Sedikit liputan berkenaan kejadian ribut yang melanda Kampung Lubuk Kelubi di Hulu Langat kira-kira jam 4.45 petang Ahad 1hb April 2012. Ianya bermula dengan hujan lebat selama 10 minit dan disusuli ribut kencang kira-kira 5 minit sahaja. Namun begitu dianggarkan 17 buah rumah terjejas dan 2 buah dihempap pokok besar yang tumbang.
Bermula jam 5 petang para petugas Jabatan AMAL DUN Dusun Tua dan Hulu Langat telah memulakan tugas membantu kerja-kerja membersih terutama memotong pokok tumbang yang menghempap rumah sekaligus membersih. Jabatan Amal Alhamdulillah bersama membantu pihak Bomba yang juga mendapat sokongan pihak Bomba Sukarelawan Hulu Langat.

Pimpinan yang turut hadir membantu, Sdr Sofian Othman Ketua Majlis Pemuda DUN Dusun Tua, Sdr Shahmior Kosim Ketua Dewan Pemuda PAS Hulu Langat, Haji Ramli Yunan Ketua Kg Bt.18 yang turut hadir membantu rakan sejawat En. Zulkifli Lajis Ketua Kampung Padang yang ditimpa kejadian ribut ini.
Operasi pembersihan ditangguhkan jam 10.00 malam oleh pihak bomba atas sebab keselamatan dan diucapkan terima kasih kepada semua tenaga AMAL yang hadir membantu penduduk kampung yang ditimpa ujian ini. Takbir..!
No comments:
Post a Comment