Wednesday, November 11, 2009

Bai'ah : Antara Realiti dan Sensasi

Seppuku atau harakiri : Nak suruh PAS taruhkan nyawa macam Jepun kuno ke?

PAS sekali lagi digegarkan oleh satu isu sensasi yang menarik perhatian banyak pihak terutama media perdana khasnya musuh politik tradisi PAS iaitu UMNO. Ierbaru isu bai'ah atau janji taat setia atau akaun bersumpah yang mempertaruhkan sesuatu yang amat berharga dalam hidup iaitu perkahwinan.

Dahulu sahabat juga bai'ah dan mereka mempertaruhkan sesuatu yang amat berharga demi mempertahankan Nabi SAW iaitu nyawa mereka. Ini sesuai pada zaman tersebut yang mengkehendaki sahabat untuk turun berperang melawan musuh. Mereka membunuh atau terbunuh di medan jihad. Tetapi kini PAS tidak berperang dan jauh sekali untuk membunuh dan terbunuh dalam pilihanraya. Apa lagi yang boleh dipertaruhkan untuk menunjukkan kesungguhan mereka? Adakah kita nak jadi macam Jepun kuno yang menuntut untuk melakukan seppuku atau harakiri sekiranya kalah dalam peperangan atau memalukan negara atau memalukan parti..... yang mana ianya adalah membunuh diri dan ianya jelas haram.

Bagaimana pula kedudukkan bai'ah menceraikan isteri talak tiga ataupun mungkin istilah yang lebih tepat melafazkan taklik (sekiranya amalan ini wujud) apabila ADUN PAS lompat atau keluar parti ? Apakah ianya wajar atau apakan hukumnya dari sisi agama?

Sebelum saya menjawab perkara tersebut saya ingin mengutarakan satu penjelasan. Dari segi hukum, ini kena bertanya kepada mereka yang lebih arif dan boleh mengeluarkan fatwa iaitu Majlis Fatwa Kebangsaan. Saya lebih suka menbincangkan perkara ini secara teori dan logik. Sekiranya perkara bai'ah ini benar maka ADUN yang hendak lompat parti secara automatik isterinya tercerai dengan talak tiga. Sebelum itu kita perlu mempertimbangkan beberapa senario lagi yang kita perlu lihat:

Senario 1
ADUN PAS yang menang dan tak puas hati kepada parti lalu keluar dari PAS.... Maka secara automatik isterinya tertalak tiga.

Senario 2
ADUN PAS yang menang dan dibeli oleh musuh politik seumpama ADUN Cangkat Jering., Behrang, Jelapang dan Pelabuhan Kelang lalu dia keluar parti..... Maka secara automatik isterinya tertalak tiga.

Senario 3
ADUN PAS melanggar diseplin parti lalu dipecat keanggotaan parti..... Adakah ianya diketegorikan keluar parti? Adakah isterinya tercerai?

Senario 4
ADUN PAS tidak menyokong PR sebaliknya menyokong BN tetapi tak lompat parti? Adakah ini juga diketegorikan keluar parti? Adakah isterinya tercerai?

Sebelum kita menjawab itu semua adalah labih baik kita berfikir dahulu. Jangan hanya kita memandang ianya (bai'ah) tidak pernah dibuat orang maka kita meletakkan ianya zalim, tak berhati perut atau perbuatan bodoh dalam kita sendiri jahil. In the first place, adakah meletakkan diri sebagai calun dalam pilihanraya ini pilihan atau paksaan? Kalau pilihan maka kita boleh memilih untuk bertanding (dengan bai'ah) atau tidak bertanding (tak payah bai'ah). Kalau bertanding sebagai calon PAS itu dipaksakan atas dirinya pula adakah ikrar dalam keadaan seseorang itu dipaksa ianya jatuh hukum?

Marilah kita berlapang dada dalam perkara ini. Media hanyalah memainkan isu ini dan ianya disansasikan bagi memburukkan imej PAS. Akhirnya mereka nak katakan bahawa UMNO itu alim dan lebih baik dari PAS.

Fikir-fikirkan.


No comments: