Maka kecohlah apabila diberitakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya. Ramai yang mengecam tapi tidak ramai yang pasti kenapa. Semua cuba jadi hero dan serkap jarang. Akhirnya MB terpaksa masuk campur bagi mendapatkan penjelasan dan kedua-dua pihak.
Kenapa apabila melibatkan Selangor berita cepat tersebar dan disensasikan. Apa agenda mereka? Kalau MalaysiaKini dan Malaysian Insider kita fahamlah.... tapi akhbar Melayu juga ikut sekali rentak mereka ini apa cerita?
Kenapa semua orang seolah-oleh meletakkan kesalahan kepada JAIS? JAIS bukannya menceroboh, tembah gas pemedih mata atau sembur mereka dengan water canon. Mungkin ada pihak yang tidak senang dengan tindakkan JAIS namun kita sebagai orang Islam perlu pertahan JAIS atas kapasiti organisasi yang kita berikan kuasa dan hak kepada mereka. Jika ada pelanggaran undang-undang atau SOP maka kita perlu buat siasatan dan keputusan perlu dibuat secara adil dan berdasarkan fakta bukannya perasaan semata-mata.
Wartawan perlulah beretika dalam pemberitaan.... Akhbar perlulah objektif dalam menceritakan fakta. Dalam Islam kita diminta siasat dahulu baru buat keputusan. Bukan pukul sampai nak mampus baru nak tanya apa kesalan dia. Kalau dah dapat semua maklumat dari semua pihak barulah kita buat keputusan dan kenyataan.
Jangan hanya kerana sikap perjudis dan kebencian menyebabkan kita tidak membuat keputusan secara adil... walupun ianya melibatkan hak bukan Islam. Kita perlu adil dalam berhukum.Diharapkan MB dapat menyelesaikan perkara ini dengan adil dan baik.
No comments:
Post a Comment