Adakah hanya kerana masuk Dataran Merdeka boleh di perlakukan sedemikian rupa? Habis sebelum ini berjuta orang masuk Dataran Merdeka kenapa tak sembur mereka? Adakah mereka ini melakukan jenayah? Adakah mereka ini merusuh? Adakah mereka ini menyerang Polis? Adakah mereka ini memusnahkan harta awam? Adakah mereka ini membahyakan orang awam?
Jangan cuba memberi alasan sehingga memperlihatkan kebodohan diri.... Sebelum ini orang sangka anggota polis yang melancarkan serangan kepada orang awan hilang pertimbangan... Kini Ketua Polis KL pun tak jauh bezanya...
Ini semua adalah akibat kedegilan pihak yang berkuasa dan kerajaan bagi membenarkan peserta berhimpun di Dataran Merdeka. Selepas ini marilah kita mendesak kerajaan mewartakan Dataran Merdeka sebagai kawasan larangan... Semua orang tak boleh masuk dan menggunakannya termasuk Najib dan konco2nya.

_____________________________________________
Polis perjelas sebab guna gas, meriam air
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh menjelaskan, pihaknya terpaksa menggunakan meriam air dan gas pemedih mata kerana peserta BERSIH merempuh polis untuk menuju ke Dataran Merdeka.
"Kumpulan berkenaan terus bergerak untuk memasuki Dataran Merdeka, pihak polis melepaskan gas pemedih mata untuk menghalang kemaraan peserta perhimpunan, sehingga kini pihak polis masih mengawal keadaan," katanya dalam kenyataan pada jam 5.30 petang.
Mohmad berkata, setakat jam 2.55 petang, perhimpunan terkawal dan tiada sebarang perkara tidak diingini.
Bagaimanapun, katanya, selepas pemimpin pembangkang dan NGO berucap, beberapa peserta membaling pelbagai objek ke arah polis dan merempuh halangan polis.
Kejadian itu, katanya, berlaku di tempat perintah larangan mahkamah di persimpangan Jalan Tun Perak/Jalan Tunku Abdul Rahman.
Keadaan itu, tambahnya, membuatkan polis terpaksa melepaskan tembakan air.

No comments:
Post a Comment