Mungkin ada yang perasan baru-baru ini BN mula pasang banner kempen tutup tol Grnad Saga. Masa Najib datang bulan Puasa hari tu pun mereka dah mintak supaya tol ditutup tapi sampai sekarang kita masih lagi bayar tol. Adakah dengan naiknya banner ini menandakan tol nak tutup kalau tak pun pilihanraya dah dekat.
Sepatutnya kalau BN nak komplen... pasanglah banner kat depan pejabat Najib. Gantung kat Langat bukan boleh buat apa..... Ataupun mereka nak kata... kalau tol tak tutup orang Langat akan pakat ramai-ramai pangkah PAS.
Begitu juga banner BR1M (RM500)dah banyak dipasang... siap dengan 'Tahniah Kepada Penerima Bantuan BR1M'. Memerintah lebih 50 tahun baru ingat kat orang susah. Cuma yang tak sedapnya bila ucap tahniah seolah-olah.... TAHNIAH KERANA PENDAPATAN ISIRUMAH ANDA CUMA RM3,000.00 SAHAJA.
No comments:
Post a Comment