Saudara D'Faizal Ilahi Hassan YDP PIBG mengiringi Saudara Mohd Jan Sulong bagi menyerahkan mushaf baru Al-Quraan ke Sekolah Rendah Agama Pekan Bt 14.
Dalam usaha meningkatkan kemahiran dalam pembelajaran Al-Quraan kita perlu berusaha dalam apa juga bentuk berdasarkan keupayaan dan kemampuan. Kepada yang mampu belajar kita belajar, kepada yang mampu mengajar kita mengajar dan kepada yang mampu menyumbang kita menyumbang. Terima kasih yang terhingga kepada yang menyumbang sebanyak 112 mushaf Al-Quraan untuk tujuan pembelajaran anak-anak kita di Sekolah Rendah Agama Batu 14.
Semoga yang menyumbang akan mendapat ganjaran yang besar di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat. Kami menyeru agar lebih ramai lagi yang tampil ke hadapan bagi membantu anak-anak kita belajar dan dalam pada yang sama kita menanam saham untuk akhirat.
Semoga dengan adanya mushaf Al-Quraan baru ini dapat kita meningkatkan keupayaan pembelajaran dan pengajaran... Insyallah.
Saudara Mohd Jan Sulong, Penyelaras JPD juga mengambil kesempat menawarkan pokok-pokok bunga untuk di manfaatkan di sekolah Agama. Diharapkan pihak sekolah dapat menghubungi pengusaha tanaman bunga tersebut untuk memilih pokok yang sesuai untuk ditanam di sekolah.
Kemudiannya, beliau ke sebuah sekolah kebangsaan untuk menyumbangkan sebuah router WiFi Cisco Linksys untuk kegunaan sekolah. Memandangkan sekolah Kebangsaan bukan di bawah pentadbiran kerajaan negeri maka tiada gambar boleh dirakamkan semasa penyerahan. Semoga pihak sekolah menfaatkan kemudahan yang ada untuk kegunaan pembelajaran sekolah dan meningkatkan kemahiran intelektual diri dan anak-anak.
Apa yang diharapkan satu hari nanti semua pihak lebih terbuka termasuk Kementerian Pendidikan dalam memberi ruang kepada masyarakat untuk memberikan sumbangan. Kita tidak mahu politik keterlaluan hingga menjejaskan proses pendidikan anak-anak kita disekolah. Kita difahamkan terlalu banyak kelamahan yang wujud di sekolah kita dari masalah disiplin murid, kekurangan kemudahan infrastruktur, bahan pengajaran dan juga tenaga pengajar. Kalau satu pihak tidak dapat menyelesaikan mungkin satu pihak lagi dapat melakukannya.
Kita sentiasa berharap yang terbaik untuk sekolah anak-anak kita. Generasi inilah yang bakal menggantikan kita satu masa nanti. Sama ada kita suka atau tidak, kita terpaksa dan dipaksa untuk menyerahkan tanggungjawab menjadi khalifah di muka bumi ini kepada generasi anak-anak kita.
Kita doakan agar anak-anak kita berjaya membentuk satu generasi baru dan masyarakat yang lebih baik dari hari ini. insyallah.