Friday, April 27, 2012

Perhimpunan Di Dataran Merdeka Adalah Aman Dan Selamat

Ada yang kata perhimpunan bersih 3.0 tidak boleh diadakan di Dataran Merdeka dengan pelbagai alasan dan justifikasi. Bagi kami Dataran Merdeka adalah lokasi yang paling munasabah dan paling berkesan. Pakatan Pernah mengadakan pelbagai program di Stadium. Bukan sekali, bukan dua kali tapi banyak kali.... Tetapi program tersebut adalah program ceramah dan program munajat. Hanya sekali program bantahan ini dibuat di dalam Stadium Kelana Jaya.

Kenapa kami tidak mahu membuat bantahan di stadium yang dikatakan lebih selamat dan tidak menggangu orang lain? Kepada mereka yang tak faham, tak reti atau buat-buat tak reti... cuba baca ini.....:
  1. Program bersih 3.0 adalah program untuk memberi kesedaran kepada seluruh rakyat dan masyarakat.
  2. Program tertutup hanyalah menyebabkan sebahagian orang sahaja yang sedar sedangkan majoriti tidak sedar.
  3. Bantahan perlu dapat dilihat oleh masyarakat terbanyak dan bukannya penyokong bersih 3.0 sahaja.
  4. Arahan supaya bantahan di stadium adalah bertujuan supaya masyarakat majoriti tidak sedar akan bantahan bersih 3.0 itu sedang berlaku.
  5. Duduk Bantah di Dataran Merdeka adalah aman dan tidak mencetuskan kekacauan sekiranya polis dan DBKL berkerjasama.
  6. Kesesakkan hanya akan berlaku bila rakyat dihalang ke Dataran Merdeka dan mereka terpaksa membuat bantahan di merata-rata tempat.
  7. Bersih 3.0 menjadi kacau bilau dan tidak teratur bila FRU mula menembak gas pemedih mata dan menyembur meriam air.
  8. Peserta bersih 3.0 yang sangat ramai menjanjikan peluang perniagaan dan keuntungan yang lebih kepada  peniaga di sekitar Kuala Lumpur.
Kenapa pula pimpinan BN nak halang bersih 3.0?
  1. Kehadiran penyokong bersih 3.0 yang ramai menyusahkan Najib mengistiharkan pilihanraya ke 13.
  2. Bila dibuat di Dataran Merdeka semua orang menyaksikan jumlah yang hadir itu terlalu ramai maka mereka tidak bolah tipu kata yang datang cuma 500 orang sahaja.
  3. Semangat untuk hadir ke Dataran Merdeka lebih tinggi dan memungkinkan cecah 500,000 orang.
  4. BN nak kumpul 50,000 orang pun payah lebih-lebih lagi kalau tak ada bayaran dan persembahan konsert.
  5. BN takut hilang kuasa.
  6. BN takut hilang sokongan dan pengaruh.
  7. BN ingat orang lain orang lain bodoh macam dia.
Maka tak payahlah merapu dan membuat pelbagai alasan sedangkan Menteri Dalam Negeri dah kata bersih 3.0 bukan ancaman keselamatan kepada rakyat dan negara.

No comments: