Tuesday, January 31, 2012

Kedamaian Untuk Palestine

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi mengingatkan para pimpinan bahawa “Israel adalah sebuah entiti haram.”

“Ia terlalu besar dosanya terhadap ummat Islam seaqidah meskipun kita berada jauh di Tanah Melayu,” tegas beliau.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pula menegaskan pendirian PAS yang tidak mengiktiraf kewujudan Israel.

“Mereka mendapat tanah itu secara kejam, membunuh dan menghalau rakyat Palestine daripada buminya sendiri. Bukan menjajah, tapi secara merampas secara kejam bersama tentera Haganah pada tahun 1948.

PAS tidak akan mengiktiraf kewujudan Israel,” tegas beliau.

Naib Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Mahfodz Mohamad menegaskan pendirian Pakatan Rakyat adalah untuk berdiri di tempat orang yang ditindas, dan bukannya yang menindas, di mana dalam isu ini ialah Israel.

“Sejarah telah menunjukkan bahawa untuk meluaskan negerinya, Israel telah menghalau rakyat Palestine keluar daripada tanah mereka ketika peperangan meletus pada 1948.

Ramai rakyat Palestine dihalau keluar dari rumah mereka untuk membuka ruang kepada Israel. Mereka sampai hari ini masih dalam kesusahan. Sebagai warga Muslim, kita mesti bersama mereka, dan bukan sebaliknya,” tegas beliau lagi.

" If Israel does not like the two-state solution, they must treat the historic Palestine as one single state and give the vote to all the people of that state, including in Gaza and the West Bank.  Will the United States vote to accept a Palestinian?  How can the U.S. government claim to accept a two-state solution in Palestine if it does not even recognize the sovereign rights of the Palestinian people?  Why are the Palestinians forced to accept Israel as a Jewish state when the United States and Britain do not accept the national rights of the native non-Jewish population?"

No comments: