Friday, February 19, 2010

Anda fikir saya tidak tahu apa yang berlaku?

Dalam pertemuan Penguasa dengan seorang pemimpin sebuah negara Timur Tengah sedikit masa lalu, dibangkitkan isu Anwar dengan pemimpin tersebut menasihat Penguasa bahawa Islam melarang umatnya memfitnah sesama Islam. Penguasa menjawab menyatakan bahawa kes ini berbeza dengan kes sebelum ini kerana katanya kali ini kerajaan ada bukti.

Pemimpin Timur Tengah tersebut menjawab lebih kurang begini,"adakah anda fikir saya tidak tahu apa yang berlaku? Pegawai keduataan saya di KL memberi laporan hampir setiap hari." Muka penguasa menjadi merah dan pertemuan yang dijadualkan berlangsung selama sejam itu berakhir hanya 15 minit.

Kita boleh baca analisis dari seluruh dunia mengkritik sistem kehakiman kita yang diperkuda Penguasa, malah kerajaan BN jadi bahan ketawa warga dunia. Ringkasnya, tidak ada seorang pun yang mempunyai akal di dunia ini akan mempercayai Penguasa bermoral bersih manakala Anwar bermoral kotor.

Dalam komen mereka, para MP Australia memberi analisis yang mudah. Anwar Ibrahim merupakan ancaman politik yang merbahaya kepada kedudukan Penguasa dan Beeend, kerana itu dia mesti dihapuskan. Jika tidak, dalam pilihanraya akan datang Penguasa akan tumbang.

Sebab itu Penguasa telah memberi arahan kepada juak-juak dan dedengkotnya supaya menggunakan apa juga dana dan daya bagi memastikan:

1) Anwar sibuk menepis kes ini, sehingga beliau tak sempat untuk menyerang Penguasa secara politik.

2) Anwar dimasukkan ke penjara sebelum pilihanraya umum akan datang.

Hukuman dijatuhkan dulu, selepas itu baru dicipta tuduhan, dicari saksi dan direka keterangan. Saya teringat petika sajak Usman Awang kepada Anwar. "Palu telah dijatuhkan, lama sebelum tanganmu terikat ke belakang."

Kes liwat, mahkamah, Saifooool, AG, Hakim, Polisia dan Media BN hanyalah alat untuk melaksanakan arahan penguasa dengan ganjaran lumayan. Mereka bersekongkol merekayasa skrip.

Dan mereka diarah untuk sentiasa fokus tanpa membenarkan sedikit pun plan ini tergelincir. Sebab itu Hakim Skrip tidak mahu mengambil tindakan terhadap Utusan Meloya kerana ia akan mengganggu plan yang dirancang.

Sebarang permohonan perundangan oleh Anwar diarah ditolak kerana ia akan mengganggu skrip yang telah dirancang.

-zunar-

1 comment:

mohamad jan said...

Semoga Allah memberi hidayah kepada pemimpin negaraku Malaysia,FITNAH dah jadi senjata pertahankan kuasa,Tok Gurunya tak lain tak bukan PM terdahulu.kini dah jadi ikutan cucu2 umno untuk pertahan kuasa dan jenayah pribadi,rakyat mudah dgula-gulakan,percaya segalanya apa lontaran media,malas berfikir angut apa pemimpin kata.GLC... semua jadi milik pusaka BN, petronas lubuk wang,habis kontan disapu untuk "membangun kerajaan"..jika kekal BN berterusan alamt BANGKRAP MALAYSIA...hari ni pun dah mula terasa kehangatan ekonomi yang menjerut batang leher rakyat,isu SEKOLAH...semua berbayar...aduhai rakyat Malaysia..insaflah.BN patut diganti dengan PR.