Saturday, April 28, 2012

Adakah Ini Yang Dibimbangkan Oleh UmNo?







Mungkin inilah yang dibimbangi oleh pimpinan UmNo berlaku di Dataran Merdeka. Mereka bimbang separuh dari peserta Bersih 3.0 mengambil air sembanyang dengan sebotol air dan kemudian berjemaah beramai-ramai dibawah terik matahari beralaskan rumput untuk sujud kepada Allah tuan yang punya alam ini..... termasuk Dataran Merdeka ini berimamkan Tok Guru..... ataupun sekadar berimamkan seorang insan kerdil dari Unit Amal.

Bukankah itu yang sepatutnya digalakkan oleh pimpinan negara. Pemimpin yang mendakwa negara ini adalah sebuah negara Islam. Hari ini Bersih 3.0 menunjukkan kepada seluruh dunia bahawa kita adalah orang yang berdisplin, rasional dan orang yang patuh kepada perintah Allah.... Budaya inilah yang patut di terapkan kepada seluruh umat Islam di negara ini... Solat jangan tunggu ada paip air.... jangan tunggu ada masjid dan surau... Jangan tunggu ada sejadah dan kain pelikat.


No comments: