Thursday, November 19, 2009

Radio Jakim "SALAM FM"

Sudah beberapa bulan saya mengikuti siaran ini semasa memandu pada setiap pagi hari berkerja (Isnin-Jumaat). Slot 7:30 pagi amat menarik kerana mengupas banyak perkara dan isu. Yang lebih menarik minat saya ialah program Tasawur Islam yang disampaikan oleh Ust Shauqi Othman pensyarah kanan UPM. Program setiap hari Khamis 7:30 pagi itu mengupas secara ilmiah dan panjang lebar tentang pemerintahan Islam. Diharapkan program ini dapat diteruskan bagi memberi kefahaman tentang pemerintahan, keadilah dan visi Islam itu sendiri.

____________________________

Tag Line : Menjana Minda Ummah
Masa Siaran : Jam 0100 Pagi Sehingga 0800 Pagi Setiap Hari
Konti Siaran : Studio 7 Berkongsi dengan Asyik FM dan Suara Islam
Siaran Percubaan : Bermula 15 Februari 2009 Mulai Jam 0100 sehingga 0800, 7 jam berterusan

Frekunsi : FM 91.1 MEGAHERTZ bagi kawasan LEMBAH KELANG
FM 102.5 MEGAHERTZ bagi kawasan PAHANG BARAT
FM 105.1 MEGAHERTZ bagi kawasan CAMERON HIGHLAND

GELOMBANG PENDEK KEBANGSAAN (GPK)
SW 6070 KILOHERTZ
GELOMBANG PENDEK SW 9750 KHZ 31 METER
SW 9750 KHZ 48.58 METER

Objektif :
  1. Melebarkan lagi program dakwah melalui radio dalam Bahasa Malaysia dengan program-program yang berinformasi dan ilmiah;
  2. Untuk memberi pilihan kepada pendengar mendapat INPUT dakwah secara interaktif pada waktu awal pagi;
  3. Untuk memastikan ajaran Islam tersebar luas kepada seluruh masyarakat bagi melahirkan ummah yang progresif dan berakhlak mulia.

No comments: