Mana mungkin seorang bangsawan faham susah payah rakyat marhain.... mana mungkin seorang bangsawan faham kehendak rakyat yang sedang menderita, mana mungkin seorang bangsawan faham keperitan hidup rakyat melarat papa kedana, mana mungkin orang bangsawan faham rakyat tidak boleh lagi ke pasar dengan bekalan RM50, mana mungkin seorang bangsawan faham masalah masyarakat yang hidup di rumah flat, masakan seorang bangsawan tahu keperitan hidup di setinggan, masakan seorang bangsawan faham sedangkan mereka hidup dalam kepok kemewahan, masakan orang bangsawan faham sedangkan mereka boleh berbelanja tanpa had, masakan orang bangsawan faham kerena bininya pun tak pernah faham, masakan orang bangsawan akan faham kalau rakyat tak mengajar mereka......
Ubah sebelum parah. Pastikan negara BERSIH dari bangsawan yang hidup mewah diatas keringat rakyat yang susah, miskin, papa kedana yang terpaksa merempat di negara sendiri. Sedangkan kemerdekaan negara terus digadaikan dan dicemarkan....
Betul kata orang..... UmNo ini kuat bila rakyat susah, UmNo kuat bila rakyat bodoh, UmNo kuat bila rakyat penakut, UmNo kuat bila rakyat lemah, UmNo kuat bila rakyat mudah lupa, UmNo kuat bila rakyat pangkah BN.
_____________________________________
KUALA LUMPUR, 7 Ogos — Datuk A. Samad Said, yang dilihat sebagai ‘ikon baru politik’ negara menegaskan, sudah tiba masa golongan muda melakukan “perubahan rejim” selepas 54 tahun negara ditadbir oleh Barisan Nasional (BN).
Sasterawan Negara ini menjadi perhatian di sebalik perhimpunan Bersih 2.0 baru-baru ini.
Bercakap pada pelancaran kempen Jom Baca Media Alternatif anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Samad, 76, berkata, perubahan tampuk pemerintahan negara boleh dilakukan golongan muda pada pilihan raya umum ke-13.
“Sudah tiba waktunya kita adakan ‘regime change’ (perubahan rejim), kita sudah memberi masa kepada orang yang memerintah sekarang ini 54 tahun,” katanya.
“Dan, kita sudah tidak harus lagi memberikannya lebih daripada itu.
“Banyak perkara boleh dilakukan anak muda antaranya ‘merubah’, maksudnya sudah tiba masa kita adakan ‘regime change’, ia mungkin terletak di tangan anak-anak muda,” katanya di hadapan kira-kira 60 orang termasuk mahasiswa.
Dalam ucapan perasmian di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor itu, Samad juga berkata, rakyat seharusnya bersikap matang dan tidak lagi memilih “golongan bangsawan” untuk memerintah negara.
Bagaimanapun kata seniman ini, persoalan itu harus ditanya kepada diri sendiri dan perubahan boleh dilakukan dalam pilihan raya umum ke-13.
“Saya nak katakan sudah 54 tahun kita hanya diketuai oleh pemimpin dari kalangan bangsawan, Tun Abdul Rahman (Al-Haj), Tun Hussein (Onn) dan Tun Abdul Razak (Hussein) golongan bangsawan... (Tun Dr) Mahathir Mohamad selepas Tun juga bangsawan, Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dan sekaran juga sama (Datuk Seri Najib Razak), semua bangsawan, bila pemimpin daripada rakyat akan berada di situ?
“Kalau sudah 54 tahun, kita perlu bertanya adakah ia salah kita, anak-anak muda perlu melakukan perubahan sebab itu anak-anak muda perlu berani bertindak dan menggerakkan ‘regimr change’ ini,” katanya.
Kata Samad, beliau lebih gemar mendengar pandangan bersifat “membangkang” daripada “sokongan.”
“Saya gemar mendengar daripada mereka yang ‘oppose’, saya langsung tidak gemar mendengar mereka yang sokong.
“Sokong itu maksudnya sokong kerajaan,” katanya.
Bulan lalu beberapa hari selepas Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara, Samad berkata selagi “golongan bangsawan berada di atas, sampai bila-bila saya rasa mereka tidak akan dapat merasakan apa yang dirasai rakyat.”
Justeru beliau percaya akan ada sinar harapan untuk melihat perubahan itu pada pilihan raya umum ke-13.
Pada Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu di ibu negara, ribuan rakyat telah menyertai perhimpunan menuntut transformasi pilihan raya.
SMM terdiri daripada Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Kelab Rakan Islah Malaysia (Karisma), Pro Mahasiswa Nasional (Pro M), Kumpulan Anak Muda Independen (Kami) dan Pergerakan Demokrasi Pelajar dan Pemuda Malaysia (Dema).

No comments:
Post a Comment