Menjenguk perlembagaan UM NO... Cuma saya hairan selepas lebih 50 tahun negara merdeka Mahkamah Syariah masih lagi tak ada kakitangan yang berkelayakkan untuk melaksanakan hukum sebat menurut syariat Islam. Sila rujuk kes Kartika. Kini mereka membuat pelbagai alasan dan dalih untuk tidak melaksanakan hukum Islam. Apakah kedudukkan Islam dalam perlembagaan UM NO sebenarnya? Apakah UM NO sebenarnya adalah parti kebangsaan (perkauman Melayu) tulin? Di mana letak Islamnya? Adakah sekadar di bibir buat pemanis mulut sahaja? Sedangkan dari segi perlaksanaan tidak dapat dibezakan antara sivil dan syariah.
Apakah Fasal 3.2 itu yang sebenarnya menjadi asas perlembagaan UM NO? Oleh kerena Perlembagaan Malaysia diasaskan oleh Lord Reed maka UM NO sebenarnya mempertahankan perlembagaan lebih dari mempertahankan Islam. Ini adalah kerena menurut perlembagaan negara, mana-mana undang-undang dan peruntukkan yang bercanggah dengan perlembagaan maka undang-undang itu akan terbatal dengan sendirinya..... Sebagaimana peruntukkan
Perkara 4. Undang-undang utama Persekutuan.
(1) Perlembagaan ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu.
Yang ini perlembagaan UM NO:

FASAL 3: ASAS DAN TUJUAN
UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara.
3.1 Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.
3.2 Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.
3.3 Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.
3.4 Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.
3.5 Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.
3.6 Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.
No comments:
Post a Comment