Monday, November 30, 2009

Surau Al-Falah Indah Jaya - Korban

Alhamdulillah pada tahun ini Surau Al-Falah Taman Indah Jaya berjaya mengadakan program korban bagi membantu ahli kariah yang ingin menyempurnakan ibadat berkorban.

Sebanyak 7 ekor telah ditumbangkan termasuk satu ekor untuk aqiqah. Semua kerja dibuat secara bergotong-royong oleh penduduk setempat. Ibadat korban telah dilaksanakan pada dari raya pertama (Jumaat).

Bak kata pepatah yang ringan sama dijinjing yang berat sama dipikul. Walaupun masa singkat, dengan kerjasama seluruh penduduk yang ada seluruh kerja aqiqah dan korban berjaya diselesaikan sebelum asar.

Program seperti ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan penduduk setempat disamping memesrakan hubungan antara penduduk dan institusi surau. Mudah-mudahan ibadat korban yang dilaksanakan diterima Allah SWA hendaknya. Insyallah.







No comments: