Tuesday, November 3, 2009

Ahli Parlimen Sabak Bernam mengaku tidak bersalah ke atas lapan pertuduhan rasuah

YB Datuk Abdul Rahman Bakri hari ini mengaku tidak bersalah ke atas lapan pertuduhan rasuah kerana mengemukakan invois mengandungi butiran palsu bagi melaksanakan satu program yang tidak diadakan ketika beliau menjadi ADUN.

Hakim Syafeera Mohd Said menetapkan 14 Disember ini sebagai tarikh perbicaraan. Beliau dibebaskan dengan ikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin.

YB Datuk Abd Rahman Bakri merupakan Ahli Parlimen Sabak Bernam, Selangor dari UMNO. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Parti Keadilan Rakyat, Dr. Badrul Amin Bahron (PKR) (10,720) dengan majoriti sebanyak 1,335 undi. Beliau memperolehi 12,055 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 10,720 undi.

No comments: