Kawasan pelupusan sampah berhampiran Pinggiran Delima di jalan menghala ke Ampang telah terbakar malam tadi. Anggota telah bomba dikejarkan ketempat kejadian untuk memantau keadaan.Kebakaran tersebut terus berlanjutan hingga pagi ini.
Adalah tidak munasabah kawasan yang sepatutnya menjadi kawasan hijau menjadi pusat pelupusan sampah... Lebih-lebih lagi berhampiran dengan penempatan.
Tempat yang sama telah beberapa diserbu, disita dan ditutup..... namun akhir-akhir ini aktif kembali.
Pada permulaan ia adalah tempat pembuangan tanah, batu dan bahan binaan. Namun pemerhatian yang dibuat segala bentuk sampah masuk ketempat ini termasuklah sampah domestik. Kebakaran malam tadi mengesahkah bahawa tempat ini menjadi pusat pembuangan sampah domestik.
Akibat dari pemgumpulan gas methane maka menjadikan kawasan tersebut mudah terbakar dam amat sukar dipadamkan.
Diharapkan selepas kejadian ini diharapkan tempat ini akan ditutup dengan segera.
Berhampiran tempat yang sama juga terdapat kejadian tanah runtuh yang menyebabkan sebahagian dari jalan Ampang ke Langat terjejas.
No comments:
Post a Comment