Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) diteruskan. Hari ini sebahagian lagi waris warga emas yang telah meninggal dunia mendapat wang tunai RM2,500. Sudahkah anda mendaftar? Bagaimana dengan ibu bapa anda, saudara anda, jiran anda dan kenalan anda.....
Dengan usia kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang belum sampai satu penggal pelbagai program kebajikan kepada rakyat Selangor telah dilaksanakan. Kami mengharapkan kerajaan Pakatan ini terus kekal memerintah Selangor bagi membolehkan banyak lagi program-program kemasyarakatan dilaksanakan.
Inilah kerajaan yang dituduh oleh UmNo bakal membengkrapkan negeri Selangor. Namun setelah 3 tahun berlalu, inilah sebenarnya kerajaan yang amat ditakuti oleh UmNo. Kerajaan yang membuka mata seluruh rakyat bahawa banyak yang kerajaan sebenarnya boleh melaksanakan pelbagai program kebajikan untuk rakyat.
Kekayaan negeri adalah untuk rakyat bukan untuk segelintir pemimpin-pemimpin UmNo sahaja. Cukuplah dengan kes Khir Toyo dan rakan-rakan seperjuangan....
Banyak lagi yang boleh dilaksanakan... berilah kerajaan Pakatan Rakyat ini satu lagi penggal... Nescaya anda akan melupakan UmNo buat selama-lamanya.
No comments:
Post a Comment