Melalui Telegraf, Dr Yusuf
al-Qaradhawi mengucapkan tahniah dengan kejayaan Anwar Ibrahim, Bekas
timbalan Perdana Menteri yang merupakan Ketua parti Keadilan rakyat
dengan keputusan mahkamah yang membersihkan dari tohmahan fitnah
terhadap beliau.
Berkata Pengerusi Kesatuan ulama muslimin menerusi telegrafnya,
“Kami utuskan kepada kamu dengan hati yang dipenuhi kegembiraan, dada
yang cukup lapang, bibir yang mengukir senyuman ekoran Allah SWT Allah
membersihkan kamu dengan keputusan Mahkamah. Juga kerana Allah SWT
memberi kesayangan manusia dan penghormatan rakyat kepada kamu”
Qaradhawi menambah lagi, “kesayangan dan penghormatan rakyat
Malaysia yang mereka berikan kepada kamu ini tidak akan berlaku kecuali
kesungguhan kamu dalam politik dan usaha melakukan perubahan (Islah)”
No comments:
Post a Comment