Tuesday, November 3, 2009

Kerajaan Perpaduan - Najib Gila Talak

KUALA LUMPUR - Presiden Umno Dato’ Seri Najib Razak masih mengigau untuk berbaik dengan PAS, walaupun Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sudah tutup buku untuk berunding mengenai Kerajaan Perpaduan dengan Umno/BN (Utusan Malaysia 3/11/09).

Perangai Najib tidak ubah seperti orang meroyan, gila talak, walaupun jandanya tidak mahu berbaik dengan bekas suaminya.

PAS akan terus memacu ke depan bersama dengan Pakatan Rakyat.

PAS ingin menasihatkan Najib supaya beliau selesaikanlah dulu masalah rasuah dan moral dalam Umno dan parti komponen BN yang semakin kelam kabut.

PAS cukup faham bahawa cakap Najib mengenai kerajaan perpaduan itu adalah strategi ’rapuh’ Umno hendak memecah belahkan perpaduan di kalangan Pakatan Rakyat.

Pemimpin Umno tidak perlu menangguk di air keroh, kerana pemimpin PAS matang dalam perhitungan politik.

PAS adalah parti yang matang kerana dasarnya dan prinsip yang dipegang tidak pernah goyang.

Kerana perhitungan politik PAS berakar kepada dosa dan pahala, syurga dan neraka.

PAS ingin menasihatkan Presiden Umno, tumpukanlah projek 1Malaysia yang menjadi slogan dan retorik Najib.

Kita tidak mahu peristiwa runtuhnya jambatan 1Malaysia berulang lagi sehingga mengorbankan rakyat dimana 3 kanak-kanak sekolah mati lemas di Tapah Perak ketika mengadakan perkhemahan 1Malaysia.

Jika keadaan ini berterusan satu hari nanti mungkin negara Malaysia di gelar sabagai “Darul Runtuh”.

Ustaz Idris Haji Ahmad
Ketua Penerangan PAS

1 comment:

Pingu said...

DS Najib bukan gila talak. He is just playing a game, an old game tho. He wants people to see "bukan UMNO yg tidak mahu bersatu/berpadu tetapi PAS".
Is UMNO really sincere about the Unity Government? Nay.

Rozi