Bila Najib nak datang mereka pun turap jalan dan turap tapak operasi UmNo, pasang khemah gadang-gadang, orang kampung tak boleh meniaga, nak beli barang pun tak boleh. Hari ini Jumaat sepatutnya ada pasar tani.... nanti Ahad pun sepatutnya ada pasar tani. Apo nak buek?
Johan pulak sebok hantar jemputan ke majlis tersebut pakai letterhead UmNo.... Ini program kerajaan atau program UmNo? Pasang khemah, turap jalan, makan-makan tu guna duit UmNo atau duit kami pembayar cukai?
Johan pulak sebok hantar jemputan ke majlis tersebut pakai letterhead UmNo.... Ini program kerajaan atau program UmNo? Pasang khemah, turap jalan, makan-makan tu guna duit UmNo atau duit kami pembayar cukai?
Sempena lawatan Najib ke Masjid Bt 14, marilah kita renungkan sumbangan UmNo dalam membangunkan Islam dan orang Melayu sebagaimana yang mereka laung-laungkan itu:
- Orang Melayu semakin jauh dari Islam akibat dari sekolah agama dan pembelajaran agama yang semakin dipinggirkan.
- Rakyat berperang dan berebut untuk mendapat tempat untuk belajar disekolah menengah agama yang amat terhad.
- Rakyat terpaksa menghantar anak kesekolah menengah agama swasta untuk melanjutkan pelajaran dalam aliran agama.
- Matapelajaran pendidikan Islam bukan matapelajaran teras di sekolah kebangsaan.
- Majlis ilmu dan aktiviti agama dikawal amat ketat hingga susah hingga mengadakan program agama.
- Orang pakai kopiah, serban dan purdah dilabel pengganas dan tidak boleh belajar disekolah dan berkerja di jabatan kerajaan.
- Program hiburan ditaja sedangkan program ilmu dikesampingkan.
- Berhibur boleh sampai 3-4 pagi tetapi ceramah agama boleh setakat 12 malam sahaja.
- Cuti hari Jumaat dihapuskan kecuali tinggal beberapa negeri sahaja. Mungkin untuk memberi peluang orang ramai pergi ke gereja dengan selesa.... termasuklah orang Melayu.
- Tolong kempen sambutan krismas secara besar-besaran dan meriah setiap hujung tahun. Akibatnya minat terhadap Kristian semakin terus berkembang.
- Masjid dan surau hanya boleh digunakan untuk program ibadat khususiah sahaja sehingga perkara selain daripada aktiviti agama tidak boleh dibincangkan.
- Orang bukan Islam dihalang dari mendekati masjid dan surau konon-konon untuk menjaga kesucian tempat ibadat.
- Orang bukan Islam juga dihalang dari mendekati Al-Quraan konon-konon untuk menjaga kesucian Al-Quraan.
- Undang-undang Islam dihalang dari dilaksanakan ditohmah hudud PAS, sedangkan mereka tidak juga mengadakan undang-undang, jauh lagi untuk melaksanakan.
- Islam setakat pada nama, IC, buat masjid dan surau banyak-banyak, musabaqah peringkat kebangsaan dan antarabangsa, pusat zakat, tabung haji, pusat Islam, bank Islam, Takaful Islam, pajak gadai, Universiti Islam, nikah kahwin, tahlil, perayaan...
- Menutup aurat sesuatu yang luar biasa sedangkan buka aurat sesuatu yang lumrah.
- Orang Melayu dan Islam dimusuhi semata-mata kerana berlainan pendirian politik.
- Baitul-Mal, Pusat Zakat dan Jabatan Agama gagal menjaga kemaslahatan umat Islam
- Nak dapatkan bantuan dari Institusi agama Islam amat susah dan terhad...tetapi Gereja mudah membantu.
Bukan untuk mencari kesalahan.... tatapi masih terlalu banyak perkara yang kita jauh ketinggalan sedangkan masa yang kita ada amat terhad. Kita ada jalan singkat dan kita juga ada pilihan lain iaitu dengan menunggu lebih lama lagi. Jalan yang singkat adalah dengan mengubah kerajaan yang dikuasai UmNo ini dalam PRU13.
Atau nak jalan jauh...... tunggulah 100 tahun lagi (53 tahun sudah berlalu)... itu pun kalau bernasib baik. Mujur jika kita panjang umur dan sempat membuat perubahan..... andainya tidak, jawablah sendiri di mahkamah Allah nanti.
No comments:
Post a Comment