Saturday, April 28, 2012

Memertahankan Dataran Merdeka Untuk Siapa.. Untuk Apa...?




Untuk apa memertahankan Dataran Merdeka.... Untuk siapa mempertahankan Dataran Merdeka?

Sejak awal pagi sudah berkumpul penyokong bersih 3.0 di hadapan simpang menuju Dataran Merdeka di hujung Jalan Tun Razak. Pelbagai bangsa, keturunan, agama dan latarbelakang berkumpul menuntut pilihanraya yang lebih adil untuk semua pihak.... Termasuk kepada BN.

Namun ada seseorang telah membuat keputusan untuk menghalang peserta Bersih 3.0 dari masuk kawasan Dataran Merdeka. Kenapa keputusan tersebut dibuat? Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui. Namun kita faham bahawa sekiranya peserta berjaya memenuhkan Dataran Merdeka maka satu aib yang amat besar terhadap pimpinan UmNo terutama Najib.

Atas pertimbangan tersebut maka pelbagai helah 'bodoh' dan tak masuk akal termasuk mempergunakan dan menjadikan DBKL sebagai perisai untuk menyorok dibelakang. Akibatnya DBKL terpaksa menzahirkan 'kebodohan' pimpinan UmNo dan menghalang peserta Bersih 3.0 dari masuk ke Dataran Merdeka.

Apa ruginya atau mudaratnya kalau peserta Bersih 3.0 masuk Dataran Merdeka? Adakah apabila mereka ini memasuki Dataran Merdeka Najib akan hilang kuasa? Sebagaimana yang berlaku kepada Hosni Mubarak apabila rakyatnya menguasai Tahrir Square.... Pastinya peserta Bersih 3.0 jauh lebih cerdik dari itu.

Majoriti yang datang adalah dikalangan mereka yang mempunyai kesedaran yang tinggi. Mereka yang faham tanggungjawab terhadap negara dan mahukan sebuah negara yang lebih baik dan adil. Mereka inilah yang disebut oleh Tun Mahathir orang cendikawan yang masuk 'Pembangkang' yang mengakibatkan mereka-mereka yang tak cerdik yang tinggal menyokong UmNo.

Mereka yang tak cerdik inilah yang menimbulkan belbagai kekacauan dan ketegangan dalam masyarakat dan hubungan antara kaum dan agama di Malaysia. Mereka inilah yang tidak sedar diperbodohkan dan menunjukkan aksi yang keterlaluan dalam negara ini. Mereka yang tak cerdik inilah yang berkumpul membentuk pelbagai NGO yang konon-kononnya mempertahankan kepentingan kelompoknya.

Mereka inilah yang tidak sedar bahawa kerosakkan dalam negara dan masyarakat ini di sebabkan oleh kepimpinan negara yang di kuasai oleh UmNo dan BN. Oleh kerana mereka ini tak cerdik dan sanggup diperbodohkan maka mereka ini buat kerja tanpa berfikir... Mereka hanya mempertahankan perut dan bawah perut (memetik kata bekas S/U UmNo bahagian Sri Gading).

No comments: