kadangkala tidak mencerminkan syariat Islam, tetapi lebih kepada adat yang telah kita anggap seperti syariat, malah ada kalanya, jika salah i'tiqad, adat tersebut boleh menyimpang daripada prinsip syariat yang sebenar.

Contohnya ada yang anggap menanam uri selepas kelahiran itu adalah tuntutan 'syariat', tetapi sebenarnya ia hanyalah adat dan petua nenek moyang. Bahkan akan menjadi khurafat jika kita beri'tiqad ia boleh menjejaskan kesihatan anak-anak dan sebagainya. Itu belum diambil kira amalan khurafat dan mistik yang lain seperti pemujaan dan sebagainya yang sememangnya orang Melayu amat 'pakar' di dalamnya.

Seterusnya, tanpa ilmu yang jelas tentang syariat juga akan menyebabkan kita mengambil sebahagian daripada Al-Quran dan meninggalkan sebahagian yang lainnya. Kita juga kadangkala akan lebih mengutamakan isu furu'(cabang) melebihi isu usul (pokok).

Senario yang berlaku hari ini mungkin boleh mengesahkan perkara ini. Contohnya; kita kisah tentang perlunya meletak atau menggantung ayat Al-Quran, gambar kaabah dan lain-lain di dinding rumah, tetapi kita tidak kisah jika ada penghuni-penghuni rumah dan anak-anak kita yang tidak menghadap qiblat (bersolat).

Perkara pokok di sini ialah solat, sementelah menggantung ayat Al-Quran adalah perkara cabang.

Kita marah/sensitif bila ada bukan Islam masuk/ziarah masjid/surau tetapi kita tak marah/tak sensitif bila ramai Muslim yang tak pernah datang masjid/tak bersolat.

Kita marah bila akhbar berbahasa Inggeris menyiarkan artikel/gambar babi, tetapi kita tidak rasa apa-apa apabila ada akhbar berbahasa Melayu yang menyiarkan iklan keputusan judi-4D,Toto, Magnum dan sebagainya.

Selain mengharamkan babi, bukankah Al-Quran juga mengharamkan judi, atau kita hanya beriman dengan sebahagian Al-Quran dan meninggalkan yang selainnya?

Kita marah bila ada bukan Islam ingin mendekati Al-Quran, membaca dan memahami tafsirannya, tetapi kita tidak kisahpun bila ramai muslim yang bukan sahaja tidak faham, malah buta Al-Quran.

Apabila menyambut maulidurrasul, kita rasa bersalah atau seolah-olah berdosa jika perarakan tidak dapat dibuat atas masalah tertentu, tetapi kita tidak rasa bersalah bila banyak hadis dan sunnah Baginda yang tidak diamalkan malah diperlekehkan.

Bukan salah perarakan itu, tetapi memperingati Rasulullah itu perlu dilihat dari skop yang lebih besar.

Senario seterusnya, apabila ada pihak yang mengeluarkan arahan (dengan bersandarkan dalil dan nas yang rajih) agar tidak diperdengarkan bacaan al-Quran sebelum laungan azan khususnya di waktu subuh, maka ramai yang menjadi hero dan bangun membantah seolah-olah arahan itu anti-Islam, namun anehnya bilangan yang pergi ke masjid untuk solat subuh masih juga Ssedikit.

Boleh diperiksa di mana-mana masjid dan surau hanya ada beberapa saf sahaja ketika solat subuh. Di manakah hero-hero yang lantang berbicara tadi? Soalnya, jika arahan yang dikeluarkan bersandarkan nas dan dalil, kita yang membantah kerana ilmu atau apa sebenarnya?

Penutup

Nah, begitulah sedikit sebanyak senario ketidahfahaman masyarakat tentang syariat Islam menyebabkan kejahilan di dalam agama terus berterusan. Lebih membimbangkan jika tindakan orang yang jahil terhadap syariat Islam ini akan menjadi fitnah kepada agama suci ini manakala orang alim hanya menjadi 'penonton' apabila orang jahil itu memburukkan imej agama.

Sesudahannya, wajah Islam yang comel dan cantik dipandang dengan jijik oleh masyarakat. Bukan salah Islam itu, tetapi salah umat Islam yang tidak memahami agama mereka. Amat menyedihkan juga apabila ada sesetengah pihak yang suka jika ramai yang jahil tentang agama kerana kejahilan itu akan mudah dimanipulasi untuk kepentingan tertentu.

Justeru, bagi mengelakkan diri kita daripada dimanipulasi oleh mana-mana pihak, ilmu-ilmu tentang syariat Islam perlu dipertingkatkan agar amal ibadah yang kita laksanakan adalah bersandarkan ilmu dan diterima Allah hendaknya.

Bukanlah maksudnya kita perlu meningkatkan ilmu Islam sehingga ke peringkat PhD, tetapi memadailah kita faham perkara-perkara asas di dalam Islam. Yang paling penting keberadaan kita di dalam Islam ini juga perlu bersandarkan ilmu dan kesedaran yang jelas bukan kerana faktor 'genetik' atau warisan keluarga.

Ramadan yang berbaki separuh bulan haruslah dimanfaatkan semaksimum mungkin bagi menampung kelompangan dan kekurangan di dalam amal ibadah kita. Mudah-mudahan amal ibadah kita yang berdasarkan ilmu dan kefahaman akan syariat akhirnya Insya Allah akan menghadirkan taqwa.

Kita juga mohon agar dijauhkan puasa kita daripada puasa adat berteraskan taqlid buta yang tidak akan memberikan apa-apa melainkan lapar dahaga.

Umno gagal laksana semangat Perlembagaan dengan betul : TG Hj Hadi Awang

KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Datuk Seri TG Abdul Hj Abdul Hadi Awang mendakwa Umno telah gagal melaksanakan dasar Perlembagaan Persekutuan terutamanya dalam memartabatkan orang Melayu dan agama Islam.

Dalam buku Konsep Asas Negara Berkebajikan yang dilancarkan baru-baru ini, Presiden PAS berkata, Umno yang menjadi parti teras Barisan Nasional (BN) juga tidak menunjukkan contoh ajaran Islam kepada orang bukan Islam.

“PAS menegaskan bahawa Umno tidak melaksanakan dasar dan semangat Perlembagaan Persekutuan dengan betul dan sempurna maka mereka gagal memperkasakan Melayu dengan Islam dan menunjukkan contoh Islam khususnya kepada bukan Islam sehingga menunjukkan dan mengizinkan sikap bermusuh dengan berbagai kaum.

“Umno juga tidak menyelamatkan raja dan meninggikan mereka ke tempat yang sebenar tetapi menjadi pengampu yang merosakkan institusi raja-raja yang boleh mencetuskan kebencian rakyat kepada raja-raja,” katanya dalam buku yang dilancarkan Mursyidul Am PAS Datuk TG Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tambah beliau “Umno juga tidak memperkasakan bahawa Bahasa Kebangsaan menjadi bahasa ilmu dengan tidak menyedari bahawa tidak ada negara yang maju dengan bahasa asing, walau bahasa asing adalah bahasa menambah ilmu.”

Kata TG Hj Hadi, sepanjang 54 tahun memerintah negara Umno gagal memperkasakan Bumiputera supaya setaraf dengan kaum-kaum lain di negara ini.

“Walaupun memimpin negara lebih daripada 50 tahun dengan sumber yang ada, namun Umno gagal memperkasakan Bumiputera setaraf dengan kaum lain dan masih ramai kaum lain yang dibelenggu dengan kemiskinan angkara pemimpin mereka yang bersekongkol dengan Umno.

“PAS wajib menyelamatkan negara supaya kembali kepada asasnya yang tepat mengikut penafsiran Islam yang sebenar dengan persefahaman yang adil bersama pihak lain,” katanya.

TG Hj Hadi memilih tema “Membangun Negara Berkebajikan” dalam ucapan dasarnya pada muktamar parti itu Jun lalu. Ia lanjutan daripada tema manifesto PAS ketika pilihan raya umum 2008.

Bagaimanapun pemimpin Umno-BN mengkritik pendekatan itu sambil mendakwa PAS sudah mengabaikan agenda negara Islam.

Buku ini dikeluarkan sebagai saluran menjawab kritikan itu.

Pemimpin-pemimpin Umno-BN juga mendakwa PAS meniru pendekatan negara berkebajikan yang diamalkan pentadbiran BN sejak lima dekad lalu.

TG Hj Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang memberitahu, konsep negara berkebajikan yang dibawa PAS meliputi urusan hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan Tuhan.

“...dengan merujuk kepada maksud kebajikan itu dengan erti katanya yang sebenar menurut pandangan Islam.

“Negara yang kita mahu ialah yang juga menumpukan kepada kesejahteraan spiritual dan akhlak serta pembangunan rohani yang dihubungkan dengan pegangan agama yang mampu untuk memandu kehidupan rakyat di bawah jagaan kita,” katanya.

Menurut TG Hj Hadi, negara berkebajikan bukan boleh diisytiharkan secara tempelan semata-mata seperti mana yang didakwa BN.

“Tetapi kewujudannya mestilah mengikuti konsepnya yang jelas, pengisiannya yang tulen dengan dipimpin oleh tenaga kepimpinan yang memenuhi ciri kepimpinan dan negara yang sebenar.

“Masa sudah tiba kepada seluruh rakyat untuk keluar dari ketidakadilan, kebejatan amalan rasuah serta salah guna kuasa dan pemikiran songsang yang ada dalam kepimpinan negara masa kini,” katanya.

Tambah beliau, PAS bersedia berbincang secara ilmu dan tanggungjawab dengan semua pihak bagi kepentingan rakyat dan negara.

PRU 13 Hanya Boleh Dilaksanakan Selepas Tuntutan Bersih 2.0 Dilaksanakan

Di sebalik Himpunan Bersih 2.0 yang menuntut pembaharuan sistem pilihan raya ekoran dakwaan terlalu banyak kepincangan dan kekurangan terutama menyentuh daftar pemilih, pentadbiran Najib yang pada awalnya menolak tuntutan itu akhirnya cuba melakukan perubahan.

Walaupun cuba tidak melaksanakan tuntutan Bersih 2.0 secara langsung, namun pengumuman Datuk Seri Najib Razak kelmarin dilihat usaha memperbaiki “kesilapan” pentadbirannya mengendalikan perhimpunan bulan lalu.

Bagaimanapun langkah Najib itu dilihat masih belum memberi isyarat jelas sama ada pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dalam tempoh terdekat.

Penganalisis politik melihat ia bergantung kepada gerak kerja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menjawab teka-teki ini, Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya Prof Dr Redzuan Othman berpandangn, Najib akan memanggil pilihan raya umum sekiranya “suasana sokongan” tidak memihak kepada Barisan Nasional (BN).

Jelas beliau, pilihan raya umum ke-13 tidak mungkin akan diadakan tahun ini kerana suasana politik negara tidak memihak kepada BN.

“Langkah Perdana Menteri mahu menubuhkan jawatankuasa pilihan khas Parlimen wajar kerana agenda mahu bersihkan sistem pilihan raya adalah agenda semua parti baik BN atau Pakatan Rakyat, termasuk juga rakyat.

“Kalau anda tanya bila pilihan raya umum akan diadakan, pada saya Perdana Menteri akan lihat suasana sokongan, kalau sokongan itu ada sudah pasti beliau akan mengadakan pilihan raya umum ke-13 secepat mungkin tapi saya tidak lihat ia akan diadakan tahun ini,” katanya lagi.

Kelmarin, Najib mengumumkan penubuhan jawatankuasa pilihan khas Parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya dalam masa terdekat bagi mengelakkan sebarang syak wasangka wujudnya manipulasi oleh kerajaan.

Jelas Redzuan, “suasana sokongan” pada Najib dan BN pada masa ini tidak memihak kepada pemerintah dan sudah tentu ia akan memberikan kesan sekiranya pilihan raya umum ke-13 diadakan dalam tempoh terdekat.

“Bergantung kepada suasana sokongan itu, buat masa sekarang ia tidak memihak dan saya tidak nampak pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dalam tempoh terdekat.

“Saya percaya kalau suasana itu memihak kepada beliau (Najib), pilihan raya umum ke-13 akan dipanggil,” katanya.

Di sebelah lain, pensyarah kanan Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani pula berpendapat pilihan raya umum berkemungkinan akan diadakan pada suku pertama tahun depan. Namun ia bergantung kepada pembaharuan yang dilakukan SPR, katanya.

Jelas beliau, adalah wajar Najib tidak memanggil pilihan raya umum sehingga SPR melaksanakan pembaharuan yang sepatutnya.

“Kalau nak kata pilihan raya umum ke-13 awal tahun saya rasa ia bergantung kepada SPR, kalau proses penambahbaikan itu mengambil masa saya tidak nampak ia akan diadakan pada awal tahun.

“Tapi kalau betul nak buat perubahan, saya rasa kalau SPR cepat lakukan pembaharuan dan penambahbaikan sistem yang ada baru pilihan raya umum boleh diadakan awal tahun depan, semuanya bergantung kepada SPR,” katanya.

Sehubungan itu kata Azizuddin, pentadbiran Najib perlu serius dan membuktikan kepada rakyat bahawa BN benar-benar komited mahu melakukan perubahan sistem pilihan raya.

“Kerajaan perlu tunjukkan bahawa kerajaan betul-betul telus mahu lakukan pembaharuan sistem pilihan raya, kerajaan perlu tunjukkan kerajaan betul-betul komited dan saya percaya kerajaan cuba pulihkan imej,” katanya.

Jelas beliau, pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan pada suku pertama tahun depan, namun ia tetap bergantung pada SPR.

“Boleh diadakan pada suku tahun pertama tapi sekurang-kurangnya SPR dapat selesaikan isu-isu yang penting, jika tidak kerajaan kena tunggu.

“Kalau tidak selesai apa maknanya kerajaan panggil pilihan raya,” katanya.

Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Dr Ghazali Mayhuddin berkata, banyak perkara yang perlu diselesaikan oleh SPR dan Najib tidak boleh memanggil pilihan raya umum ke-13 sekiranya ia belum selesai.

Justeru beliau percaya, pilihan raya umum ke-13 tidak akan diadakan pada suku pertama tahun depan.

“Mungkin tidak juga kerana kalau kita lihat banyak pembaharuan yang perlu dilakukan dan ia mengambil masa... dan sudah tentu masa yang akan diambil itu agak panjang.

“Ia juga bergantung kepada bentuk pembaharuan itu, kalau nak buat secara menyeluruh sudah tentu pilihan raya umum tidak akan diadakan dalam tempoh terdekat kecuali kalau ia melibatkan perkara-perkara yang kecil,” katanya.

Sekitar Majlis Iftar dan Penjelasan Muqasid Syariah

Dalam program ini beberapa penjelasan mengenai apa itu Muqasid Syariah dan kaitannya dengan politik semasa.Termasuklah langkah yang diambil oleh PAS dalam menubuhkan dewan yang terdiri dari penyokong bukan Islam. Perkara yang telah lama dibincangkan dan dipersetujui. Namun perlaksanaannya terpaksa ditangguhkan atas sebab pertimbangan politik. Walaupun dari segi hukum adalah harus namun untuk maslahat umum ianya telah ditangguhkan. Akhirnya kini ianya dapat dilaksanakan kini dan kesannya amat positif dari segi politik dan dakwah.

Mengenai kerjasama dengan lain-lain parti politik pula PAS menggunakan kaedah tahaluf siyasi yang menekankan kepada kerjasama bagi mencapai matlamat mencegah kemungkaran dan menyeru kepada kebaikkan. Menentang kerajaan yang tidak bertanggungjawab dan menyokong usaha untuk kebaikan rakyat.

PAS amat menekankan keperluan semua ahli bukan setakat alim tetapi juga perlu faqeh dalam mendepani isu-isu semasa dan mampu melihat sesuatu dalam pelbagai prespektif. Umpamanya isu DUMC, kita perlu melihat bukan setakat zahir isu tatapi juga pelbagai isu yang berkaitan seperti :
  1. Kelemahan undang-undang,
  2. Kelemahan penguatkuasaan,
  3. Kejahilan masyarakat,
  4. Kelemahan institusi zakat dan baitul-mal,
  5. Kelemahan institusi dakwah,
  6. Masalah media,
  7. Politik yang keterlaluan hingga mengugat ketenteraman awam,
  8. Sikap suka mengambil kesempatan bagi menyalahkan orang lain dan pelbagai lagi
PAS tetap istikomah dalam memperjuangkan Islam dan tidak menggadai prinsip asas Islam. Ini bagi memastikan matlamat untuk meletakkan Islam ditempat yang sepatutnya tidak terjejas. Bagi mencapai perkara ini proses tarbiyah dan dakwah akan diteruskan bagi membangkitkan kesedaran dalam diri pejuang. Seterusnya ianya akan dikembangkan kepada masyarakat supaya Islam tertegak di muka bumi Allah ini. Insyallah.

Tuesday, August 16, 2011

Isu DUMC: 'Perangkap' UmNo

KUALA TERENGGANU, 15 Ogos: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyeru pemimpin dan ahli PAS supaya tidak terperangkap atau terjebak dengan ‘perangkap’ Umno dalam isu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan gereja.

“Saya dapat maklumat ‘dalaman’ Jais semalam (14 Ogos), berkait dengan operasi Jais pada 3 Ogos 2011 lalu bahawa ada eleman dan peranan Umno dalam operasi Jais terhadap majlis yang diadakan di kawasan Gereja Methodist, Damansara Utama, Petaling Jaya itu,” ujarnya pada sidang media di pejabat PAS Terengganu, di sini hari ini.

Turut sama ialah Pesuruhjaya dan Setiausaha PAS negeri, Mohd Abdul Wahid Endut dan Yahaya Ali

Beliau berkata, oleh kerana maklumat ‘dalaman’ itu tersangat boleh dipercayai, maka mendedahkannya ekoran timbul pelbagai tafsiran tentang operasi yang dilakukan Jais itu.

Mustafa bersedia mendedahkan maklumat itu kepada Pengarah Jais dalam pertemuan yang akan diadakan nanti.

“Kami akan dedah maklumat-maklumat ini kepada beliau. Ini bergantung kepada Jais, jika esok dia hendak berjumpa kita dedah esok, hendak jumpa bila pun, insya Allah,” ujarnya.    

Sepatutnya, kata beliau pemimpin PAS mengadakan perjumpaan dengan Jais hari ini.

“Tetapi pihak Jais memberi jawapan tidak dapat lagi untuk bertemu kami atas nasihat daripada Tuanku Sultan Selangor berdasarkan surat jawapannya kerana penyiasatan Jais belum lagi selesai,” jelasnya.
Sudah lebih 50 tahun mendendalikan data pilihanraya. Sudah berjuta wang pengundi dan pembayar cukai dibelanjakan untuk menyimpan dan menguruskan jutaan data pengundi. Namun SPR boleh kata bila mengendalikan jutaan data akan berkalu kesilapan. Persoalannya kenapa kesilapan ini di justifikasikan dengan membandingkan dengan negara lain? Kenapa tak mengaku sahaja?

Memanglah susah, kalau senang kita tak bayar ribu-ribu kat pengerusi SPR. Kalau Senang kita mungkin cuma bayar RM2,500 saja gaji mereka ini. Itupun mujur....

Sesiapa sahaja yang mengendalikan pengkalan data mestilah juga tahu bagimana hendak memastikan integriti data tersebut. Setiap pengendalian data juga perlu ada proses pengesahan ketepatan maklumat. Audit data perlu dibuat dari masa ke semasa, audit juga perlu dibuat setiap kali diadakan 'data migration'.

SPR tak payahlah buat macam-macam alasan. Banyak cara kita boleh gunakan untuk memastikan bahawa data yang kita kendalikan adalah tepat. Dan bila ada orang yang tegur jangan pulak melenting dan tangan sebok menunjuk kepada orang lain.... Kalau tak tahu apa nak buat... Mari sini kita verify. Kita pun tak kurang juruaudit bertauliah. Dari proses audit hingga IT audit. Cakap sahaja nanti kita bagi quotation sekali dengan invoice.

Kami Bukan Macam UmNo : Dakwaan peserta Bersih 2.0 diupah RM50

Kalau semua orang dibayar RM50 x 50,000 orang =  RM2,500,000.00...... Wow... kalau 100,000 orang mahu kena bayar RM5 juta. Mana nak sorok duit banyak tu.... Tak kan nak angkut pakai heli TUDM kot?

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, dakwaan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim bahawa peserta BERSIH 2.0 diupah RM50 adalah kenyataan yang "sangat dangkal"

Sambil menafikan PAS turut mengupah anggotanya, Mahfuz menyifatkan kenyataan Rais itu sebagai cuba "menyamakan semua orang macam Umno".

"Umno nak meramaikan perhimpunan mereka, nak meramaikan perhimpunan yang dihadiri pimpinan mereka, mesti diberi duit, dibelanja dengan wang cukup besar, sediakan pengangkutan, kemudian diberi duit, beri makan dan sebagainya.

Jadi dia (Rais) menyamakan (dengan kita). Dia tidak boleh berfikir di luar kotak (pemikiran) Umno. Rais ini berpemikiran dalam kotak Umno. Dia tak keluar daripada kotak Umno," katanya.

Semalam, Rais dilapor mendakwa ada peserta diupah RM50 seorang untuk memakai baju kuning dan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

Beliau berkata selain itu, mereka juga diberi makan dan perkara tersebut didedahkan dalam satu laporan yang dikeluarkan kementerian berkenaan.

"Ini jelas membuktikan upah politik itu berlaku dalam tindakan dan tindak-tanduk pemakai baju kuning atau pemimpin-pemimpin mereka," katanya.

Menurut Rais lagi, bukan semua peserta perhimpunan itu mempunyai matlamat yang jelas, kecuali sebahagian dengan matlamat politik sendiri.

Demi Menjaga Imej dan Memelihara Imej Akhirnya PM Umum JK Reformasi Sistem Pilihanraya

Akhirnya suara rakyat didengar demi mahu menampilkan imej yang baik dan mendengar suara rakyat. Setelah pelbagai tohmahan dan fitnah yang tidak kesudahan kepada perhimpunan aman Bersih 2.0. PM sudah tidak ada pilihan akibat pendedahan yang berterusan atas kepincangan sistem pilihanraya yang dikendalikan oleh SPR.

Bukan setakat datanya meragukan, orangnya meragukan, sistemnya meragukan kini isu lebih besar lagi adalah melibatkan kedaulatan negara.... iaitu isu kerakyatan.

Sama-sama kita nantikan hasilnya. Adakah PM benar-benar ikhlas ataupun satu lagi percubaan main wayang. Apa pun Bersih 3.0 sedia menanti!
____________________________
Kerajaan bercadang untuk menubuhkan jawatankuasa khas parlimen bagi mengkaji cadangan-cadangan bagi mengadakan reformasi dalam sistem pilihan raya negara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, jawatankuasa itu bakal dianggotai wakil daripada parti kerajaan dan pembangkang.

"Ia akan ditubuhkan dalam masa terdekat. Kita akan bincang segala reformasi pilihan raya supaya tidak ada pihak lagi syak wasangka terdapat manipulasi kerajaan.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut butiran terperinci berhubung cadangan awal itu.

Tindakan Najib itu sebahagiannya dilihat ekoran desakan berterusan reformasi pilihan raya yang mencapai kemuncaknnya melalui perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

Tidak cukup dengan itu, kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diasak teruk oleh pembangkang, terutamanya PAS yang hampir setiap hari mendedahkan apa yang didakwanya sebagai kepincangan dalam daftar pemilih.

Berucap dalam majlis berbuka puasa dengan media di Wisma Bernama di ibu negara hari ini, Najib menegaskan sekali lagi bahawa beliau berharap berjaya dalam pilihan raya melalui sistem yang bersih.

"Seperti yang sering saya sebut, hari ini saya ulang sekali lagi, saya dan jemaah menteri tidak rela menjadi perdana menteri dan menteri tanpa sokongan rakyat.

"Jadi, jangan ada yang salah anggap kita tak ingin proses pilihan raya yang bersih," katanya di hadapan kira-kira beberapa ratus petugas media.

Sehubungan itu, katanya, beliau mahu memberikan rakyat peluang memilih pihak yang mereka suka tidak kira daripada parti mana.

"Saya serahkan nasib kepada rakyat. Kalau untuk(untung) sabut timbul, kalau untuk(untung) batu tenggelam," katanya.

Monday, August 15, 2011

Isu pembesar suara dedah sikap hipokrit Umno

KUALA LUMPUR, 15 Ogos: Tindakan Umno cuba mempolitikkan semua isu  yang berlaku di negeri Pakatan Rakyat (PR), terutamanya isu agama memperlihatkan betapa dangkalnya pemikiran dan sifat hipokrit mereka.

Dalam isu fatwa pembesar suara yang mengarahkan pembesar suara tidak digunakan untuk memperdengarkan bacaan Al-Quran sebelum waktu Subuh di negeri Pulau Pinang, Umno kelihatan ingin mempolitikkan isu tersebut sehingga tidak boleh membezakan mana keputusan fatwa negeri, dan mana satu tindakan kerajaan negeri.

“Isu bacaan al-Quran dengan menggunakan pembesar suara pada waktu pagi bukanlah isu baru, kerana ianya sudah acap kali ditimbulkan sehingga mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan rakyat.

Apa yang berlaku di Pulau Pinang adalah keputusan mufti dan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang yang melihat isu ini bercanggah dengan nas yang jelas, kerana tindakan memperdengarkan bacaan al-Quran, walaupun ia satu kebaikan; namun Islam juga mengambil kira soal sensitiviti orang lain yang inginkan ketenangan, ada kanak- kanak yang sedang tidur, orang yang uzur, terutamanya yang tua sakit dan sebagainya,” terang Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya hari ini.

Fatwa larangan pembesar suara di Pulau Pinang yang dibuat Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kini menerima pelbagai sokongan daripada pelbagai pihak, termasuk mufti Perlis, Juanda Jaya, bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi kerana ia bertentangan dengan sunah Nabi Muhammad SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur cuba dipolitikkan Umno sebagai satu keputusan negeri Pulau Pinang.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, kelmarin dipetik sebagai cuba menyalahkan kerajaan negeri Pulau Pinang atas tindakan Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) tersebut dengan menyatakan “perkara itu berlaku kerana kerajaan yang memerintah negeri berkenaan adalah parti yang langsung tidak sensitif terhadap isu-isu agama Islam.”

“Tindakan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempertikaikan keputusan Fatwa Kerajaan Pulau Pinang, kata Tuan Ibrahim merupakan satu penghinaan kepada wibawa Mufti dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang telah membua kajian dan keputusan yang teliti.

Bayangkan kalau kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketua Menteri Pualau Pinang, Lim Guan Eng, tentu ia akan menimbulkan kegilaan huru-hara para pemimpin Umno dan saudara baiknya Perkasa dan juga mengkritik beliau,” bidas Tuan Ibrahim, yang juga Ketua Lajnah Penerangan PAS bahagian Dakwah.

Membandingkan dengan sikap pemimpin Umno dan Perkasa yang berdiam seribu bahasa Kerajaan Negeri  Melaka memanjang tempoh hiburan sehingga jam 3 pagi di bulan Ramadhan, Tuan Ibrahim menyifatkan semua aksi ini adalah “gelagat pimpinan Umno Perkasa yang hanya nampak ada mata pada perkara yang berlaku di negeri Pakatan Rakyat, sebaliknya membiarkan kemungkaran di negeri yang diperintah mereka.”

“Sikap sedemikian mencerminkan Umno sebagai  sebuah parti yang mengutamakan kepentingan politik berbanding tuntutan  agama, sehingga sesuatu kemungkaran terang-terangan, terutamanya yang berlaku di negeri pimpinan Umno dibiarkan tanpa sebarang kritikan dikeluarkan,” tambah beliau.

Dalam isu murtad yang kini hangat diperdebatkan di media ekoran kontroversi melibatkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Tuan Ibrahim mengecam sikap Umno yang tetiba cuba menjadi hero dalam isu ini, walhal mereka jugalah yang tidak mahu menyokong usul-usul pencegahan murtad umat Islam di Parlimen yang dibawa oleh para pemimpin PAS.

“Tapi kini dalam kemelut gereja-Jais, lebih-lebih lagi apabila berlaku di negeri Pakatan Rakyat maka golongan ini, seperti skrip drama yang tidak berubah terus berriuh-rendah di media kononnya nak menyelamatkan aqidah umat Islam dari murtad. Sekiranya ini berlaku di negeri mereka, percayalah isu ini akan menjadi senyap-sepi seperti isu warga asing menjadi pengundi, nama pengundi bertindih yang berlambak, bukti pengundi hantu ahli Umno sendiri dan sebagainya.

Sekiranya ada keuntungan politik, di sanalah mereka akan berkokok. Demi agama, bangsa dan negara – hanya dan bila hanya ada keuntungan politik - inilah sikap bermuka-muka pimpinan Umno,” selar Tuan Ibrahim.

Saturday, August 13, 2011

Dekan UM: Alasan SPR tolak tuntutan Bersih 2.0 memalukan

KAJANG, 13 Ogos — Seorang dekan Universiti Malaya hari ini membidas alasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menolak lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) sambil menyifatkan ia satu keputusan “memalukan.”

Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Prof Dr Redzuan Othman berkata tindakan SPR menolak dan enggan melaksanakan adalah tidak wajar kerana kesemua tuntutan itu boleh dilakukan badan pengurusan pilihan raya itu.

Lapan tuntutan Bersih 2.0 adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

“Jawapan yang diberikan tidak melambangkan satu intelektual dalam SPR yang mana SPR kata tidak boleh (laksanakan), akses media dia (SPR) kata parti politik boleh gunakan media elektronik, tempoh kempen... SPR kata melibatkan soal keselamatan.

“Dalam pilihan raya umum di Malaysia, saya lihat sejak 1974 tidak ada satu pergaduhan dan tiada pertumparan darah, kalau ada pun disebabkan kemalangan semasa pilihan raya,” katanya pada forum Reformasi Pilihan Raya dan Pemurnian Demokrasi anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) di Kolej Dar Al-Hikmah, Sungai Ramal Dalam di sini.

Justeru tegas Redzuan, SPR perlu memandang serius tuntutan yang dikemukakan Bersih 2.0 sehingga membawa perhimpunan aman pada 9 Julai lalu di ibu negara.

“Isu keselamatan bukan alasan untuk kurangkan tempoh berkempen, undi pos pula SPR kata ramai pelajar kita di luar negara tapi dulu, semasa saya masih belajar di luar negara, semasa tiba pilihan raya saya pergi ke kedutaan (untuk mengundi) tapi tiada, saya tidak mahu sebut tuntutan lain...hujah yang diberikan SPR memalukan.

“Proses pilihan raya harus melambangkan rakyat merasakan keadilan, peranan SPR, saya lihat dalam soal tempoh berkempan dulu sejak 1955 tempoh berkempen selama 42 hari, kemudian pada 1969 35 hari, pada 2004 tempoh dipendekkan kepada lapan hari ini benarkan Barisan Nasional (BN) menang besar begitu juga dengan akses media, pembangkang tidak dapat akses media,” katanya.

Selain Redzuan, turut menjadi ahli panel adalah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan Pengarah Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) Wan Mohd Firdaus Wan Mohd Puaad.

Sebelum ini Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya tidak boleh melaksanakan tuntutan Bersih 2.0 dengan alasan tidak mempunyai kuasa.

Justeru beliau meminta Bersih 2.0 yang dipengerusikan Datuk Ambiga Sreenevesan agar mengemukakan lapan tuntutan berkaitan pembaharuan sistem pilihan raya kepada Putrajaya, bukannya kepada agensi itu.

Jelas Wan Ahmad, SPR tidak mempunyai sebarang kuasa untuk melaksanakan lapan tuntutan itu kerana ia terikat dengan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

Lebih menjurus kepada lapan tuntutan Bersih 2.0 terutamanya akses media yang bebas dan adil, Redzuan meminta agar Putrajaya mencontohi Singapura yang membenarkan semua calon bertanding mendapat kebebasan media termasuk melalui televisyen.

“Kenapa kita tidak ikut Singapura, parti-parti politik diberi peluang untuk mendapat akses media, walaupun sehari sebelum hari mengundi semua calon tidak dibenarkan berkempen, namun mereka diberi peluang untuk bercakap di televisyen.

“Tapi di Malaysia media menggambarkan suasana pilihan raya sebagai perang, media memberikan gambaran yang tidak elok tentang pembangkang... tuntutan adalah tuntutan rakyat Malaysia, masyarakat sekarang tidak sama dengan masyarakat dulu... masyarakat hari ini tidak mahu diperbodohkan,” katanya.

Isu pengurusan pilihan raya semakin hangat baru-baru selepas Pakatan Rakyat mendedahkan banyak kepincangan dan penyelewengan dalam daftar pemilih termasuk tindakan menukar status kewarganegaraan pemastautin tetap kepada warganegara dalam tempoh yang singkat.

Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR.

Pakatan Rakyat turut meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang tergempar Parlimen bagi membahaskan perkara itu.

Pada sidang media semalam, SPR menafikan dakwaan bahawa badan pengurusan pilihan raya itu sengaja membenarkan pemastautin tetap menjadi pengundi yang sah.

Sebaliknya, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, ia hanya kesilapan teknikal yang berlaku semasa proses pendataan JPN namun dikecam PAS.

Daftar pemilih: PAS mohon Agong campur tangan

KUALA LUMPUR, 13 Ogos: PAS memohon Yang di-Pertuan Agong campur tangan dalam isu pembersihan daftar pemilih melibatkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, PAS mahu Agong mengambil tindakan terhadap pihak atasan SPR khususnya pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof  dan timbalan pengerusi, Datuk Wan Ahmad Wan Omar  kerana gagal menjalankan tugas dengan baik.

"Walaupun sudah berulang kali disebut mengenai pembersihan daftar pemilih tapi dinafikan SPR, sekarang sudah terdedah banyak penyelewengan dalam SPR sehingga ada nama Kg Baru sebagai pemilih dan kes Mismah.

"PAS harap Yang di-Pertuan Agong dapat mengambil tindakan terhadap SPR supaya pilihan raya yang adil dapat dilaksanakan," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Baru-baru ini, heboh apabila media mendedahkan mengenai penduduk tetap (PR) yang memegang kad pengenalan merah mendapat taraf warganegara dengan mudah, sekaligus didaftarkan sebagai pemilih.

Nama Kg Baru pula didapati layak mengundi di sebuah kawasan di Besut, Terengganu.

Selain itu terdapat pertindihan nama pemilih di beberapa kawasan yang sangat meragukan.

Tambah Mohamad, SPR harus mengakui kesilapan dan pengerusinya harus meletakkan jawatan atau dikenakan tindakan yang setimpal.

Mohamad berkata, memandangkan memorandum mengandungi lapan tuntutan Bersih 2.0 telah diterima Agong, pihaknya mahu Tuanku Mizan Zainal Abidin mengambil tindakan yang sewajarnya.

"Kita tidak perlu serah memorandum lagi tapi mempertegaskan lapan tuntutan Bersih 2.0 khususnya dalam isu daftar pemilih ini," katanya.

Tegasnya, isu ini tidak seharusnya dipandang remeh kerana melibatkan sistem demokrasi dan kepercayaan rakyat.

"Pilihan raya yang adil penting kerana kalau rakyat tidak terima keputusan pilihan raya, itu sangat bahaya kerana rakyat sekarang semakin celik maklumat," katanya.

Beliau juga kesal dengan SPR yang sering bertindak double standard terhadap Pakatan Rakyat.

"Datuk Wan Ahmad selalu guna kalimah parti pembangkang sedangkan beliau tidak berhak melabelkan mana-mana parti sebagai pembangkang kerana semua parti ialah pelanggannya dan harus bersifat adil," katanya.

Turut bersama pada sidang media tersebut ahli jawatankuasa PAS Pusat, Anuar Tahir.

Kenapa Takutkan DAP : Apa Beza DAP dengan UmNo

Oleh Amaluddin Zhafir

11 OGOS – Apa yang DAP janjikan bukanlah hal-hal yang berbentuk material semata-mata tetapi ikrar DAP khasnya dalam bentuk ‘roh’ untuk menjunjung Perlembagaan Persekutuan 1957.

Bermula dengan slogan Malaysia untuk Rakyat Malaysia kepada Utamakan Rakyat Malaysia, dan diperincikan lagi dengan Jalan Tengah Malaysia, DAP sentiasa konsisten menjunjung semangat Perlembagaan.

Sama sekali tidak pernah DAP mengkhianati roh ini. Ini kerana…

…DAP bukan UMNO.


Dalam keruncingan dan keangkuhan pemerintah, DAP menjanjikan peluang saksama kepada semua, dalam konteks ini tertumpu kepada Melayu, yang selama ini dinafikan secara tersirat dan dipergunakan oleh UMNO-Barisan Nasional untuk keuntungan kroni sendiri.

DAP mengamalkan keterbukaan peluang yang saksama berdasarkan merit. Umpama persaingan dalam berniaga; bila adanya kualiti yang sangat tinggi dan ‘berkhasiat,’ ramailah pembelinya.

Begitu juga dengan dasar keterbukaan peluang yang akhirnya akan memberi kuasa memilih yang tinggi kepada rakyat Malaysia. Itulah yang dimaksudkan dengan ‘kebebasan’ pasaran.

Mujurlah Tuhan membuka hati pengundi yang membenarkan DAP menerajui Pakatan Rakyat memerintah di Pulau Pinang, dan bermula detik itu, walau dalam masa sama difitnah pihak yang cemburu, negeri Pulau Mutiara kian berseri dengan urus tadbir yang cekap, akauntabel, dan telus (CAT).

Bukan cakap kosong dan takbur, tetapi oleh kerana ketelusan pentadbiran inilah Pulau Pinang, satu-satunya negeri di Malaysia yang menerima pengiktirafan oleh Transparency International.

Pelik juga, Ketuanan Melayu dan Dasar Ekonomi Baru walau dilaksana sekian lama oleh UMNO-BN, tidak pula menerima pujian sebegitu dari mana-mana pertubuhan bertaraf antarabangsa. Kalau ada pun, cuma dari NGO-NGO lokal yang dahagakan kontrak.

Bagaimana pun, tidak salah jika dahagakan kontrak, asalkan ada merit dan bermutu. NGO-NGO yang menyalak ini, di mana mutunya? Tunjukkan kualiti, Insyallah layak diberikan kontrak, tanpa mengira sebarang unsur…

…Perkauman.

Politik perkauman yang keji dan tidak bertamadun jajaan UMNO-BN dengan menggunakan jentera rasmi kerajaan telah dikatakan berjaya ‘melindungi’ Melayu dari ‘dikuasai’ kaum lain – walau pun sebenarnya ia cuma menjaga kepentingan minoriti Melayu yang sudah pun kaya raya.

Bagaimana pun, ‘kepungan’ agar semua Melayu setia di bawah tempurung UMNO menunjukkan betapa pemerintah Melayu memandang lekeh terhadap bangsa sendiri.

Dan di sini, boleh dipersoalkan, di manakah letaknya Malaysia sebagai sebuah negara bangsa bermaruah yang berdasarkan prinsip yang diperakui dalam Perlembagaan Persekutuan?

Tepuk dada kuat-kuat, dan tanya UMNO.


Majoriti rakyat Malaysia adalah Melayu. Walau pun begitu, fakta menunjukkan Melayu yang cuba dibangunkan melalui cara UMNO, tidak benar-benar bangun sampai sekarang.

Yang bangun ialah yang memegang kuasa, dan mereka yang berkuasa inilah yang hendak membangunkan Melayu dengan motif halus supaya Melayu sentiasa bertongkat dengan UMNO dari dulu, kini dan selamanya.

Kerana jika Melayu sedar ada parti atau pertubuhan atau wadah lain yang lebih baik, jujur dan ikhlas dari UMNO, maka tamatlah ‘perjuangan’ UMNO yang semakin tidak relevan lagi di negara ini.

Oleh kerana itu juga apa yang telah dilaksanakan, dari konsep Wawasan 2020, Islam Hadhari, kepada 1Malaysia, tidak membuahkan apa-apa faedah kepada Melayu. Kecuali mereka yang sudah pun kaya raya dan punya kabel politik yang besar lagi panjang.

Perkara ini berlaku kerana…Slogan gah bunyinya walhal pelaksanaannya kontang.

Pakatan Rakyat baru-baru ini telah mula merangka bajet alternatif sebagai respon kepada bajet yang bakal dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Oktober depan.

Bajet alternatif yang dipersetujui bersama ini dinamakan ‘Kebajikan Untuk Semua,’ dan akan dikemaskini setiap minggu bersesuaian dengan naik turun ekonomi dunia sekarang.

Menurut Ahli Jawatankuasa Bajet Alternatif, Liew Chin Tong, dalam konteks Malaysia sekarang, salah satu dari tiga dasar bajet ini adalah bertujuan membantu majorit rakyat Malaysia iaitu mereka yang berpendapatan isi rumah kurang dari RM3,000 sebulan.

“Yang ramainya ialah orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak, walau pun begitu, ramai juga orang Cina dan India yang masih berpendapatan rendah,” katanya.

Tambah Liew yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera dan Setiausaha Antarabangsa DAP, bila Bajet Kebajikan Untuk Semua ini dilaksanakan, rakyat Malaysia akan punya lebih banyak lebihan kewangan

“Malah, mereka akan mempunyai kuasa untuk membeli dan memilih, dan secara langsung akan mengaktifkan ekonomi domestik Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, jelas beliau, dua lagi teras bajet alternatif ini adalah krisis ekonomi antarabangsa memberi impak kepada rakyat Malaysia, dan dasar-dasar BN yang lebih memihak kepada kroni, dan bukannya rakyat.

Perkembangan ilmu, sosial dan ekonomi.


Zaman kegemilangan Tamadun Melaka – dengan pelabuhan yang menjadi tempat persinggahan perdangan utama dunia – telah membuktikan bahawa bangsa Melayu merupakan bangsa yang cintakan keadilan dan sentiasa membuka peluang saksama antara semua kaum, dengan bukti penerimaan kebudayaan dan peradaban Arab, China, India, Portugis, Belanda dan Inggeris.

Jika tidak kerana keharmonian dan sifat terbuka bangsa Melayu, bagaimana pula Tamadun Melaka dicemburui penjajah?

Begitu juga ketika zaman kegemilangan pemerintahan Islam yang mengamalkan demokrasi dan kebebasan serta peluang yang saksama.

Sekadar contoh, ketika pemerintahan kerajaan Abbasiyah, para sarjana yang terdiri dari ahli falsafah, saintis, jurutera telah menyumbang kepada perkembangan ilmu yang sangat besar kepada dunia sekarang ini.

Bagaimana pun, pemerintah Malaysia hanya mampu bernostalgia dengan warisan Islam di zaman kegemilangannya dahulu, dan hanya pandai berceramah dengan menjual nama-nama besar seperti Ibn Sina, Al-Khwarizmi, Al-Kindi dan sebagainya.

Sedangkan Barat dan Asia Timur, yang sering dimomok sebagai ‘kafir’ pembawa budaya  kuning telah pun mengaplikasikan pelbagai teori tokoh-tokoh Islam ke tahap tertinggi sehingga, antaranya, boleh menghasilkan laser untuk membedah pesakit dan penciptaan teori-teori lanjutan yang memajukan sains dan teknologi.

Bandingkan pula di negara yang kerajaannya mengamalkan konsep 1Malaysia yang diselitkan dengan semangat Ketuanan Melayu. Dan di zaman Melaka dan kegemilangan Islam, wujudkah slogan-slogan seperti Ketuanan Melayu atau Ketuanan Arab-Islam yang telah mengangkat martabat kegemilangannya?

Pernahkah wujud cerminan budaya Melayu a la UMNO yang menggegarkan dunia?

Memang kita boleh membuat rekod dunia dengan menghasilkan bendera terbesar di dunia, atau mungkin mengangkat keris 24 jam sehari selama 100 tahun, tetapi apakah ini semua dapat meningkatkan taraf hidup Melayu dan rakyat Malaysia?

Dalam membentuk sebuah negara bangsa yang bermutu tinggi, memerlukan keterlibatan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

Bagaimana pun, keterlibatan tanpa mutu, yakni tanpa maruah, keadilan, kebebasan, demokrasi dan kedaulatan undang-undang, umpama motosikal tanpa minyak atau air liur tanpa suara.

Media kawalan UMNO-BN menjumudkan minda Melayu

Akibat mainan media kawalan UMNO-BN yang datang dalam bentuk kombo bersama pelbagai akta yang mengekang, ianya telah mengakibatkan corak pemikiran kebanyakan Melayu tertutup.

Tuduhan Utusan Malaysia bahawa DAP ingin memansuhkan kedudukan istimewa Melayu sebenarnya membawa maksud memperlekehkan Melayu sendiri, termasuk penulis rencana tersebut yang juga Melayu.

Seruan Utusan hanyalah bermaksud Melayu akan binasa jika tinggalkan UMNO. Tetapi hakikatnya bukankah UMNO yang akan binasa jika ditinggalkan Melayu?

Ketika pertemuan Roketkini bersama bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu, Said Zahari, beliau berkata dengan nada yang bersemangat:

“Kalau ramai orang Melayu dalam DAP, boleh jadi calon DAP, itu bermakna satu perkembangan dalam kesedaran politik orang Melayu.”

Sedangkan beliau yang sudah tua itu bersemangat dan berkobar akan kepentingan Melayu dalam DAP, apa lagi orang muda? Atau mungkinkah orang muda, walau bagaimana radikal sekali pun diri diangkat, masihkah terikat hati dengan bisikan Ketuanan Melayu?

DAP tidak pernah sama sekali mempersoalkan kedudukan Melayu, yang DAP persoalkan ialah kedudukan segelintir Melayu minoriti yang tamak haloba. Malah DAP lebih keras kritikannya terhadap segelintir Cina dan India yang meraih keuntungan melalui amalan niaga Ali Baba yang diamalkan pimpinan UMNO-BN.

Secara tegas DAP sentiasa mempertahankan apa-apa hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan 1957, termasuk agama Islam sebagai agama rasmi dan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan.

Jadi, bagaimana pula sekarang?


Peranan Melayu di dalam DAP – sama ada menyokong, mengundi, membantu – sangat-sangat dialu-alukan kerana apa yang DAP mahukan ialah menubuhkan Malaysia yang berdaya saing, dari sudut ekonomi, seni, mahu pun sosial.

Perubahan ini memerlukan sifat keterbukaan dan ketinggian roh Perlembagaan yang tinggi.

Bagi mereka yang belum keluar dari kepompong ketuanan kaum, janganlah terlalu cemburu jika DAP mendapat sokongan Melayu.

Alangkah indahnya Malaysia nanti, jika orang Melayu sekalian – terutamanya yang ahli dalam ilmu kebebasan memilih – membantu DAP bersama Pakatan Rakyat membentuk sebuah Malaysia baru.

Bukan DAP yang akan menjadi Perdana Menteri, bukan DAP yang akan menjadi pemerintah unggul. Yang mahu diwujudkan kerajaan baru yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat – PAS, PKR dan DAP – untuk menggantikan sistem pemerintahan yang sudah terlalu korup dan kotor untuk direformasikan dari dalam.