Friday, November 6, 2009

Jawapan : e-mail Pembaca

Rozi,

Terimakasih di atas keperihatinan dan pandangan yang dikemukakan.

Untuk pengetahuan, MTD adalah sebuah organisasi yang dibentuk untuk menyokong pergerakkan parti PAS di DUN Dusun Tua . Ianya bukanlah sebahagian daripada organisasi atau jentera pentadbiran kerajaan negeri. Cuma kebetulan PR memerintah Selangor maka MTD DUN Dusun Tua mungkin dilihat sebahagian daripada jentera pentadbiran negeri.

Memandangkan blog ini agak aktif dan selalu dikemaskini mungkin disinilah kebanyakkan aktiviti-aktiviti DUN banyak dipaparkan dan di'update'kan. Ia juga sumber maklumat PAS dan tempat menyalurkan maklumat parti. Selaras dengan matlamat MTD itu sendiri.

Kami juga membukakan ruang kepada sesiapa yang ingin ingin menyalurkan maklumat atau pandangan bolehlah disampaikan melalui segmen 'sembang-sembang' di sebelah. Cuma perlulah menjaga ektika blog.

Sebagai tindakkan, insyallah pihak MTD akan cuba mempelbagaikan dan mempertingkatkan menyampaikan maklumat sekiranya ada program yang dirancang dan membuat liputan sewajarnya. Kita juga akan maklumkan dalam blog ini sekiranya ada program-program yang dijalankan di kawasan DUN Dusun Tua untuk tatapan dan pengetahuan umum. Kami sentiasa berusaha untuk memberi khidmat yang terbaik kepada semua pengunjung tanpa mengira siapa dan latar belakang.

Mengenai perkhidmatan dan bantuan kepada penduduk setempat insyallah kita akan mencari jalan agar maklumat tersebut juga disertakan disini.

Insyallah segala pandangan yang diberikan akan diberikan perhatian dan tindakkan sewajarnya.

Terima kasih.

jma@tekali

No comments: