Tuesday, January 10, 2012

Hutang negara dan GDP sama menjelang 2019 jika Putrajaya terus boros, kata pakar ekonomi

KUALA LUMPUR, 10 Jan — Hutang Malaysia akan mencecah 100 peratus Keluaran dalam negara kasar (KDNK) menjelang 2019 sekiranya Putrajaya berterusan meminjam lebih daripada hasil pendapatan, kata pakar ekonomi.

Bekas pengarah ekskutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER)  Mohamad Ariff Abdul Kareem mengingatkan bahawa kadar perolehan pendapatan kerajaan pusat terlalu perlahan dan tidak mampu membayar pinjaman yang meningkat 53.1 peratus KDNK pada 2010.

Beliau berkata jumlah hutang ditanggung kerajaan tidak terlalu besar namun kadar pertumbuhan dalam beberapa tahun kebelakangan ini menimbulkan kebimbangan.

Nisbah hutang-KDNK meningkat dari 41.1 peratus pada 2008 kepada 53.1 peratus pada 2010 manakala hutang kerajaan bertambah 14.6 peratus pada 2008 dan 18.3 peratus pada 2010, jauh mengatasi pertumbuhan KDNK negara, tambah Mohamad Ariff.

“Jika tiada perancangan untuk mengubah trend ini dalam perbelanjaan dan hasil negara, hutang negara akan mencecah 100 peratus KDNK menjelang 2019.

Kalau pada tahun 2004, hutang negara berada pada paras RM217 bilion. Walaubagaimnapun, sehingga tempoh Jun 2011 sahaja, hutang negara Malaysia telah meningkat 2 kali ganda sehingga menyebabkan hutang kerajaan persekutuan mencecah RM437.2 bilion atau 52.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Dalam perkataan mudahnya, pembentangan Bajet 2012 adalah merupakan bajet defisit.

  • Jumlah hutang negara Malaysia : RM437.2 bilion (52.7 % daripada KDNK)
  • Hutang dalam negara : RM421 bilion (96.3 % daripada keseluruhan hutang negara)
  • Hutang luar negara : RM16.2 bilion (3.7 % daripada keseluruhan hutang negara)

Sekiranya hutang kerajaan persekutuan berkembang pada kadar RM50 bilion setahun, tidak mustahil hutang negara Malaysia boleh mencecah RM1 trilion (RM1,000,000,000,000) menjelang tahun 2020.


Ubah sekarang sebelum parah...

No comments: