Mungkin ada benarnya kenyataan Baginda Sultan.... mungkin ia patut di luaskan bukan sahaja kepada UniSel tetapi semua institusi pengajian tinggi. Mereka-mereka yang ada jawatan dalam politik tidak sepatutnya menggangu aktiviti-aktiviti pembelajaran di IPT dan IPTA. Mereka termasuklah penyokong tegar parti politik, ahli parti politik, ketua cawangan dan AJKnya, ketua bahagian dan AJKnya, Presiden dan AJKnya, Ketua Wanita dan AJKnya, Ketua Pemuda dan AJKnya, Ketua Puteri dan AJKnya dan tidak lupa juga menteri-menteri dan mereka yang dilantik atas kapisiti politik.
______________________________
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menitahkan supaya politik kepartian tidak dicampur adukkan dalam pengajaran di Universiti Selangor (Unisel) demi masa depan pelajar institusi itu.
Para profesor dan pensyarah perlu menumpukan perhatian sepenuhnya kepada tugas-tugas mereka untuk mengajar dan berhenti daripada berpolitik di kampus kerana ia boleh menjejaskan masa depan pelajar, titah baginda ketika merasmikan Masjid Unisel Kampus Bestari Jaya di Kuala Selangor, malam semalam.
Baginda bertitah adalah amat merugikan sekiranya seseorang pelajar itu membuang masa untuk berpolitik dan tidak menumpukan sepenuh perhatian terhadap akademik.

No comments:
Post a Comment