Saturday, April 28, 2012

Kenapa Perlu Tembak Gas Pemedih Mata dan Meriam Air?







Adakah peserta Bersih 3.0 nak masuk Dataran Merdeka untuk cabut semua rumput yang ada. Adakah mereka nak masuk untuk gali Dataran Merdeka? Adakah mereka hendak masuk Dataran Merdeka kerana nak memusnahkan tiang bendera atau mengganti bendera Malaysia dengan bendera kuning? Adakah mereka ini masuk untuk tujuan merosakkan bangunan Sultan Abu Samad?

Ataupun mereka ingin  masuk ke Dataran Merdeka kerana peserta telah mencecah ratusan ribu orang dan jalan-jalan sekitar tidak lagi mampu untuk menampung mereka. Sedangkan peserta orang perseorangan dan kumpulan terus berpusu-pusu menyertai kumpulan yang besar ini. Sekiranya mereka terus berada dijalanan maka seluruh Kuala Lumpur terpaksa ditutup. Maka perkara yang paling munasabah adalah memindah perserta Bersih 3.0 ini ke Dataran Merdeka.

Ataupun mereka ini memilih untuk balik kerana tempat terlalu sesak.... Itulah yang telah berlaku. Menjelang 2.30 petang sebahagian peserta mula beransur pulang bagi memberi peluang kepada pasukan baru masuk ke kumpulan yang berkumpul itu.

Sekiranya mahkamah memutuskan bahawa masuk kawasan Dataran Merdeka adalah satu kesalahan kenapa tidak ditangkap sahaja mereka ini? Kenapa perlu di gas dan disembur meriam air. Kalau tak mampu untuk menangkap atau trak yang ada tak mampu mengangkut mereka ini maka pertimbangan seterusnya yang paling munasabah adalah membiarkan mereka berkumpul di Dataran Merdeka. Bagi mereka masa dan mereka akhirnya akan balik akhirnya.

Persoalan yang lebih besar pula kenapa perlu mengejar mereka ini dengan trak meriam air. Bukankah tujuan asalnya hanyalah untuk 'mempertahankan' Dataran Merdeka? Adakah itu sebenarnya kenapa banyak kedai-kedai tutup. Apakah pekedai sudah tahu bahawa serangan gas dan meriam air ini akan dilaksanakan. Sama ada keperluan atau tidak apa yang diperlukan hanyalah sedikit ketegangan maka mereka terus menyerang semua peserta Bersih 3.0.

Perlukan itu semua?

No comments: