Friday, November 6, 2009

e-mail Pembaca

Saudara Pentadbir Blog MTD Dusun Tua,

Saya sebenarnya mencari satu site untuk saya mendapatkan maklumat berkenaan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh JPD. Pada masa ini hanya ada satu cara untuk saya mengetahui aktiviti-aktiviti tersebut iaitu pergi ke pejabat JPD di Pinggiran Delima. Saya diberitahu bahawa JKKK seharusnya tahu dengan segala aktiviti dan perancangan JPD. Terus terang saya tidak mahu terlalu mengharap pada JKKK di tempat saya (utk maklumat sebegitu) sebab beliau sendiri ada banyak portfolio yang dipegang. Dengan kelebihan dunia cyber, segala maklumat sepatutnya berada di hujung jari saya. Sila rujuk http://pkr-dunbatangkali.blogspot.com/ untuk lebih memahami maksud dan keperluan saya.

Saya ambil satu contoh : solat hajat untuk pelajar SPM yang bakal diadakan hari Jumaat ini. Berapa ramaikah ibubapa di mukim Hulu Langat ini yang tahu mengenai perkara tersebut? Begitu juga dengan kehadiran pelajar cemerlang Nik Madihah sedikit masa dahulu - Kain rentang hanya terdapat di Batu 9 dan tidak di Pekan Langat.

Saya juga berharap maklumat yang terdapat pada site/portal tersebut dapat membantu seseorang dalam membuat perancangan dan keputusan (yang berkaitan). Contohnya, seorang ibu tunggal yang mempunyai anak OKU. Apa yang harus ibu itu buat? Mendaftar diri di mana etc. Mungkin ibu tunggal itu tidak ada capaian internet, tetapi orang seperti saya yang ada capaian internet boleh membantu dengan menyalurkan maklumat tersebut kepada si ibu.

Satu ketika saya fikirkan blog mtddundusuntua adalah site tersebut. Tetapi kebelakangan ini terlalu banyak isu berkaitan politik yang dibangkitkan di situ dan jarang sekali terdapat post mengenai akitivit DUN.

Sekian.

Rozi

No comments: