Sudah hampir 2 tahun PRU12 berlalu namun pergolakkan politik negara tidak pernah surut. Di pihak yang menang mereka dalam keadaan tertekan untuk melaksanakan amanah yang diterima semasa PRU 12 dan bagi membuktikan kepada rakyat yang mereka juga boleh dan mampu mentadbir dengan baik.
Sedang di pihak yang kalah, mereka terus meningkatkan usaha untuk mengambil kembali apa yang mereka telah terlepas. Mereka tidak sanggup menerima kekalahan ataupun menjadi pembangkang.....
Akibat tidak mahu akur dengan keputusan rakyat ini, maka hingga kini terlalu banyak isu-isu politik timbul yang dilihat tidak menguntungkan rakyat. Sehingga sebahagian rakyat ada yang yang mula berkata kalau macam ini tak payah tukar pemerintah lagi bagus! Otak pun tak berserabut.
Disinilah kejayaan media perdana dalam memainkan peranan mereka untuk memburukkan musuh politik dan mengelirukan rakyat. Media yang masih dikuasai oleh mereka terus-terusan melaksanakan agendanya untuk memburuk-burukan musuh politiknya hatta terpaksa menulis secara yang tidak telus dan berat sebelah.
Mereka yang berjuang dalam parti mungkin faham apa yang berlaku; tetapi bagaimana mereka yang berada diluar yang hanya membaca akhbar utama dan TV tempatan? Mereka ini mangambil berita dari media perdana umpama menerima wahyu dari tuhan.
Bukan itu sahaja, segala bentuk tekanan diberikan dalam bentuk sekatan dana dan kemudahan pentadbiran tidak diberikan bagi mengambarkan ketidakupayaan musuh mereka. Mereka ini sanggup melihat rakyat susah dan menderita demi mendapatkan kuasa kembali. Ini adalah kerana mereka beranggapan sekiranya mereka kalah lagi dalam PRU13 maka mereka mungkin terpaksa menanti 30 hingga 50 tahun lagi untuk memerintah semula.
Pelbagai tektik dimainkan bagi menggambarkan keburukkan parti politik lawan hingga apabila kita membaca atau mendengar berita seolah-olah negara sedang bergolak seumpama negara jiran atau selatan Afrika. Ataupun mereka cuba mengambarkan perti lawan cerai berai dan tidak mampu memerintah. Justru mereka mengharap rakyat kembali menyokong mereka.
Kenapa ini semua berlaku?.... Jawapannya adalah mudah. Yang kalah tidak mahu menerima kekalahan.
Mereka yang baru hilang kuasa ini akan terus menggunakan segala kemudahan dan jentera yang berbaki yang mereka masih kuasai untuk menjatuhkan lawan. Hingga mereka sanggup membeli orang dengan harga yang tidak mampu ditolak oleh orang yang bertuhankan duit. Mereka sudah bisa mewah dan berkuasa tak kan mereka mahu menjadi rakyat biasa ataupun menjadi pembangkang.
Tatik mengelirukan dan mangaburi mata masyarakat ini akan terus berlangsung hingga mereka ini hilang peluang dan kuasa terus atau mereka menang semula. Tetapi sekiranya dia menang mereka akan mengunakan kuasanya untuk membalas dendam dan menindas mereka yang kalah dan juga mereka yang menyokong parti lawan. Saya yakin ianya akan terus berjalan hinggalah lahat menjemput dia kembali.
Apa faedah yang rakyat dapat dari pergolakkan ini?.... Tak ada! bahkan merekalah yang mengaut keuntungan politik
Ingatlah kini kesedaran rakyat dan sumber maklumat sudah meningkat. Mereka hanya mampu mempengaruhi sebahagian rakyat yang tidak terdedah dengan media alternatif. Ataupun mereka masih disokong oleh golongan yang taksub dengan politik kepartian. Ataupun mereka yang mempunyai sifat perkauman yang sangat tebal. Akibatnya mereka bebal dengan perkembangan zaman dan terkongkong dalam politik sempit.
Perubahan politik perlu diteruskan dan pastinya cabaran akan terus ditingkatkan. Tekanan dari mereka pastinya sudah dijangkakan. Kita juga pasti mereka sanggup menggunakan kaedah 'matlamat menghalalkan cara'.
Kini mereka menggunakan kaedah 'deceiving the enemy' bagi mengaburi mata rakyat. Mereka cuba melalaikan rakyat dan musuh politik dengan pelbagai cara dan isu. Sedangkan mereka sendiri sedang berusaha menyusun operasi bagi memadamkan peluang parti lawan untuk menang dalam PRU13.
Mereka akan menggunakan segala jentera kerajaan yang ada bagi melaksanakan agenda kotor mereka. Mereka akan menggunakan dana pembangunan rakyat bagi kepentingan politik mereka. Hatta mereka sanggup menipu rakyat bagi memastikan imej parti lawan kotor bagi memastikan lawan mereka tewas dalam PRU13.
Masa sudah semangkin suntuk. Rakyat perlu diberi kesedaran. Perkhidmatan kepada rakyat terutamanya di Selangor perlu dipertingkatkan. Biarlah sekiranya kita kalah juga dalam PRU13, khidmat baik dan jasa kita kepada rakyat terus diingati dan disebut sehingga generasi akan datang. Bukan untuk mencari nama hanyalah ingin menabur bakti kepada nusa dan bangsa sementara diberi kuasa dan peluang.
Hari ini mungkin rakyat tidak sedar......, jangan sampai kita hilang dan tidak ada baru mereka berkata 'alangkah baiknya jika dia masih ada'. Pada masa itu segalanya sudah terlambat untuk diubah dan tak dapat kita tolong..................

No comments:
Post a Comment