Friday, January 20, 2012

DAP: Pengendali lebuh raya tol untung 'Maha Firaun'

Adakah lebuhraya ini dijadikan lubuk emas dan penyumbang besar dana pilihanraya UmNo dan BN sehingga susah sangat kerajaan BN untuk merombak sistem dan bayaran tol untuk semua lebuhraya di negara ini. Esok bermula cuti panjang Tahun Baru Cina..... maka dijangkakan lebuh raya seluruh negara akan sesak dan padat dengan kenderaan. Bayangkan berapa RATUS JUTA sahaja kutipan dibuat semasa musim perayaan? Dijangkakan lebih dari 1 juta kenderaan akan memenuhi jalanraya sepanjang musim perayaan ini. Ini belum lagi sekiranya semua 21 juta kenderaan yang berdaftar bergerak disekuruh jalan-jalan di negara ini.....

Lebuhraya yang sepatutnya menjadi kemudahan dan melancarkan perjalanan tidak ubah macam KL diwaktu puncak. Sesak hingga tidak bergerak. Ini ditambah lagi tempat rehat yang tidak mencukupi sehingga ada yang solat ditepi jalan raya. Kepada mereka yang hendak balik kampung dinasihatkan untuk membawa air, tikar dan sejadah untuk memastikan kita dapat melaksanakan tanggungjawab kita dengan sempurna terutama sekali waktu subuh.
Selamat bercuti dan berhati-hati semasa memandu.....

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamad Yakcop untuk berdebat mengenai dakwaan BN bahawa tol di lebuhraya tidak boleh dihapuskan.

Lim berkata beliau bersedia berdebat dengan Nor Mohamed, menteri yang bertanggungjawab menjaga Unit Perancang Ekonomi pada bila-bila masa dan mana-mana tempat berhubung dakwaan kerajaan mengapa beberapa tol yang sedia ada tidak boleh dihapuskan.

“Mengapa kita tak boleh hapuskan tol bila PLUS untung 308 peratus. Mari bahas mengikut isu dan fakta, bukan dengan emosi dan sentiment.

“Dia seorang menteri, saya seorang Ketua Menteri, kami setara. Mari kita berdebat demi kepentingan rakyat,” cabar Lim.

Sebelum ini, Nor Mohamed membuat kenyataan bahawa janji Pakatan Rakyat untuk menghapuskan tol jika mereka berkuasa di Putrajaya sebagai tidak masuk akal.

"Saya sedia berdebat isu ini - 'Mengapa tol yang perlu dihapuskan?’ Ini untung maha besar, untung Maha Firaun atau topik kedua 'Adakah benar Malaysia akan menjadi bankrap jika tol dimansuhkan’,” katanya.

Menurut Lim, beliau berharap Nor Mohamed tidak takut untuk berdebat mengenai isu penting yang membabitkan ekonomi negara kerana katanya, penghapusan tol akan meringankan beban rakyat dan mengurangkan kadar inflasi.

“Saya boleh berdebat di mana-mana sahaja selagi ada liputan televisyen." katanya sambil merujuk peratus keuntungan berlipat kali ganda yang diperolehi dari projek-projek lebuh raya seluruh negara.

Antara yang paling tinggi keuntungannya ialah Lebuhraya Metramac yang mencatat keuntungan 877 peratus daripada kos asal pembinaan yang hanya berjumlah RM45 juta.

Lebih mengejutkan, kata Lim ialah kekayaan yang dikumpul melalui projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang mengaut keuntungan RM 18 bilion, setelah ditolak kos pembinaannya sebanyak RM 5 bilion; dengan tempoh konsesi selama 50 tahun sehingga tahun 2038.

Begitu juga dengan projek lebuh raya KL – Karak yang untung hampir RM1 bilion (202 peratus), diikuti Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dengan keuntungan RM1.6 bilion (149 peratus) berbanding kos pembinaan sekitar RM1 bilion.

“Anak, cucu, cicit kita pun akan terus bayar tol,” kata Lim lagi.

No comments: