Tuesday, January 31, 2012

Kedamaian Untuk Palestine

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi mengingatkan para pimpinan bahawa “Israel adalah sebuah entiti haram.”

“Ia terlalu besar dosanya terhadap ummat Islam seaqidah meskipun kita berada jauh di Tanah Melayu,” tegas beliau.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pula menegaskan pendirian PAS yang tidak mengiktiraf kewujudan Israel.

“Mereka mendapat tanah itu secara kejam, membunuh dan menghalau rakyat Palestine daripada buminya sendiri. Bukan menjajah, tapi secara merampas secara kejam bersama tentera Haganah pada tahun 1948.

PAS tidak akan mengiktiraf kewujudan Israel,” tegas beliau.

Naib Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Mahfodz Mohamad menegaskan pendirian Pakatan Rakyat adalah untuk berdiri di tempat orang yang ditindas, dan bukannya yang menindas, di mana dalam isu ini ialah Israel.

“Sejarah telah menunjukkan bahawa untuk meluaskan negerinya, Israel telah menghalau rakyat Palestine keluar daripada tanah mereka ketika peperangan meletus pada 1948.

Ramai rakyat Palestine dihalau keluar dari rumah mereka untuk membuka ruang kepada Israel. Mereka sampai hari ini masih dalam kesusahan. Sebagai warga Muslim, kita mesti bersama mereka, dan bukan sebaliknya,” tegas beliau lagi.

" If Israel does not like the two-state solution, they must treat the historic Palestine as one single state and give the vote to all the people of that state, including in Gaza and the West Bank.  Will the United States vote to accept a Palestinian?  How can the U.S. government claim to accept a two-state solution in Palestine if it does not even recognize the sovereign rights of the Palestinian people?  Why are the Palestinians forced to accept Israel as a Jewish state when the United States and Britain do not accept the national rights of the native non-Jewish population?"

Thursday, January 26, 2012

Pelik Tapi Benar...


Mungkin ada yang perasan baru-baru ini BN mula pasang banner kempen tutup tol Grnad Saga. Masa Najib datang bulan Puasa hari tu pun mereka dah mintak supaya tol ditutup tapi sampai sekarang kita masih lagi bayar tol. Adakah dengan naiknya banner ini menandakan tol nak tutup kalau tak pun pilihanraya dah dekat.

Sepatutnya kalau BN nak komplen... pasanglah banner kat depan pejabat Najib. Gantung kat Langat bukan boleh buat apa..... Ataupun mereka nak kata... kalau tol tak tutup orang Langat akan pakat ramai-ramai pangkah PAS.

Begitu juga banner BR1M (RM500)dah banyak dipasang... siap dengan 'Tahniah Kepada Penerima Bantuan BR1M'. Memerintah lebih 50 tahun baru ingat kat orang susah. Cuma yang tak sedapnya bila ucap tahniah seolah-olah.... TAHNIAH KERANA PENDAPATAN ISIRUMAH ANDA CUMA RM3,000.00 SAHAJA.

Tukang Basuh Pinggan Kedai Mamak Pun Boleh Jadi Warganegara!

DUNGUN – Bekas Ketua Polis Daerah (OCPD) Slim River Haji Abdullah Haji Omar berkata beliau masuk PAS kerana PAS adalah parti yang sah di sisi undang-undang Negara kerana PAS  berdaftar dengan pendaftar pertubuhan (ROS).

Selain itu, katanya, beliau menyertai PAS kerana parti itu dipimpin oleh tokoh-tokoh ulamak yang ingin membawa Negara ini kepada pemerintahan Islam.

“Saya masuk PAS kerana PAS bukan parti ‘haram’ dan PAS di pimpin oleh tokoh-tokoh yang berpendidikan Islam, mempunyai maruah,

“Bukan seperti mana parti ‘Melayu’ disebelah sana (Umno),  yang kebanyakkan tokoh-tokoh dan kepimpinan tinggi mereka terlibat dengan pelbagai skandal,”ujanya.

 Haji Abdullah berkata PAS bukan parti haram, yang haram hanya dua, parti komunis dan parti buruh.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penerangan anjuran Majlis Tindakan DUN (MTD) Rantau Abang di Kampung Pak Sabah, dekat sini, pada Selasa 24 Januari.

Beliau menyifatkan Umno parti pengkhianat kerana membawa masuk warga asing, diberikan kad pengenalan dan menjadi warganegara.

Katanya, ‘pendatang haram’ tersebut menjadi pengundi dan menyebabkan kerajaan Terengganu jatuh dalam pilihanraya ke 11 pada tahun 2004.

“Sebelum pilihanraya 2004, mereka (Umno) bawa 2,000 orang Myanmar bangsa Rohingya yang boleh bercakap Melayu, yang rupa mereka pun lebih kurang muka kita,

“Melalui Langkawi perrgi ke Ladang Seri Bandi (DUN Kijal Terengganu), mereka di beri kerja dengan gaji RM18 sehari, diberi kad pengenalan, jadi pengundi yang jatuhkan kerajaan PAS pada tahun 2004,”jelasnya.

Menurutnya, ‘modus operandi’ yang sama telah dilakukan Umno pada tahun 2008 membawa masuk warga asing yang sama ke dalam parlimen Pekan, kawasan yang dimenangi Perdana menteri, dato’ Seri Najib Razak.

Sebaliknya suatu masa dulu, kata beliau, sewaktu masih berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia, sesiapa yang mahu memohon menjadi warganegara Malaysia mestilah dikalangan mereka yang ‘profesional’.

Namun sekarang, menurutnya, kerana pengkhianatan Umno kepada Negara, pekerja basuh pinggan di kedai mamak pun boleh menjadi warganegara Malaysia.

Turut menyampaikan ucapan dalam Majlis tersebut adalah Naib Ketua Pemuda Ustaz Kamaruzzaman, Naib YDP Dungun Ustaz Azman Shapawi dan Pengerusi WARIS Ustaz Roslan Ismail.

Wednesday, January 25, 2012

Apabila BN Mula Merapu....

Memang payah nak percaya dan tak payah percaya.... Tapi aku suka apa yang Soi Lek kata.

Membayar Untuk Kesesakkan....?

Kalau nak bercerita politik sampai kiamat pun tak sudah. Maklumlah kita lahir sampai sekarang masih lagi hidup dibawah kekuasaan BN. Cuma beberapa negeri bernasib baik merasa perubahan angin pemerintahan. Yang lain masih mengharap sesuatu yang terbaik akan berlaku.

Kali ini kita berbicara tentang kemudahan asas yang telah di jual kepada pemegang konsesi lebuhraya oleh UmNo melalui pelbagai nama dan syarikat. Kalau ada lebih raya pun tidak memberi kemudahan kepada pengguna baik tak payah ada lebuhraya. Dan kalau kerajaan tak buat lebuhraya pula.... riwayat UmNo akan berakhir lebih cepat.

Semua orang berbicara tentang kesesakkan lalu lintas di musim perayaan. Banyak cadangan yang telah dibuat namun kita tidak melihat penyelesaiannya. Kalau kita bagi kat UmNo nanti pelbagai senarai perunding yang akan muncul. Duit habis berjuta tapi sia-sia tiada hasil. Yang pasti pemegang konsesi tol untung berbilion-bilion.

Mari kita lihat kenapa berlaku kesesakkan. Jalan raya sesak kerana kenderaan bergerak perlahan. Kenapa kenderaan bergerak perlahan?
  1. Berlaku kemalangan.... yang ni tak boleh tolong. Sabor jer ler...
  2. Orang memperlahankan kenderaan kerana ada kenderaan dihadapan yang dipandu perlahan. Ni memang nak kena sumpah.
  3. Sengaja memandu perlahan di lorong tengah tanpa memperdulikan orang memotong kanan dan kiri.... Sah kena maki percuma.
  4. Pemandu memperlahankan kenderaan untuk masuk kawasan rehat atau persimpangan... yang ini ada penyelesaian.
  5. Kesesakkan di tol melimpah sehingga ke lebuhraya.
  6. Pemandu memperlahankan kenderaan kerana memberi ruang orang lain masuk ke lebuhraya... Ini juga ada penyelesaian.
  7. Pemandu memperlahankan kenderaan kerana melihat kemalangan di jalan bertentangan arah.... Ini memang m#$%&*& ayun.
Cukuplah senarai ini dahulu....
Apa pula penyelesaiannya?
  1. Polis patut mengambil tindakkan kepada mereka yang tak reti memandu dan memandu perlahan di lorong tengah.
  2. Polis sepatutnya lebih menumpukan kepada operasi terhadap mereka yang memandu secara melulu dan membahayakan pemandu lain termasuk juga kepada mereka yang memandu di lorong kecemasan.
  3. Tambah keluasan dan jumlah kawasan rehat terutama sekali di kawasan yang kerap mengalami kesesakan. Jumlah tandas yang sesuai bagi menampung pengguna yang ramai.
  4. Jarak tol yang dekat dengan lebuhraya menyebabkan kesesakkan melimpah dan menyebabkan kesesakkan yang tidak sepatutnya di lebuhraya. Sediakan ruang yang sesuai dengan memindahkan pondok tol atau memanjangkan laluan susur keluar.... 1 km jika perlu.
  5. Jarak yang terlalu pendek susur masuk ke lebuhraya menyebabkan kenderaan tidak dapat mencapai hadlaju yang sesuai. Akibatnya mereka masuk ke lebuhraya dengan kelajuan 80km/j. Akibatnya lorong kiri menjadi amat perlahan. Jarak 500 meter adalah paling sesuai supaya kenderaan mampu masuk ke lebuhraya dengan mencapai kelajuan 110km/j.
  6. Elakkan dari kenderaan berat atau kenderaan perlahan dari masuk ke lebuhraya semasa waktu puncak.
  7. Mungkin sampai masanya kelajuan perlu ditingkatkan dari 110km/j kepada 140km/j. Terutama kawasan yang mempunyai tiga lorong dan jalan lurus.
Terakhir sekali..... sudah sampai masanya kita jadikan kecekapan pemandu memandu dengan kelajuan 110km/j  sebagai salah satu keperluan sekolah memandu.... Bukan lagi 40km/j sahaja.

Bukan sesuatu yang baru, namun kesungguhan perlu bagi sama-sama menangani masalah di setiap kali cuti panjang ini.

Friday, January 20, 2012

Untuk Pengguna Apple Sahaja...

Aku Jimat – Aplikasi Permainan Interaktif Dengan Matlamat Untuk Membeli Cincin Berlian

Dengan ratusan aplikasi mudah-alih yang dibangunkan pembangun tempatan, kini sebuah aplikasi berbentuk permainan diperkenalkan, dinamakan sebagai Aku Jimat. Aplikasi yang ditawarkan secara percuma ini, membolehkan para pemain berjimat dengan mengumpulkan duit, selain pada masa yang sama perlu membeli 12 jenis barangan, seperti cincin berlian, beg tangan dan sebagainya melaluinya.

Sama seperti permainan-permainan lain, Aku Jimat turut menyertakan beberapa halangan, dimana para pemain perlu mengelak daripada mengumpulkan bom, dimana setiap bom akan menambah jangka umur, dan para pemain akan gagal apabila mengumpulkan sebanyak 99 biji bom.

Bagi mereka yang inginkan untuk menghabiskan masa dengan bermain permainan menarik, dengan bercirikan tempatan, mungkin Aku Jimat ini salah satu permainan yang perlu dicuba oleh anda. Bagi para pengguna iOS, anda boleh memuat-turunnya terus daripada Apple AppStore hari ini.

Adakah Proton Mampu Bersaing?


Kalau masih lagi ingat....



Kenapa harga Proton di Malaysia macam harga jualan kat Arab Saudi ? Apa istimewanya orang Arab? Kata “Rakyat didahulukan”..Kenapa orang Arab lebih diutamakan?

Haaaa..Jawapannya ialah.. Kalau pemimpin penipu, rakyat akan terus ditipu... Pemilik Proton di Malaysia semuanya dah kena tipu…
Harga Persona kat Saudi = SR36,100
Harga Gen2 kat Saudi = SR33,600
Harga Waja kat Saudi = SR37,950
1 Saudi Riyal = RM0.94

Maknanya harga Persona kat Saudi = RM33,934 aje
Maknanya harga Proton Gen2 kat Saudi = RM32,256 aje
Maknanya harga Waja kat Saudi = RM35,673 aje

Rakyat 1 Malaysia bayar RM 66,799.97 untuk 1 Waja di Msia! RM31,126.97 lebih MAHAL! Shouldn’t our Government protects us. Instead we are cheated.. Our hard earnings..!! We pay for others to enjoy …

THIS IS 1MALAYSIA …UmNo/BN Govt. Sampai bila nak diperbodohkan?

Agak-agak Proton Saga FL berapa harga kalau dijual di Saudi? SR20,000... ataupun RM18,800.... Dah tu Perodua Viva nak jual berapa? RM15,000.

Patutlah rakyat Malaysia merempat, susah dan miskin. Hutang pun banyak kerana membayar harga yang tinggi untuk sebuah kereta.

DAP: Pengendali lebuh raya tol untung 'Maha Firaun'

Adakah lebuhraya ini dijadikan lubuk emas dan penyumbang besar dana pilihanraya UmNo dan BN sehingga susah sangat kerajaan BN untuk merombak sistem dan bayaran tol untuk semua lebuhraya di negara ini. Esok bermula cuti panjang Tahun Baru Cina..... maka dijangkakan lebuh raya seluruh negara akan sesak dan padat dengan kenderaan. Bayangkan berapa RATUS JUTA sahaja kutipan dibuat semasa musim perayaan? Dijangkakan lebih dari 1 juta kenderaan akan memenuhi jalanraya sepanjang musim perayaan ini. Ini belum lagi sekiranya semua 21 juta kenderaan yang berdaftar bergerak disekuruh jalan-jalan di negara ini.....

Lebuhraya yang sepatutnya menjadi kemudahan dan melancarkan perjalanan tidak ubah macam KL diwaktu puncak. Sesak hingga tidak bergerak. Ini ditambah lagi tempat rehat yang tidak mencukupi sehingga ada yang solat ditepi jalan raya. Kepada mereka yang hendak balik kampung dinasihatkan untuk membawa air, tikar dan sejadah untuk memastikan kita dapat melaksanakan tanggungjawab kita dengan sempurna terutama sekali waktu subuh.
Selamat bercuti dan berhati-hati semasa memandu.....

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamad Yakcop untuk berdebat mengenai dakwaan BN bahawa tol di lebuhraya tidak boleh dihapuskan.

Lim berkata beliau bersedia berdebat dengan Nor Mohamed, menteri yang bertanggungjawab menjaga Unit Perancang Ekonomi pada bila-bila masa dan mana-mana tempat berhubung dakwaan kerajaan mengapa beberapa tol yang sedia ada tidak boleh dihapuskan.

“Mengapa kita tak boleh hapuskan tol bila PLUS untung 308 peratus. Mari bahas mengikut isu dan fakta, bukan dengan emosi dan sentiment.

“Dia seorang menteri, saya seorang Ketua Menteri, kami setara. Mari kita berdebat demi kepentingan rakyat,” cabar Lim.

Sebelum ini, Nor Mohamed membuat kenyataan bahawa janji Pakatan Rakyat untuk menghapuskan tol jika mereka berkuasa di Putrajaya sebagai tidak masuk akal.

"Saya sedia berdebat isu ini - 'Mengapa tol yang perlu dihapuskan?’ Ini untung maha besar, untung Maha Firaun atau topik kedua 'Adakah benar Malaysia akan menjadi bankrap jika tol dimansuhkan’,” katanya.

Menurut Lim, beliau berharap Nor Mohamed tidak takut untuk berdebat mengenai isu penting yang membabitkan ekonomi negara kerana katanya, penghapusan tol akan meringankan beban rakyat dan mengurangkan kadar inflasi.

“Saya boleh berdebat di mana-mana sahaja selagi ada liputan televisyen." katanya sambil merujuk peratus keuntungan berlipat kali ganda yang diperolehi dari projek-projek lebuh raya seluruh negara.

Antara yang paling tinggi keuntungannya ialah Lebuhraya Metramac yang mencatat keuntungan 877 peratus daripada kos asal pembinaan yang hanya berjumlah RM45 juta.

Lebih mengejutkan, kata Lim ialah kekayaan yang dikumpul melalui projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang mengaut keuntungan RM 18 bilion, setelah ditolak kos pembinaannya sebanyak RM 5 bilion; dengan tempoh konsesi selama 50 tahun sehingga tahun 2038.

Begitu juga dengan projek lebuh raya KL – Karak yang untung hampir RM1 bilion (202 peratus), diikuti Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dengan keuntungan RM1.6 bilion (149 peratus) berbanding kos pembinaan sekitar RM1 bilion.

“Anak, cucu, cicit kita pun akan terus bayar tol,” kata Lim lagi.

Musim Gantung Banner

Selamat menyambut Tahun Baru Cina. Tahun berubah, pemikiran berubah, sokongan bertambah. Ubah sekarang bersihkan Malaysia dari mereka yang :
  1. Menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan keluarga.
  2. Menzalimi dan menindas rakyat dengan menyekat peruntukkan dan bantuan.
  3. Menyekat kebebasan bersuara dan menyatakan pandangan melalui TV dan akhbar.
  4. Berbelanja secara melampau tanpa mendatangkan manfaat kepada rakyat dan negara.
  5. Membiarkan pimpinan negara bertindak sesuka hati dalam membuat keputusan dan tindakkan.
  6. Menjual hak dan kedaulatan negara kepada negara jiran.
  7. Pimpinan negara kaya-raya, rakyat merempat papa kedana.
  8. Ugut dan tipu rakyat.....





Thursday, January 19, 2012

Bersama Masyarakat Cina Sg Makau

 
 
 
 
 
 

Pegawai Tinggi Kaya Raya.... Pekerja Biasa Papa Kedana

Nampak gaya pilihanraya tidak akan berlaku dalam bulan Mac...

KUALA LUMPUR, 19 Jan - Satu cadangan kenaikan gaji yang lebih tinggi dicadangkan untuk pegawai tertinggi kerajaan di bawah Skim Persaraan Baru Kakitangan Awam (SBPA) telah menimbulkan perasaan tidak puas hati 1.4 juta kakitangan awam. Kakitangan awan inilah yang selama ini menjadi penggundi tegar Barisan Nasional (BN).


Di bawah skim baru berkenaan, pegawai atasan kerajaan akan dibayar sebanyak RM80,000 sebulan berbanding kakitangan awam hanya menerima kenaikan RM1.70 sebulan dan telah membangkitkan kemarahan beberapa kesatuan sekerja dan juga pembangkang.


Kemarahan mereka akan memberi kesan kepada pilihan raya yang dijangka dalam tahun ini dan menyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyemak semula skim berkenaan selepas protes yang dilakukan Kongres Kesatuan Sekerja untuk kakitangan awam(Ceupacs). Difahamkan, skim berkenaan dibuat tanpa melibatkan penglibatan Ceupacs.


Difahamkan, di bawah skim SBPA, 36 pegawai atasan kakitangan awam akan memperoleh RM36,000 sebulan. Ketua Hakim akan memperoleh RM80,000 dan Ketua Setiausaha Negara akan mendapat RM60,000 sebulan.


Timbalan Presiden Ceupacs I, Azih Muda mengesahkan maklumat berkenaan dan maklumat lanjut berada dalam tangan kerajaan.


"Ya, ya, memang begitu, sama seperti di dalam kalangan pusingan terbabit... gaji pokok untuk mereka yang berada di perkhidmatan utama adalah RM36,000," katanya.


Tapi Azih enggan untuk mengulas lanjut berkenaan perkara itu, dan menegaskan kerajaan telah pun mengumumkan kumpulan bertindak untuk mengkaji SBPA.


Jumaat lepas, kerajaan mengumumkan satu kumpulan khas untuk menyemak semula SBPA bermula sekarang hingga 16 April, diketuai oleh bekas pengarah kakitangan awam Tan Sri Ismail Adam, dan akan memasukkan wakil daripada Jabatan Perkhidmatan Awam, Ketua Hakim Negara, dan Kementerian Kewangan termasuk Ceupacs.


"Saya lebih selesa untuk tidak mahu mengulas perkara itu, kerajaan sudah membentuk jawatankuasa kerja bagi menyemak semula perkara itu, dan pelaksanaannya telah ditangguhkan, jadi saya percaya kerajaan akan menyelesaikan perkara itu," jelas Azih.


Namun begitu, beliau mengesahkan jawatankuasa kerja berkenaan akan menyemak secara spesifik bayaran terhadap servis utama.


"Mereka akan menyemak semuanya," katanya sebelum memutuskan panggilan.


Cuepacs sebelum ini menuntut kerajaan menangguhkan skim terbabit berikutan pertubuhan itu tidak diajak berunding berkenaan perkara itu.


Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menegaskan perbezaan pendapatan antara kakitangan awam di peringkat tertinggi sehingga lima angka, sementara kakitangan bawahan hanya memperoleh jumlah yang jauh lebih kecil.


Pakatan Rakyat turut menuduh Putrajaya "menyalahgunakan" skim berkenaan, dan mengkritik skim tersebut.


"Beritahu saya jumlah tersebut, saya tahu mereka di perkhidmatan utama memperoleh antara  RM36,000-RM60,000.


"Adakah adil sekiranya KSN (Ketua Setiausaha Negara) mendapat RM60,000 sebulan, sedangkan kerani hanya memperoleh kurang RM100 kenaikan gaji,"jelas Mahfuz apabila ditanya pendapatnya berhubung perkara itu.


Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata PAS akan terus menuntut kerajaan menyemak semula skim berkenaan supaya kenaikan yang "adil" terhadap kakitangan awam.


"Segala-galanya harus disemak semula ... ia seharusnya diperbaiki supaya kumpulan sokongan memperoleh pendapatan yang lebih berpatutan.


"Selain itu, pembayaran anggota tentera juga perlu disemak, mereka tiada kesatuan," katanya.


Belanjawan 2012 telah menetapkan sejumlah RM64.1 billion bagi gaji dan pencen kakitangan awam, 28 persen daripada keseluruhan belanjawan, peningkatan daripada  RM36.9 lima tahun lalu. MI.

Tuesday, January 17, 2012

Bersih lantik A Samad Said pengerusi bersama

KUALA LUMPUR, 17 Jan — Datuk A Samad Said akan dilantik sebagai pengerusi bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dilihat akan memberi tekanan dalam menuntut transformasi pilihan raya negara.

Pengerusi Bersih Datuk S. Ambiga mengesahkan pelantikan itu, menambah satu pengumuman rasmi akan dibuat hari ini di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH).

“Ya. Saya sahkan mengenainya tetapi kami juga akan mengumuman lain,” katanya apabila ditanya sama ada pelantikan Samad sudah dibuat secara rasmi atau tidak.

Samad, Sasterawan Negara berusia 76 tahun ini yang mencipta fenomena baru semasa Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara pada 9 Julai lalu bagaimanapun enggan menjawab persoalan itu, sebaliknya mengulas sedang sibuk dengan “rancangan utama” Bersih.

“Saya tidak boleh hendak memberikan sebarang komen mengenai perkara itu tetapi akan ada satu pengumuman, elok anda datang dan dengar sendiri,” katanya lagi.

Samad menjadi perhatian selepas sajaknya bertajuk “Unggun Bersih” dideklamasikan semasa pelancaran Bersih 2.0, yang turut menyaksikan beliau dipanggil ke balai polis untuk soal siasat.

Penulis veteran ini merupakan antara peserta Bersih 2.0 yang berjaya tiba di Stadium Negara untuk mendesak pilihan raya bersih dan adil bersama Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.

Sementara peserta lain termasuk Ambiga dan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat ditahan pihak berkuasa.

Samad telah dinamakan sebagai pengerusi bersama Bersih melalui kenyataan akhbar baru-baru ini.

“Sidang media esok (hari ini) memang mengenai saya tapi saya tidak tahu secara terperinci. Saya juga diminta hadir lebih awal sebelum sidangh media diadakan,” katanya.

Ditanya sama ada akan menerima jawatan itu, Samad bagaimanapun ketawa sambil berkata ia akan diulas semasa sidang media diadakan.

“Apa-apa saya akan jawab semasa sidang media (sama ada mahu terima atau tidak), kita tunggu sahaja nanti,” katanya.

Difahamkan Bersih akan mengumumkan kempen terbarunya hari ini serta respons kepada prestasi semasa Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) yang diarahkan melihat cadangan pembaharuan pilihan raya.

“Kami akan umumkan kempen terbaru dan pandangan kami mengenai PSC,” kata Ambiga. MI.

Monday, January 16, 2012

Investigate Agriculture Ministry too, says Singapore daily

Adakah sebab lebih mudah berurusan dengan Najib dari berurusan dengan Muhyiddin maka lidah Singapura ini masuk campur dalam isu NFC. Apa pun isu ini telah lama dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat. Terkini asset AFC dibekukan... Bagaimana pula dengan operasi dan gaji pegawai pengurusannya? Adakah telah dibekukan? Nampaknya ada harapan lebur juga RM250 juta wang negara.

KUALA LUMPUR, Jan 16 — Malaysia’s Agriculture and Agro-based Industry Ministry must be investigated for its role in the National Feedlot Corporation (NFC) scandal, Singapore’s Business Times (BT) said today as criticism against Umno-linked politicians continue to sharpen.

In a commentary piece published today, the Singapore daily pointed out that the public’s demand for government accountability has been made clear from the way they voted in Election 2008, which saw the ruling Barisan Nasional (BN) coalition lose its two-thirds grip on Parliament.

It noted too that from the Auditor-General’s 2010 report — when the cattle project came to light and showed the corporation, run by the family of Minister Datuk Shahrizat Abdul Jalil, had badly failed to meet production targets — the government had also failed to monitor the costly national project, and questioned if there been a failure of fiduciary duty on the part of government officials as well.

“The role of the Agriculture and Agro-based Industry Ministry should also be investigated,” Singapore’s BT said.

It pointed out that it was the ministry that had approved the project in the first place and disbursed the RM250 million soft loan.

“And why did the ministry give the money out at what seems to be unseemly haste? All the money was dished out a year after the deal was signed. Shouldn’t the funds have gone out on a schedule that matched the project’s delivery?” it added.

Umno deputy president Tan Sri Muhyiddin Yassin was the minister then when the NFC was awarded to Shahrizat’s family. He is now deputy prime minister and his Agriculture portfolio has since been taken over by Datuk Seri Noh Omar.

“Essentially, what’s needed are clear guidelines that establish the ground rules for the management of state-backed ventures. The days of ‘just winging it’ are over, and Mr Najib had better realise that,” the paper concluded.

The Singapore newspaper’s commentary echoed several opposition lawmakers who have been calling for the government accountability on this particular case.

Aktiviti Hujung Minggu...

 Gambar-gambar sumbangan dari jurugambar amatur.....
 
Pasar Pagi di Suntex
  
 
 Turun padang menemui penduduk di Sg Lui
 
 
 
 Malang tidak berbau... Kemalangan di persimpangan Agrotek. Berhati-hati ketika mamandu.
 Bersedia berkhidmat. Sukarelawan Bomba.
 Taman Segar pula....
 
 
 

Friday, January 13, 2012

Qaradawi mengucapkan tahniah kepada Anwar

http://www.qaradawi.net/component/content/article/5508.html 

Melalui Telegraf, Dr Yusuf al-Qaradhawi mengucapkan tahniah dengan kejayaan Anwar Ibrahim, Bekas timbalan Perdana Menteri yang merupakan Ketua parti Keadilan rakyat dengan keputusan mahkamah yang membersihkan dari tohmahan fitnah terhadap beliau.
 
Berkata Pengerusi Kesatuan ulama muslimin menerusi telegrafnya, “Kami  utuskan kepada kamu dengan hati yang dipenuhi kegembiraan, dada yang cukup lapang, bibir yang mengukir senyuman ekoran Allah SWT Allah membersihkan kamu dengan keputusan Mahkamah. Juga kerana Allah SWT memberi kesayangan manusia dan penghormatan rakyat kepada kamu”
 
Qaradhawi menambah lagi, “kesayangan dan penghormatan rakyat Malaysia yang mereka berikan kepada kamu ini tidak akan berlaku kecuali kesungguhan kamu dalam politik dan usaha melakukan perubahan (Islah)”

Tuesday, January 10, 2012

Hutang negara dan GDP sama menjelang 2019 jika Putrajaya terus boros, kata pakar ekonomi

KUALA LUMPUR, 10 Jan — Hutang Malaysia akan mencecah 100 peratus Keluaran dalam negara kasar (KDNK) menjelang 2019 sekiranya Putrajaya berterusan meminjam lebih daripada hasil pendapatan, kata pakar ekonomi.

Bekas pengarah ekskutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER)  Mohamad Ariff Abdul Kareem mengingatkan bahawa kadar perolehan pendapatan kerajaan pusat terlalu perlahan dan tidak mampu membayar pinjaman yang meningkat 53.1 peratus KDNK pada 2010.

Beliau berkata jumlah hutang ditanggung kerajaan tidak terlalu besar namun kadar pertumbuhan dalam beberapa tahun kebelakangan ini menimbulkan kebimbangan.

Nisbah hutang-KDNK meningkat dari 41.1 peratus pada 2008 kepada 53.1 peratus pada 2010 manakala hutang kerajaan bertambah 14.6 peratus pada 2008 dan 18.3 peratus pada 2010, jauh mengatasi pertumbuhan KDNK negara, tambah Mohamad Ariff.

“Jika tiada perancangan untuk mengubah trend ini dalam perbelanjaan dan hasil negara, hutang negara akan mencecah 100 peratus KDNK menjelang 2019.

Kalau pada tahun 2004, hutang negara berada pada paras RM217 bilion. Walaubagaimnapun, sehingga tempoh Jun 2011 sahaja, hutang negara Malaysia telah meningkat 2 kali ganda sehingga menyebabkan hutang kerajaan persekutuan mencecah RM437.2 bilion atau 52.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Dalam perkataan mudahnya, pembentangan Bajet 2012 adalah merupakan bajet defisit.

  • Jumlah hutang negara Malaysia : RM437.2 bilion (52.7 % daripada KDNK)
  • Hutang dalam negara : RM421 bilion (96.3 % daripada keseluruhan hutang negara)
  • Hutang luar negara : RM16.2 bilion (3.7 % daripada keseluruhan hutang negara)

Sekiranya hutang kerajaan persekutuan berkembang pada kadar RM50 bilion setahun, tidak mustahil hutang negara Malaysia boleh mencecah RM1 trilion (RM1,000,000,000,000) menjelang tahun 2020.


Ubah sekarang sebelum parah...

Monday, January 9, 2012

Pasca Pembebasan Anwar

 Apakan kemungkinan yang akan berlaku sepelas pembebasan Anwar? Segalanya mungkin....
  1. Adakah pendakwaraya akan membuat rayuan dan memanjangkan semula kes ini?
  2. Adakah Najib cuba menjadi jaguh bagi mengatakan bahawa Mahkamah telah bebas? Ini akan dijaja bagi menafikan ada unsur tekanan terhadap mahkamah.
  3. Adakah UmNo masih berkeras dan berdegil mengatakan sebaliknya. Anwar bebas atas sebab teknikal....!
  4. Ataupun mungkin akan ada kes baru terhadap Anwar....
Ataupun
  1. Pakatan Rakyat semakin mendapat kepercayaan dan kekuatan.
  2. Masyarakat akan menemplak UmNo kerana mendahului Mahkamah dalam menuduh Anwar.
  3. Rakyat bersimpati terhadap apa yang dilalui oleh Anwar dan keluarganya.
  4. Anwar akan gempur seluruh negara untuk kemenangan PRU13.
  5. Insyallah Pakatan Rakyat menang PRU13....
  6. ....dan Anwar menjadi PM.

Anwar TIDAK Bersalah

Maklumat awal yang diperolehi Anwar didapati TIDAK bersalah... 

Anwar mengucapkan alhamdulillah dan berkata kebenaran akhirnya dapat ditegakkan. “Saya berterima kasih kepada Wan Azizah dan keluarga kerana menyokong dan juga barisan peguam. “Saya akhirnya dibebaskan selepas diaibkan sedemikian,” katanya di luar mahkamah.

Beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan pemimpin Pakatan dan ahli-ahli serta orang ramai yang menyokongnya. Katanya, agenda reformasi bagi menentang rasuah dan kebebasan media mesti diteruskan.