Monday, April 23, 2012

Penduduk Kg Bahagia dan Kg Sg Makau Mendapat Hakmilik

Hulu Langat 22 April 2012 : Penantian yang begitu lama berkhir apabila pada hari ini apabila seramai 55 penduduk dari Kampung Sg Makau Hulu Langat dan 29 penduduk dari Kampung Bahagia Bangi menerima Surat Notis 5A dari Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Dengan adanya surat tersebut maka mereka kini menjadi pemilik sah kepada tapak kediaman tersebut.

Kegembiraan jelas terbayang di wajah penduduk selepas menerima surat hakmilik tersebut. Penantian selama lebih 20 tahun dan pelbagai janji ditabur oleh kerajaan terdahulu kini berakhir. Penduduk menyampaikan penghargaan terhadap Kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor yang telah berjaya menyelesaikan masalah mereka.

Menurut Tan Sri Khalid, kerajaan negeri telah menyelesaikan masalah hakmilik tanah lebih dari 10 ribu penduduk di seluruh Selangor dan mereka kini sudah menerima notis borang 5A atau surat kelulusan pemberimilikan tanah, menerusi program kediaman persendirian. Adalah menjadi polisi kerajaan negeri untuk memberi hak kepada semua penduduk negeri Selangor tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.

Program tersebut bukan sahaja memudahkan proses pemberian hakmilik, malahan memberikan diskaun di atas premium tanah sehingga 40 peratus.

Dalam pertemuan itu juga YB Dr Che Rosli dan Ketua Kampung Sg Makau Saudara Choong  sempat menyentuh masalah penduduk sentepat yang berhadapan dengan masalah tekanan air yang rendah. begitu juga bantuan RM1,000 yang dijanjikan oleh kerajaan negeri.

























No comments: