Sunday, April 29, 2012

Ikon Bersih 3.0?


Maka seluruh 'lidah' UmNo mengambarkan keganasan perhimpunan Bersih 3.0 dengan meletakkan kisah kereta terbalik ini di muka depan akhbar-akhbar mereka. Seolah-olah inilah kisah pokok yang berlaku dalam perhimpunan itu. Diberi gambaran bahawa peserta Bersih 3.0 berhimpun untuk merosakkan harta awam dan menggangu ketenteraman awam.

Kisah yang cuba disembunyikan adalah jumlah peserta yang mencecah 300,000 dan menyebabkan jalan penuh sesak dan tidak mampu menampung jumlah peserta yang terlalu ramai. Sekiranya DBKL cerdik nescaya mereka ini dikumpul semua mereka ini di Dataran Merdeka supaya lebih teratur dan mudah dikawal.

Kembali kepada kisah kereta polis yang diterbalikkan tersebut.... pelbagai persoalan timbul dan perlu siasatan segera dibuat.
  1. Apakah yang berlaku sebelum incident ini berlaku?
  2. Kenapa kereta tersebut di pandu dengan laju ditengah-tengah orang awam yang masih ramai di jalanraya?
  3. Kenapa kereta tersebut menjadi sasaran orang awam?
  4. Siapakah sebenarnya yang memandu kereta tersebut?
  5. Siapakah orang yang memakai topi keledar, berbaju T dan berseluar pendek yang dipukul orang ramai semasa insiden itu berlaku? Adakah beliau yang memandu kereta polis itu? Kenapa boleh jadi macam tu?
  6. Kenapa kisah kereta tersebut merempuh orang awam tidak diberitakan?
Sehubungan itu kami mendesak satu siasatan dibuat dan menghadapkan mereka yang bersalah ke mahkamah. Bukti dan video banyak terdapat di internet. Sekarang ini masa untuk bertindak.

No comments: