Kalau nak bercerita politik sampai kiamat pun tak sudah. Maklumlah kita lahir sampai sekarang masih lagi hidup dibawah kekuasaan BN. Cuma beberapa negeri bernasib baik merasa perubahan angin pemerintahan. Yang lain masih mengharap sesuatu yang terbaik akan berlaku.
Kali ini kita berbicara tentang kemudahan asas yang telah di jual kepada pemegang konsesi lebuhraya oleh UmNo melalui pelbagai nama dan syarikat. Kalau ada lebih raya pun tidak memberi kemudahan kepada pengguna baik tak payah ada lebuhraya. Dan kalau kerajaan tak buat lebuhraya pula.... riwayat UmNo akan berakhir lebih cepat.
Semua orang berbicara tentang kesesakkan lalu lintas di musim perayaan. Banyak cadangan yang telah dibuat namun kita tidak melihat penyelesaiannya. Kalau kita bagi kat UmNo nanti pelbagai senarai perunding yang akan muncul. Duit habis berjuta tapi sia-sia tiada hasil. Yang pasti pemegang konsesi tol untung berbilion-bilion.
Mari kita lihat kenapa berlaku kesesakkan. Jalan raya sesak kerana kenderaan bergerak perlahan. Kenapa kenderaan bergerak perlahan?
- Berlaku kemalangan.... yang ni tak boleh tolong. Sabor jer ler...
- Orang memperlahankan kenderaan kerana ada kenderaan dihadapan yang dipandu perlahan. Ni memang nak kena sumpah.
- Sengaja memandu perlahan di lorong tengah tanpa memperdulikan orang memotong kanan dan kiri.... Sah kena maki percuma.
- Pemandu memperlahankan kenderaan untuk masuk kawasan rehat atau persimpangan... yang ini ada penyelesaian.
- Kesesakkan di tol melimpah sehingga ke lebuhraya.
- Pemandu memperlahankan kenderaan kerana memberi ruang orang lain masuk ke lebuhraya... Ini juga ada penyelesaian.
- Pemandu memperlahankan kenderaan kerana melihat kemalangan di jalan bertentangan arah.... Ini memang m#$%&*& ayun.
Cukuplah senarai ini dahulu....
Apa pula penyelesaiannya?
- Polis patut mengambil tindakkan kepada mereka yang tak reti memandu dan memandu perlahan di lorong tengah.
- Polis sepatutnya lebih menumpukan kepada operasi terhadap mereka yang memandu secara melulu dan membahayakan pemandu lain termasuk juga kepada mereka yang memandu di lorong kecemasan.
- Tambah keluasan dan jumlah kawasan rehat terutama sekali di kawasan yang kerap mengalami kesesakan. Jumlah tandas yang sesuai bagi menampung pengguna yang ramai.
- Jarak tol yang dekat dengan lebuhraya menyebabkan kesesakkan melimpah dan menyebabkan kesesakkan yang tidak sepatutnya di lebuhraya. Sediakan ruang yang sesuai dengan memindahkan pondok tol atau memanjangkan laluan susur keluar.... 1 km jika perlu.
- Jarak yang terlalu pendek susur masuk ke lebuhraya menyebabkan kenderaan tidak dapat mencapai hadlaju yang sesuai. Akibatnya mereka masuk ke lebuhraya dengan kelajuan 80km/j. Akibatnya lorong kiri menjadi amat perlahan. Jarak 500 meter adalah paling sesuai supaya kenderaan mampu masuk ke lebuhraya dengan mencapai kelajuan 110km/j.
- Elakkan dari kenderaan berat atau kenderaan perlahan dari masuk ke lebuhraya semasa waktu puncak.
- Mungkin sampai masanya kelajuan perlu ditingkatkan dari 110km/j kepada 140km/j. Terutama kawasan yang mempunyai tiga lorong dan jalan lurus.
Terakhir sekali..... sudah sampai masanya kita jadikan kecekapan pemandu memandu dengan kelajuan 110km/j sebagai salah satu keperluan sekolah memandu.... Bukan lagi 40km/j sahaja.
Bukan sesuatu yang baru, namun kesungguhan perlu bagi sama-sama menangani masalah di setiap kali cuti panjang ini.
No comments:
Post a Comment