Dengan pembinaan trowong besar ini (5.2 meter diameter) diharapkan ianya bukan sahaja memberi manfaat kepada penduduk Lembah Kelang tetapi juga memacu pembangunan ekonomi kawasan DUN Dusun Tua. Terowong itu bermula di Karak dan berakhir di Taman Perkasa.
Lumrah projek besar seperti ini, ianya tidak lepas dari masalah terutama apabila projek ini melibatkan proses membersihkan dan penarahan bukit. Akibatnya beberapa penduduk di Kampung Padang dan Sungai Congkak telah terjejas akibat masalah pencemaran air dan banjir lumpur. Ianya bukan sahaja merosakkan harta benda seperti rumah penduduk tetapi juga tanaman, ternakkan ikan dan juga kawasan rekriasi Sungai Congkak.
Terpanggil dengan masalah itu Pengarah MTD yang juga Ahli Majlis MPKj saudara Mohd Jan Sulong telah mengadakan pertemuan antara penduduk dan mereka yang terlibat dengan projek seperti Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan semua agensi yang terlibat.
Selepas daripada dialog dengan penduduk dan lawatan tapak projek, sidang akhbar telah dibuat untuk menjelaskan kepada media tentang maslah yang dihadapi dan langkah-langkah yang sedang dan akan diambil. Antara perkara yang akan diambil perhatian adalah seperti:
- Bekalan air minum dan keperluan penduduk yang tercemar
- Kolam takungan lumpur yang tidak padan dengan saiz projek
- Kolam takungan lumpur tidak pernah diselengara dan dicuci
- Kawasan pembinaan yang terlalu hampir dengan rumah penduduk
- Banjir lumpur
- Saiz longkang yang terlalu kecil
- Tanah runtuh
- Pencemaran Sungai Congkak
- Kehilangan sumber pendapatan pengusaha pelancongan
- Pampasan kepada penduduk yang mempunyai gran tanah dan yang tiada gran.
- Kerosakkan jalan kampung
- Rumah retak
- Kemusnahan kolam ikan dan kehilangan induk ikan seperti kelah dan baung.
1 comment:
Mad jan...bakal calon pas PU13..semangattttt!!
Post a Comment